Kalau Rasa Difitnah Saman SPRM atau Komuniti Kampung – Warisan

Sudah tentu pasti sehingga hari ini banyak pihak yang memuji keberanian dan ketelusan komuniti Kampung Sungai Intan, Semporna kerna sebelum ini telah tampil mendedahkan kelemahan projek siap loji air Sungai Intan yang menyebabkannya tidak berfungsi sedangkan kos pembinaan projek itu terlalu mahal mencecah RM45 juta berbanding kos asal baru belasan juta. Kerana pendedahan mereka, Ketua SPRM Malaysia turun padang bagi menjenguk keadaan sebenar projek berkenaan.

Jadi pada pihak atau pembangkang parti Warisan yang tidak berpuashati kerna merasakan telah dianiaya atau difitnah, nah kamu kini ada dua pilihan, sama ada menyaman SPRM atau komuniti Sungai Intan.

Jangan hanya berani berhujah retorik seolah olah SPRM itu tidak berintegriti dan masyarakat kampung berkenaan buta maklumat. Tapi failkan saman rasmi pada mereka, sementara skandal yang memalitkan masih dalam siasatan. Barulah kononnya berani kerana benar!

Jangan malah bertindak macam orang yang tidak bertamadun. Jangan berlagak berani ini Malaysia ada undang undang, sedangkan dengan SPRM pun kecut takut apa lagi dengan pihak Polis. Gaya puak pembangkang ni tidak habis habis dengan politik kolot mereka. Amalan politik yang kalau dibiarkan akan merugikan masyarakat Sabah. Cubalah berpolitik matang siapa tahu mampu menarik perhatian masyarakat Sabah untuk memihak. Hemmm

Sehingga hari ini sudah lapan atau sembilan individu tidak termasuk tangkapan terbaru yang melibatkan dua mantan Setiausaha di Kementerian KKLW semasa era Presiden Warisan, Shafie yang terlibat secara langsung dalam skandal KKLW. Telah dipanggil atau ditahan bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 berkaitan penyelewengan kira-kira RM1.5 bilion dana awam untuk projek pembangunan luar bandar di Sabah,

#BNforSabahan #tolakwarisan #komunitiberani

2 thoughts on “Kalau Rasa Difitnah Saman SPRM atau Komuniti Kampung – Warisan

Add yours

  1. Tajuk kamu patutnya ” KOMUNITI KAMPUNG SUNGEI INTAN, JANGNA KASI MALU UMNO –
    KENAPA CUMA 20 ORANG SAJA BERPEKET KEHILANGAN RM45 JUTA PR0JEK AIR
    KAMPONG SUNGEI INTAN………………….????”
    45 juta, beb. Bukan 45 ribu ringgit……..jumlah berpeket mesti kurang-kurangnya 1000 orang!!!

    Hahaha……Orang yang tinggal dalam rumah kaca, jangna baling batu keluar!!!!!

    Like

  2. Tajuk kamu patutnya ” KOMUNITI KAMPUNG SUNGEI INTAN, JANGNA KASI MALU UMNO – KENAPA
    CUMA 20 ORANG SAJA BERPEKET KEHILANGAN RM45 JUTA PR0JEK AIR KAMPONG
    SUNGEI INTAN………………….????”
    45 juta, beb. Bukan 45 ribu ringgit……..jumlah vberpeket mesti kurang-kurangnya 1000 orang!!!

    Hahaha……Orang yang tinggal dalam rumah kaca, jangna baling batu keluar!!!!!

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: