Baca keratan di atas, jelas Tuan Speaker cuba melindungi individu MO1. MO1 adalah merujuk kepada seorang pemimpin yang berjawatan paling tinggi di dalam UMNO tapi didakwa telah terlibat dalam penyelewengan wang rakyat melalui syarikat 1MDB. Admin dikhabarkan syarikat ini hanya ada seorang pekerja yang berjawatan CEO, Arul selain pemilik 1MDB itu sendiri yakni MO1.
Sepanjang syarikat ini beroperasi, negara telah mengalami banyak kerugian telah mencecah RM42 bilion. Oleh kerana itulah Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan mantan Menteri Kewangan kedua Ahmad Husni Hanadzlah lantang meminta penjelasan dari kerajaan UMNO supaya dengan demikian ada pihak yang dapat dipertanggungjawabkan.
Kalau 1MDB dibiarkan terus beroperasi maka hutang negara akan terus bertambah. Untuk perhatian, bagi 1MDB menambah hutang adalah satu kemestian, kerana terpaksa menampung bunga hutang yang perlu dibayar, dimana 1MDB terpaksa berbelanja sebanyak RM2.7 bilion setahun hanya untuk membayar bunga hutang yang lebih dari RM42 bilion sejak enam tahun yang lalu. Sedangkan dalam masa yang sama 1MDB tidak menjalankan aktiviti perniagaan yang boleh menghasilkan wang. Walaupun cukup setakat untuk membayar bunga hutang 1MDB.
Percayalah, sikit hari lagi Malaysia akan menyerupai negara Greece, muflis gara gara penyelewengan wang rakyat oleh pemimpin politik yang memerintah.
Yang memelikkkan, kenapa pula Tuan Speaker, Pandikar Amin Mulia beriya iya mempertahankan 1MDB. Walhal larangan itu bertentangan dengan prinsip kebenaran yang wajib dihormati dalam sistem demokrasi. Seperti mana keterangan pakar perlembagaan, Profesor Abdul Aziz Bari yang mengingatkan Tan Sri Pandikar Amin Mulia bahawa sumpah kerahsiaan bertujuan untuk melindungi perkara yang sah dan mengikut undang-undang.
“Ia (sumpah kerahsiaan) bukan untuk melindung salah laku,” kata Abdul Aziz dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.
Ini, katanya, adalah kerana skandal 1MDB banyak melanggar undang-undang di negara ini.
“Dalam mana-mana kes, jika Pandikar benar-benar serius, biarkan mahkamah yang membuat keputusan.”
Sekarang ada dua isu, satu ketelusan sistem demokrasi yang ditanggung oleh dewan sidang tapi dinodai dan yang kedua masa depan negara yang diabaikan.
#politikbolos #sabahubah
Send me all news
LikeLiked by 1 person