Anwar Ibrahim Balun Shafie Apdal Kaw kaw, Dua Tahun Lebih Tidak Buat Apa (Video)

Lunyai Presiden Warisan, Shafie Apdal di balun kaw kaw oleh Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim. Melalui poin poin yang dinyatan secara sinis.

Anwar Ibrahim semasa berucap sempena Himpunan Perdana PKR Sabah yang berlangsung semalam di SICC, Kota Kinabalu.

Mempersoal sikap ahli ahli Parlimen kerajaan Madani daripada Sabah yang gian menghentam kerajaan persekutuan. Sedangkan mereka tidak melakukan apa apa, hanya sibuk mengumpul kekayaan.

Mengingatkan mereka, kalau berkawan mesti berperangai macam kawan. Mesti ada adab sebagai kawan.

Perdana Menteri Anwar persoalkan tempoh dua tahun lebih apa yang Shafie Apdal telah buat untuk Sabah. Apa itu berkaitan pembangunan mahupun berkaitan perjanjian Malaysia 1963.

Benar persoalan yang di timbulkan. Dr Mahathir selaku Perdana Menteri ketujuh juga ada menyatakan hal yang sama. Bahwa Shafie sebagai Ketua Menteri  tidak melakukan apa apa untuk Sabah tapi lancang setelah hilang kuasa, sibuk menuntut itu dan ini. (lebih kurang)

Rasanya Ahli Parlimen Kota Belud juga terpalit, kerana ahli Parlimen ini juga lantang mempersoal kesungguhan kerajaan persekutuan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Anwar. Malah blog ini ada mencabarnya agar meninggalkan kerajaan Madani jika tidak berpuas hati.

  • Anwar Ibrahim mempersoal polemik 112D yang dimainkan oleh pembangkang Warisan. Sedangkan menurut Anwar, bayaran secara Interim telah dipersetujui dan kadar bayaran akan dipertingkatkan, namun bergantung pada kewangan negara atau Persekutuan jika mengizinkan. Seperti tahun ini kadar Interim dinaikkan dan akan terus dinaikkan.
  • Anwar Ibrahim bersinis, Shafie Apdal saja yang cintakan Sabah. Apa benar Shafie mewakili orang Sabah. Dua tahun dalam kuasa apa yang Shafie telah buat. Justeru itu jangan main sentimen.
  • Dua tahun parti Warisan dalam kuasa, tapi Shafie hanya duduk di kerusi empuk, mengatur projek dan konsesi balak.
  • Hakikatnya Anwar tahu skandal dan rekod kerja Shafie Apdal tapi kenapa menyerang kerajaan persekutuan.
  • Anwar Ibrahim juga mempertikai kemampuan kuncu Shafie/ahli Parlimen lain membaca akaun. Bila mempertikai perbelanjaan mengurus Sabah sebanyak 16 bilion yang dinyatakan oleh Anwar, semasa berucap di Majlis Sambutan Kaamatan di Penampang.
  • Kerosakan jalan raya, gangguan letrik dan air di Sabah diwarisi dari kerajaan terdahulu. Siapa kerajaan terdahulu tu, siapa lagi kalau bukan kerajaan Warisan. Dan tidak mungkin dapat diselesaikan hanya dalam tempoh beberapa bulan.
  • Anwar Ibrahim mengakui sumbangan kerajaan Sabah, lebih 10 bilion setiap tahun.
  • Anwar Ibrahim berjanji akan melaksanakan perjanjian Malaysia 1963 dan tidak mengharapkan pujian pembangkang Warisan.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading