Sokongan Najib Dikalangan Rakyat Kian Menyusut Besar

Umum tahu Najib Razak dijadikan kayu ukur kepada sokongan masyarakat terhadap parti UMNO.

Oleh kerana itu semua jentera UMNO digembleng supaya mengagungkan dan menyebarkan apa pun yang ditulis page Najib Razak. Walaupun pada kenyataannya ia tidak mengandungi fakta malah bertentangan dengan realiti yang ada.

Setiap kemenangan yang kebetulan dicapai oleh UMNO dalam pilihanraya negeri dan pilihan raya kecil akan secara langsung dikaitkan dengan kehadiran Najib Razak. Walaupun pada hakikatnya ialah Najib lah yang menyebabkan UMNO ditolak oleh majoriti rakyat Malaysia akibat skandal 1MDB dan beberapa lagi pekerjaannya yang menyebabkan Malaysia mengalami kerugian bukan hanya rugi dari segi wang ringgit tetapi bencana banjir yang melanda setiap kali hujan turun di Kuala Lumpur, Selangor.

Kamu tahu kan, terowong Kuala Lumpur yang menelan berbilion wang rakyat tu telah menyumbang kepada punca banjir disana, tidak seperti yang diharapkan.

Jelas Najib Razak kalah teruk ketika melawan Anwar Ibrahim dalam satu sidang debat. Namun tetap saja yang dicanang Najib memenangi perdebatan itu.

Muka merah padam dan koyak habis ketika hujahnya dipatahkan. Lain yang disoal oleh Anwar dan pendengar lain pula yang dijawab oleh Najib. Masa yang digunakan tidak digunakan sepenuhnya. Namun Najib yang diangkat sebagai Champion.

Tetapi percayalah yang benar tetap akan benar dan yang salah tetap salah. Walaupun semua kesalahan Najib dan pemimpin-pemimpin UMNO cuba ditutup oleh laskar UMNO. Setakat manalah bha kemampuan laskar yang tidak ada kualiti seperti mereka, sedangkan rakyat ini terlalu bijak untuk mereka.

Kenapa admin katakan sokongan ke atas Najib Razak semakin hari semakin berkurangan. Ini admin dapat buktikan melalui posting gambar yang dimuat oleh salah seorang figura yang paling popular di Malaysia iaitu Ustaz Ebit Liew. Page Ebit Liew mendapat 3 juta lebih likers kurang sikit dari Najib, namun posting Najib sendiri tidak mendapat sambutan jika dibandingkan dengan Ebit Liew.

Pada kebiasaannya setiap gambar dan kenyataan yang dibuat di page Ustaz Ebit Liew akan meraih paling sedikit 40K Like dan 234 Share.

Tapi gambar Ustaz Ebit Liew (UEL) bersama Najib Razak yang di post sejak 12 jam yang lalu hanya mendapat 9K dan 34 Share. Tidak pasti pula andai selepas ini semua laskar maling UMNO akan dikerah untuk mengerjakan posting berkenaan secara berjemaah. Hahaha!

Kenapa sokongan ke atas Najib terus berkurangan? ini disebabkan oleh beberapa faktor utama yang terjadi sejak kebelakangan ini.

UMNO tu parti yang dihuni oleh ramai manusia manusia oportunis, sanggup bodoh ketika melakukan apa saja walaupun tidak boleh diterima oleh akal manusia secara logik dan ilmiah.

Admin ingin bertanya pada masyarakat, apa baiknya kamu menyokong parti yang sarat dengan skandal salah laku di Mahkamah dan pemimpin UMNO itu sendiri dikelilingi oleh orang orang yang oportunis?

Pemuda UMNO Malaysia, Asyraf Kantoi Memfitnah Di Mahkamah

Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Asyraf Wajdi Dusuki kantoi memfitnah di Mahkamah, sebagai hukuman diminta menarik balik kenyataannya terhadap bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof.

Kenyataan fitnah itu adalah Asyraf mendakwa Mujahid telah menjual ekuiti Tabung Haji dalam Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan nilai RM2.6 bilion.

Apa yang kita dapat simpulkan dari sikap tidak bertanggungjawab ini. Ternyata benar, sukar bagi UMNO untuk bertahan jika tidak memutar belit fakta, mencipta tuduhan dan kenyataan fitnah serta bercakap terbalik ke atas isu yang memalitkan mereka hingga orang yang tidak bersalah pula yang tampak tidak berintegriti dan tidak berkredebiliti. Betapa kejinya kerja puak yang tidak tidak reti diuntung ni!

Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu berpendidikan agama yang agak tinggi tapi kenapa bermulut longkang, macam pula kebanyakan laskar UMNO yang sanggup bodoh. Dia buang entah ke mana ilmu agamanya. Memalukan!

UMNO nampak bilangan laskar mereka yang ramai wajar dimanfaatkan seupaya mungkin, supaya pengundi di peringkat pertengahan dan akar umbi terus buta dengan kebenaran, menyebabkan mereka terus setia atau mengundi calon UMNO. Apa lagi jika isu yang dimanipulasi itu dekat dengan mereka dan membabitkan agama Islam.

Sumber berdasarkan kenyataan hakim dan saksi dalam perbicaraan 1MDB dan Yayasan Akal budi pun pemimpin dan laskar UMNO manipulasi seolah hakim dan rakyat pula yang bodoh. Alahai!

Hata dalam isu ini pun, laskar UMNO yang berada disemua peringkat, akan memainkan peranan mereka dengan memutar belit fakta atau kenyataan yang ada dalam artikel ini.

Kerja jahat berkenaan mereka sebarkan di Whatsapp dan media sosial yang lain.


Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki hari ini menarik balik kenyataan berbaur fitnah yang dibuatnya terhadap bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Mujahid Yusof.

Perkara itu direkodkan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Akhtar Tahir, melalui prosiding penghakiman persetujuan membabitkan kes saman fitnah Mujahid terhadap Asyraf Wajdi.

Peguam yang mewakili anggota Parlimen Parit Buntar itu, Noorazmir Zakaria, memberitahu Malaysiakini, Asyraf Wajdi bersetuju untuk memadam dan menarik balik hantaran tersebut.

Ia merupakan hantaran dibuat bekas timbalan menteri di JPM itu di Facebook pada 30 Sept 2019 bertajuk “Tabung Haji Jual RM 2.6b Ekuiti: YB Mujahid Harus Segera Beri Penjelasan”.

Selain itu kata Noorazmin, turut direkodkan di mahkamah ialah Asyraf perlu membuat hantaran bertulis di akaun Facebook miliknya berhubung dengan persetujuan untuk menarik balik kenyataan sebelum ini.

“Saman fitnah Mujahid terhadap Asyraf yang difailkan pada 19 Nov 2019 berhubung dengan tuduhan Asyraf Wajdi di Facebook miliknya bahawa wujudnya penjualan saham Tabung Haji (TH) di dalam syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) ketika Mujahid menjawat jawatan sebagai menteri agama,” katanya.

Selain Noorazmir, Mujahid juga diwakili peguam Atiqa Azmi, manakala Asyraf Wajdi diwakili peguam Wan Muhammad Hafiz Wan Zawawi dan Aimi Shazwani Yaakob.

Sementara itu Asyraf Wajdi dalam kenyataan di Facebook hari ini tampil menjelaskan naib presiden Amanah itu telah membuat penjelasan kepadanya yang tiada pelupusan saham TH dalam TNB ketika itu dan mereka sudah mencapai kesefahaman.

“Memandangkan isu berkenaan saham TH di dalam TNB telah diperjelaskan Mujahid dan juga selaras dengan perkembangan mutakhir yang mana isu-isu lain berkenaan aset-aset TH sedang di siasat oleh Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI), saya dengan ini menarik balik hantaran tersebut dan berharap agar Hantaran tersebut dan/atau isu pelupusan saham TH dalam TNB yang dibangkitkan di dalam hantaran tersebut tidak lagi dibangkitkan pada masa akan datang,” katanya.

Kerajaan Sabah Lancar Tabung Pendidikan Negeri Bulan Depan – Hajiji

KOTA KINABALU, 23 Mei : Kerajaan Sabah akan menubuhkan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) bulan depan bagi memberi peluang kepada anak-anak Sabah melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi di dalam atau luar negara.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata penubuhan itu adalah inisiatif Pelan Strategik Transformasi Kumpulan Yayasan Sabah 2015-2023, selaras dengan salah satu teras Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) iaitu meningkatkan pembangunan modal insan dan kesejahteraan rakyat.

“Kerajaan negeri juga komited untuk meneruskan dua bentuk bantuan khas pendidikan yang diperkenalkan pada 2021 iaitu Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) dan Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI) yang melibatkan peruntukkan sebanyak RM17.5 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Hari Guru peringkat negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Kedua Datuk Mohamad Alamin, Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Arifin Mohd Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Tah Nia Jaman.

Ketua Menteri berkata kerajaan juga memberi tumpuan kepada sekolah vernakular dan badan agama bukan Islam di Sabah dengan memperuntukkan sebanyak RM47 juta kepada sekolah terlibat, mubaligh dan sekolah persendirian.

Dalam pada itu, Hajiji mahu warga pendidik di Sabah agar terus menjadi tonggak yang kukuh dalam melahirkan kemenjadian murid dan menyokong kepada membina Sabah Maju Jaya melalui sistem pendidikan yang sejahtera serta berkualiti.

Beliau berkata sejajar dengan tema hari guru pada tahun ini iaitu ‘Guru Tunjang Sekolah Sejahtera’, kerajaan yakin dan percaya bahawa dengan adanya guru yang berkualiti tinggi, bangsa dan negara akan mencapai kecemerlangan serta kegemilangan.

Pada majlis itu, Hajiji turut menyampaikan Anugerah Tokoh Guru 2022 kepada Datuk Dr Nuinda Alias dan Anugerah Tokoh Kepimpinan kepada Madaile Basri, selain melancarkan Buku Tawag Tokoh Guru Sabah terbitan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Sementara itu Mohamad dalam ucapannya mahu kerajaan Persekutuan mempercepatkan pelaksanaan menaik taraf sekolah-sekolah daif di Sabah seperti yang telah diperuntukkan dalam Bajet 2022 sebanyak RM1 bilion. – BERNAMA

Mahkamah Tolak Saman Apandi Ke Atas Lim Kit Siang

Mahkamah menolak saman bekas Peguam Negara Apandi terhadap Lim Kit Siang.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Azimah Omar sebentar tadi menolak saman fitnah yang dikemukakan oleh Apandi ke atas Lim Kit Siang berhubung artikel yang diterbitkan pada 2019 bertajuk “Dangerous fallacy to think Malaysia’s on the road to integrity”, yang diterbitkan di blognya.

Bahawa Mohamed Apandi selaku Peguam Negara pada tahun 2016 diminta agar menjelaskan kenapa dia membebaskan Najib Razak daripada kes 1MDB

Menurut Azimah, tuntutan penjelasan yang dikemukakan Lim Kit Siang berkenaan adalah wajar apa lagi telah terbukti di Mahkamah.

Pada tahun 2020 Mahkamah Tinggi mendapati bekas Perdana Menteri Najib Razak bersalah dalam perbicaraan SRC International berjumlah RM42 juta. Najib dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda 210 juta.

Mahkamah menetapkan agar Apandi membayar denda atau kos guaman sebanyak RM80 ribu kepada Lim.

Sudahlah saman ditolak malah terpaksa menanggung kos guaman orang yang di saman.

Kamu nampak tak semacam semua hakim berkeyakinan Najib adalah dalang 1MDB yang wajib dipertanggungjawabkan dan menjalani hukuman.

Permohonan Najib, Lucut Sri Ram Dari Ketua Pendakwaan 1MDB Ditolak

Menjadi tanda tanya, kenapa kah pihak Najib Razak sebagai tertuduh takut sangat pada Gopal Sri Ram, hanya kerana Sri Ram adalah ketua pendakwaan dalam kes jenayah seperti 1MDB.

Seperti, bermaksud siapa pun yang didakwa akibat jenayah sebesar 1MDB maka peguam seperti Sri Ram akan dipilih sebagai Ketua Pendakwa. Maka itu sepatutnya Sri Ram tidak menjadi isu pada Najib Razak dan peguam-peguamnya khususnya Shafee Abdullah.

Untuk apa takut kalau benar tidak mencuri wang rakyat, apa lagi dikelilingi peguam peguam yang tersohor.

Betul tak?

Pagi ini Mahkamah Tertinggi Negara yang diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan, Mohd Zawawi Salleh dan tiga lagi Hakim menolak rayuan Najib Razak untuk melucutkan Sri Ram dari ketua pendakwaan dalam kes jenayah 1MDB.

Ini kerana menurut Mohd Zawawi Salleh dan tiga lagi Hakim. Bahawa tidak ada persoalan baru dalam undang-undang yang memerlukan Mahkamah Tertinggi mendengar merit rayuan seperti yang dikemukakan oleh Najib.

Ini kerana kes yang sama sudah dijawab sebelum ini iaitu pada tahun 2014 bila mana Anwar Ibrahim yang berhadapan dengan tuduhan liwat pada ketika itu cuba menggugurkan Shafee Abdullah dari posisi ketua pendakwaan tapi ditolak oleh hakim Mahkamah Tinggi.

Shafee Abdullah sebagai Ketua Pendakwa pada ketika itu juga bersifat swasta atau sementara, sama seperti Sri Ram hari ini.

Najib sedang dibicarakan atas 25 tuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana berjumlah RM2.28 bilion yang dimasukkan ke akaun banknya antara Februari 2011 hingga Disember 2014.

Alamak kamulah Najib oiii, benar benar terkena karma. Jadi kamu pemimpin dan penyokong UMNO masih dapat merasa kenapa semua ini berlaku?

Jangan orang UMNO ingat hanya mereka yang boleh melakukan apa saja dan orang lupa serta tidak sanggup melakukannya. Ingat Malaysia ini bukan milik sesiapa apa lagi Sabah dan Sarawak yang tidak bersultan.

Kertas Siasatan Ke Atas Nazlan Telah Diserah Pada Peguam Negara – SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan bahawa kertas siasatan ke atas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Mazlan telah siap dan kertas siasatan itu telah pun dimajukan kepada Jabatan Peguam Negara untuk diambil tindakan.

Menurut SPRM siasatan bermula sejak bulan Mac yang lalu dan bukti yang berkaitan telah dikumpul, mengikut panduan dan prosedur yang ditetapkan.


Ada yang mendakwa, tuduhan ke atas Nazlan hingga berlaku siasatan SPRM yang dikaitkan dengan Jho Low tidak pernah dinyatakan oleh Peguam Najib, Shafee Abdullah. Walaupun ketika Shafee mengadakan sidang berhubung kekalahan Najib dalam dua sistem kehakiman, Mahkamah Tinggi dan Rayuan berkaitan kes rasuah SRC.

Jho Low menyuap Nazlan tapi Najib dijatuhkan hukuman bersalah. Macam mana tu, logik kah?

Kerajaan Sabah Beri Kerjasama Penuh SPRM Siasat Seleweng Cukai Jualan Sawit

Melibatkan Syarikat perladangan dan pengilangan minyak Sawit yang beroperasi di Sabah tapi mengelak dari membayar cukai jualan pada kerajaan negeri Sabah.

Berbeza sedikit dengan bekas Perdana Menteri Najib dan anak anaknya mereka lari dari cukai pendapatan, namun jumlah hutang keluarga ini jauh lebih besar mencecah bilion ringgit.

Kejahatan yang tidak ada beza. Tapi lagi jahat disini adalah kakitangan Kementerian Kewangan Negeri dan seorang pesara kerajaan yang terbabit kerana menjadi perancang dan dalang. Mereka sedang disiasat oleh SPRM berhubung rasuah berjumlah kira-kira 700.000 daripada syarikat kilang Sawit berkenaan.

Ada tu nama nama mereka.

Percaya kamu kumpulan yang terbabit itu kalau terbukti kantoi maka mereka akan marah dan menentang kerajaan Sabah dan kamu yang ada di sini pun percaya pada cakap mereka, kerajaan ini lemah tidak kuat. Siapalah yang bodoh tu….. Hahaha


KOTA KINABALU: Kementerian Kewangan negeri diarah untuk meneliti dan menambah baik sistem dan prosedur yang boleh membuka ruang dan peluang aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan.

Arahan itu dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong susulan tangkapan pegawai kanan sebuah jabatan kerajaan negeri yang didakwa terlibat dalam melindungi aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah.

SAFAR UNTONG

“Saya mengambil perhatian serius berikutan laporan kes melibatkan tangkapan terhadap penjawat awam negeri dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pada 18 Mei lalu, seorang pegawai kanan di sebuah jabatan kerajaan negeri dan seorang pesara kerajaan ditahan SPRM Sabah kerana dipercayai meminta serta menerima rasuah berjumlah kira-kira RM700,000 daripada sebuah syarikat kilang sawit sebagai balasan untuk melindungi aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah setiap bulan kepada Kementerian Kewangan negeri.

Semalam, seorang lagi individu bergelar Datuk yang merupakan bekas penjawat awam turut ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes yang sama. –UTUSAN

Bersatu Sabah Berbeza Dengan Bersatu Semenanjung

Berdasarkan kenyataan Naib Presiden Bersatu, Ronald Kiandee posisi Bersatu Sabah tidak sama seperti Bersatu Semenanjung atau Nasional, ini berlaku selepas kerajaan negeri Sabah dibentuk melalui gabungan beberapa parti tempatan dan BN yang selepas itu dikenali sebagai GRS-Barisan Nasional.

Bersatu adalah pengasas Perikatan Nasional (PN) di peringkat nasional, namun ada parti dalam Gabungan Rakyat Sabah, GRS tidak menjadi komponen Perikatan Nasional.

Di Sabah sendiri BN bukannya ahli Gabungan Rakyat Sabah, GRS seperti PBS, STAR serta Bersatu. Tapi BN hanyalah rakan sekutu GRS atau dikenali sebagai GRS plus BN.

Oleh itu GRS mengalu-alukan kehadiran parti baru yang mendukung aspirasi GRS itu sendiri. Jangan bimbang, UMNO adalah UMNO manakala GRS adalah GRS.

Ronald Kiandee berkeyakinan rakyat Sabah menerima secara positif Gabungan ini yang dibentuk oleh Kerajaan Negeri Sabah.

Jadi kan selepas ini kalau ada laskar parti baik dari UMNO mahu pun pembangkang yang mengkritik Bersatu Sabah dari konteks pergolakan yang berlaku di Semenanjung atau Nasional. Maka itu hanyalah kritikan semata mata dan yang sia-sia, buang karan kata anak muda dulu kala. Hahaha!

KJ Juga Terpalit Menerima Wang Dari UKSB Macam Zahid Hamidi

Alamak giliran KJ pula yang terpalit dengan tuduhan menerima wang dari Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).

Ini berdasarkan kenyataan saksi dalam perbicaraan rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi yang berjalan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Berdasarkan laporan TV3 bahawa ketika pemeriksaan balas terhadap bekas pengarah UKSB Harry Lee Vui Khun oleh peguam Zahid Hamidi, Zaidi Zainal. Berhujah KJ perlu dilibatkan atau dirujuk sebab namanya tercatat dalam buku lejar syarikat berkenaan.

Buku lejar adalah buku akaun yang mencatatkan semua transaksi yang berlaku hari itu.

Justeru itu Vui Kun yang menjadi saksi pendakwaan mengesahkan keterlibatan KJ seperti yang tercatat.

Jahat betul pemimpin UMNO tidak rela hanya Zahid yang berputih mata maka KJ pun dipalitkan. Mentang mentanglah dua pemimpin ini sering berbeza pendapat malah KJ sering bersuara yang Zahid tidak layak mengetuai UMNO disebabkan skandal seperti ini.

Apa salahnya didiamkan memandangkan perbicaraan ini hanya menjurus pada Zahid Hamidi seorang.

Itu bererti KJ selaku pemimpin UMNO juga terlibat kah? biasalah tu jangan macam Najib dan Zahid suka hati mereka mencelup dimana dimana tanpa kerja atau projek yang dijalankan, sudahlah.

Semalam dalam perbicaraan yang sama, saksi mendakwa Zahid Hamidi menerima gaji bulanan dari UKSB sebanyak 200 hingga 500 ribu sebulan, wang Singapura.

Khairy Jamaluddin atau KJ sebelum ini memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan antara tahun 2013 sehingga 2018. Hari ini menyandang jawatan Menteri Kesihatan Malaysia.

Wang Tambahan Sabah RM125.6 Juta Diguna Bina Rumah Mesra Rakyat – KM Hajiji

Inilah apa yang dipanggil sebagai komitmen sebuah kerajaan negeri yang prihatin. Baru kali ini rakyat Sabah memiliki kerajaan yang benar benar berusaha untuk menyejahterakan rakyat bumiputera.

Wang atau dana yang berjaya di kumpul atas usaha kerajaan negeri, baik dari penghasilan secara langsung atau melalui tuntutan terhadap kerajaan persekutuan berdasarkan perjanjian Malaysia 1963 akan dipulangkan terus kepada rakyat. Syabas kerajaan Sabah, benar benar Sabah Maju Jaya.

Pada kerajaan Persekutuan UMNO berhentilah berpura pura sampaikan kamu tidak melakukan kebaikan kepada rakyat Sabah, andai tidak dapat mempopularkan UMNO.

Ingat Petronas itu tidak wujud tanpa pemimpin dari Borneo atau Sabah dan Sarawak. Ladang sawit terbesar di Malaysia juga terletak di Sabah. Begitu juga dengan sumber pendapatan dari sektor pelancongan, Sabah kalau tidak silap menyumbang sehingga RM4 bilion setahun pada Persekutuan.


Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor menantikan kadar pemberian khas Persekutuan kepada Sabah agar terus dipertingkatkan atau ditambah bagi membolehkan inisiatif berorientasikan rakyat dapat dilaksanakan.

“Hari ini saya ingin memaklumkan kepada Perdana Menteri bahawa tambahan hasil negeri yang diperoleh melalui kenaikan pemberian khas daripada RM26.7 juta kepada RM125.6 juta itu kita kembalikan terus kepada rakyat.

“Wang itu akan digunakan untuk membina 1,500 Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah.

Rumah Mesra SMJ merupakan inisiatif baharu kerajaan negeri di bawah Hala Tuju SMJ yang berkonsepkan program Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di peringkat Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) edisi Sabah yang dilancarkan Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

“Begitu banyak kemajuan telah mula dicapai, terbaharu persefahaman antara kedua-dua pihak pada 14 April lalu yang telah membawa kepada langkah pertama penyelesaian kajian semula kadar pemberian khas kepada Sabah di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Jelajah AKM ini bertepatan dengan strategi kerajaan negeri sebagaimana yang dilaksanakan baru-baru ini melalui Showcase Setahun Halatuju SMJ yang juga berlangsung di SICC,” katanya.

Hajiji turut mencadangkan kerjasama negeri dan Persekutuan untuk menggabungkan program AKM dan Hala Tuju SMJ di peringkat akar umbi di Sabah.Beliau berkata konsep inisiatif kerjasama itu adalah mini karnival yang akan diadakan di setiap bahagian atau daerah di negeri ini secara berperingkat.

“Program ini penting agar kita dapat menyemarakkan dan merakyatkan kedua-dua agenda kerajaan ini secara seiring dan meluas di peringkat akar umbi,” katanya.– BERNAMA