Speaker Tolak Usul Shafie Undi Tidak Percaya Terhadap PM Muhyiddin

Tersebar dokumen usul dari Ahli Parlimen Semporna.

Usul itu memohon agar Majlis Parlimen Malaysia membawa satu usul dan mengemukakan resolusi bahawa ahli Parlimen Langkawi, Tun Mahathir mempunyai sokongan majoriti dari ahli ahli Parlimen Malaysia.

Pendek cerita Shafie mencadangkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia menggantikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui undi tidak percaya di Parlimen.

Ini kerana kononnya usul itu dibenarkan dan tidak bertentangan dengan perkara 43 perlembagaan persekutuan. Walhal perkara 43 menyebut kuasa melantik Perdana Menteri ialah yang di-pertuan Agong.

Maksudnya usul Ahli Parlimen Semporna cuba menafikan kuasa yang di-pertuan Agong.

Justeru itulah Speaker Dewan rakyat Mohamad Ariff Yusof telah menolak permohonan usul ahli-ahli parlimen Semporna, Shafie Apdal berkenaan. Titik!

Pokoknya usul itu telah ditolak. Tapi kita boleh bercakap dari konteks kenapakah Ahli Parlimen Semporna atau kumpulan PH begitu terdesak hingga mengusulkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin yang semakin disenangi oleh rakyat jelata. Persoalan ini yang menjadi tanda tanya, betul tidak.

Ada beberapa perkara yang mungkin menjadi sebab selain diatas, antaranya.

Kumpulan atau politik PH mulai merasa penolakan rakyat terhadap mereka sebab itulah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri mesti dihentikan.

Usul undi tidak percaya itu adalah bukti politik PH atau Warisan di Sabah semakin tertekan. Ia juga merupakan
senjata terakhir kumpulan PH atau ahli parlimen Semporna Shafie Apdal selaku individu yang mengemukakan usul.

Dari konteks Sabah Parti Warisan adalah parti yang paling tersepit andai berlaku pilihan raya. Dimana Warisan terpaksa berhadapan dengan PPBM, UMNO dan parti-parti gabungan tempatan Sabah, apa lagi kalau waktu itu Warisan berstatus pembangkang di peringkat Persekutuan. Lain ceritanya andai Parti Warisan berstatus kerajaan di peringkat pusat, alsebab itulah Ahli Parlimen Semporna itu bersungguh-sungguh mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Nampak tak?

Nampaknya selepas ini perang saraf terhadap Parti Warisan akan lebih kencang dan bertalu-talu. Maklumlah musuh sebenar telah dikenalpasti oleh para penyokong Perikatan Nasional.

Sabah Benarkan Empat Orang Dalam Satu Kereta. Flip-flop Lagi

Wayang apalah yang dimainkan oleh ketua menteri Sabah, baru-baru ini.

Dua hari yang lepas kita disuapkan dengan berita yang kerajaan negeri Sabah menangguhkan pelaksanaan PKPB. Okey lah tu tiada masalah kalau benar niat untuk menjaga keselamatan masyarakat ini.

Antara peraturan PKPB yang diumumkan oleh Menteri Ismail Sabri ialah peraturan membenarkan 2 ahli keluarga duduk dalam satu kereta atas urusan membeli keperluan dapur dan urusan kesihatan. Tapi ditentang oleh ketua menteri Sabah atas alasan yang tidak jelas memandangkan Sabah hanya ada zone merah itu pun saling berjauhan.

Okeylah tu kalau benar itu pendirian kerajaan negeri.

Tapi sebentar tadi lain pula ceritanya. Oleh kerana pihak polis mempunyai kuasa membenarkan satu kereta dinaiki oleh empat orang maka kerajaan negeri tiada pilihan, terpaksa membenarkannya.

Jadi di mana sudah kesungguhan kerajaan negeri hingga sanggup mengingkari arahan PKPB. Apa lagi PKPB hanya berakhir pada 12 haribulan ini.

Flip-flop’ lagilah ni kalau begini. Hemmm!

Hakikatnya dari hari pertama PKPB diperkenalkan sebenarnya Sabah tidak ada masalah kalau mereka mematuhi peraturan itu. Memandangkan dalam tempoh PKP yang begitu ketat pun pergerakan masyarakat tidaklah terkawal sangat terutamanya di peringkat daerah dan kampung-kampung.

Saja sebelum ini cuba menunjukkan taring kuasa. Iyalah tapi jangan lupa kuasa berada ditangan rakyat yang akan menolak kerajaan negeri yang flip flop.

Untuk Apa Runding Dulu Dengan Kerajaan Negeri Yang Gagal?

Entah apa yang cuba ditunjukkan oleh Timbalan Wira warisan Ismail Ayob ni, atau seperti biasa tanpa disedari mereka hanyalah menunjukkan kekurangan cara berfikir mereka.

Dia kata urusan negara terutama yang melibatkan keselamatan nyawa manusia adalah tanggungjawab bersama justeru semua pemimpin sepatutnya terlibat. Iaitu kononnya berunding dulu sebelum dilaksanakan.

(Untuk apa berunding dengan kerajaan negeri yang gagal?)

Memang pun sentiasa dilibatkan. Sejak bila pula pusat mengabaikan kerajaan negeri dalam hal pokok iaitu keselamatan masyarakat Sabah.

Hal yang menjadi asas untuk diketahui sebelum kita mengupas hal ini dengan lebih lanjut ialah selama ini yang bertanggungjawab mengawal penyebaran Coronavirus (Covid 19) di Malaysia ialah Kementerian Kesihatan Malaysia. Bidang tugas Kementerian ini pula meliputi semua negeri termasuk Sabah.

Kementerian ini yang menyediakan segala kelengkapan daripada tenaga manusia hinggalah ke peralatan didalam membenteras pendemik Coronavirus terus merebak.

Jadi dakwaan yang negeri Sabah tidak dilibatkan atau diabaikan di dalam hal keselamatan nyawa manusia adalah kenyataan yang tiada asasnya dan kebudak-budakan.

Berbulan Kementerian Kesihatan Malaysia mengawal penyebaran Covid 19 tapi bila sampai pada satu fasa yang menuntut kelonggaran PKP kerana tuntutan ekonomi yang semakin mendesak. Pandai pula kerajaan negeri menidakkan PKPB seolah-olah selama ini yang menjaga atau mengawal pendemik di Sabah ialah Menteri Kesihatan Sabah hingga tahu sangat apa yang diperlukan dan dihadapi oleh masyarakat Sabah.

Apa yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri atau Menteri Kesihatan Sabah sehingga begitu yakin menolak PKPB. Setahu admin hanya untuk menyediakan pusat kuarantin pun gagal hingga menjadi isu kebangsaan.

Kerajaan Warisan Sabah jangan ikut langkah kerajaan negeri Sarawak menangguhkan PKPB kerana walaupun rakyatnya tidak turun kerja atau belum mematuhi PKPB tetapi bantuan makanan kepada rakyatnya melimpah-ruah. Bukan macam di Sabah membekal bantuan makanan pun menjadi isu. Ada yang langsung tidak mendapat bahagian mereka tapi dijana oleh jentera kerajaan negeri wah program bantuan makanan mencapai kejayaan.

Pada kerajaan Warisan cukup-cukuplah berpolitik tu sudah lebih dua tahun kamu menjadi kerajaan negeri tapi satu pun kebaikan yang bersifat jangka panjang belum berjaya kamu adakan. Yang kamu tahu hanyalah menjual perjanjian 1963 atau proses rundingan yang tidak membuahkan hasil. Kalau sekadar proses rundingan awal, kerajaan BN sebelum ini juga melakukan hal yang sama dengan Perdana Menteri Najib Razak pada masa itu.

Begitu juga dengan dakwaan Timbalan berkenaan konon Ketua Menteri Sabah atau Sabah tidak dipanggil untuk bermesyuarat PKP. Ini adalah dakwaan yang tidak jelas. Kekeliruan ini telah dijelaskan oleh setiausaha mesyuarat Covid 19 peringkat nasional. Bahawa dalam hal menghantar surat jemputan ke negeri negeri, mereka telah terlepas pandang.

Walaubagaimanapun urusetia telah menghantar surat jemputan kepada semua setiausaha negeri. So tidak timbul persoalan adakah Ketua Menteri Sabah dilibatkan atau tidak.

Contoh perbandingan. Selama ini tidak pernah sekalipun Menteri Dalam Negeri atau Federal mencampuri tugas pengerusi keselamatan negeri Sabah yang dipegang oleh ketua menteri Sabah Shafie. Tapi apa yang berlaku, sejak Warisan menjadi Kerajaan negeri sudah 1 atau 2 insiden penculikan di pantai timur Sabah. Ini menunjukkan sememangnya kerajaan negeri gagal mengurus ataupun memastikan keselamatan masyarakat Sabah.

Jilatan Lelaki Pakistan Pro Warisan Bertukar Senjata Makan Tuan

Seorang lelaki Pakistan yang juga penyokong Parti Warisan telah merakamkan dirinya lalu memuji melangit Presiden mereka Shafie dalam masa yang sama menafikan kebijaksanaan kerajaan pusat. Nampak sangat tidak pandai bersyukur.

Dia pun cakaplah bantuan makanan yang dia terima diberikan oleh ketua menteri. Begitu juga dengan bantuan tunai RM1000.

Sedangkan budak hingusan pun tahu yang wang tunai RM1000 itu datang dari program bantuan prihatin nasional ( BPN) iaitu program bantuan yang disediakan oleh kerajaan persekutuan atau pusat.

Taktik licik dan angkat kaki warga Pakistan yang juga penyokong Warisan itu telah mendapat kejian dan hinaan dari masyarakat tempatan Sabah terutamanya mereka yang pro kerajaan pusat.

Dimana masyarakat tempatan berpersepsi bahawa Kerajaan Negeri Warisan lebih mengutamakan pendatang berbanding mereka warga sebenar Sabah yang terdiri daripada kaum KDMR Bajau, Suluk dan Melayu dan lain lain.

Kerana tidak tahan dengan cercaan dan hinaan netizen, empunya diri serta wakil daripada Parti Warisan telah membuat laporan Polis.
(Saling cuba menyelamatkan diri dari hinaan masyarakat Sabah lah tu kan)

Satu pihak risau partinya terus dikaitkan dengan pendatang asing satu pihak lagi iaitu warga asing Pakistan terhegeh-hegeh ingin menjadi penyokong Parti Warisan walaupun tampak dinafikan. Lucu juga ya.

Pokoknya tujuan laporan Polis itu adalah untuk menutup politik kotor yang cuba dicetuskan dan takut nama Parti Warisan terus dikaitkan dengan pendatang asing tanpa izin atau PTI. Ini dia punya point. Takut dengan bayang bayang sendiri ini yang mereka rasa. Walhal pada masyarakat Sabah politik adalah politik tiada istilah warga asing atau tidak selagimana mereka memiliki MyKad yang sah.

Kalau pun benar yang warga Pakistan itu tidak tahu wang berkenaan bukan dari kerajaan negeri tapi kenapa lagi seolah-olah dipaksa membuat laporan Polis? Bukankah cukup dengan hanya membuat kenyataan atau permohonan maaf, lainnya tuntaskan melalui kenyataan politik dari semasa ke semasa.

Mahu juga membuat laporan Polis sedangkan yang membuat rakaman video itu adalah penyokong Warisan itu sendiri. Hehehe!

Rentetan taktik kotor yang keterlaluan itu maka laporan Polis yang dibuat tidak lagi mampu mengubah persepsi masyarakat Sabah terhadap Parti Warisan sebagai parti yang disokong dan menyokong warga asing.

Tampaknya semakin hari semakin serba salah ini Parti Warisan oh. Pendatang Pakistan pun ingin menjadi jentera parti Warisan, pandai pula tu mereka-reka cerita.

Seperti biasa propaganda murahan Warisan akhirnya bertukar menjadi senjata makan tuan.

Apa yang dilakukan oleh penyokong Parti Warisan itu adalah amalan politik kotor dan jijik apa lagi semacam tidak pandai bersyukur. Lebih teruk dan hina dari kenyataan yang berbau perkauman.

Sabah Sudah Lama Laksana PKPB. Alahai!

Kenyataan media bahawa kerajaan negeri Sabah telah memutuskan untuk tidak melaksanakan perintah kawalan pergerakan bersyarat PKPB yang diumumkan oleh kerajaan persekutuan pada 1 Mei 2020 hanyalah merupakan tik tok politik atau kerajaan Warisan.

Realitinya kerana kerajaan negeri gagal melaksanakan PKP dalam erti kata yang sebenarnya. Maka sejak daripada waktu itu pergerakan masyarakat Sabah di hampir semua daerah di negeri ini tidak sebenarnya mematuhi peraturan ketat PKP yang kononnya sehingga hari ini diguna pakai oleh kerajaan negeri.

Hakikatnya yang berlaku adalah sebaliknya seolah-olah masyarakat Sabah telah lama mempraktikkan peraturan PKPB walaupun pada ketika itu Sabah berada dalam fasa 1 2 dan 3 PKP.

Jalan berdua-duaan, bersesak-sesak dan banyak lagi pergerakan yang bertentangan dengan peraturan PKP.

Walau bagaimanapun tidak semua kawasan atau daerah di mana kebanyakan penduduknya melanggar PKP tetapi yang jelas dan pasti PKP tidak berapa dipatuhi rentetan kegagalan kerajaan negeri melaksanakan PKP itu sendiri.

Ini hah rakaman video semasa Sabah berada di fasa fasa PKP. Masyarakat bergerak bebas lebih bebas dari yang disarankan dalam peraturan PKPB. Nampak?

Dan banyak lagi sebenarnya gambar yang membuktikan kerajaan negeri gagal mengawal atau memperketatkan PKP terutamanya di daerah daerah atau kawasan yang dikategorikan sebagai zon merah.

Sebab itulah jangan mudah terloncat riang seolah-olah tindakan kerajaan negeri menolak peraturan PKPB adalah bertepatan. Menipu diri sendiri tu namanya.

Bung Mokhtar Desak Warisan Beri Moratorium 6 Bulan

Wah kali ini kepolitikan UMNO Sabah agak terpakai. Bilamana Ketuanya Bung Mokhtar Radin mendesak agar Institusi Kewangan di negeri Sabah seperti Sabah Kredit Corporation, Borneo Housing dan Yayasan Usaha Maju memberikan moratorium sehingga enam bulan seperti yang dilakukan oleh bank-bank komersial lain di Semenanjung.

Apa lagi kalau menurut Bung Mokhtar kebanyakan pelanggan Sabah Kredit, Borneo Housing dan Yayasan Maju itu sebenarnya terdiri daripada golongan yang bergaji B40.

Golongan yang masih menuntut bantuan dari pemerintah dalam konteks ini kerajaan negeri lah, siapa lagi.

Bung Mokhtar tidak menafikan sebelum ini Sabah Kredit telah memberikan tiga bulan moratorium tetapi itu tidak mencukupi atau tidak lebih berbanding yang diarahkan oleh Federal kepada semua bank-bank komersial.

Nampaknya Federal lebih prihatin, alert berbanding kerajaan negeri Sabah yang tampaknya lemah gagal memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat tempatan Sabah.

Begitu juga dari konteks kemampuan peminjam Yayasan Maju yang terdiri daripada kaum wanita. Golongan ini kalau tidak diberikan kemudahan sehingga 6 bulan. Nak susah mereka untuk meneruskan kehidupan selepas PKP. Memang sangkut lah, selain bergelut membayar hutang dalam masa yang sama bergelut menampung kos kehidupan harian.

Kalau moratorium lebih dari 6 bulan pun tidak mampu diberikan oleh Warisan iaitu parti yang menjunjung slogan Sabah for Sabahan. Nah apa lagi merealisasikan hal-hal pokok yang ada didalam perjanjian 1963. Jangan sembang lah memang tidak akan tertunai.

Arahan Kuarantin Pelajar, Kerajaan Sabah Hanky Panky

Susulan rungutan keluarga pelajar yang baru tiba daripada Semenanjung.

Rungutan itu berkisar soal kegagalan kerajaan negeri didalam mengurus pelajar IPT yang baru tiba daripada Semenanjung.

Baca links dibawah yang telah pun viral sejak semalam.

https://jalinluin.com/2020/05/01/kenapa-kerajaan-negeri-tidak-urus-pelajar-sabah-yang-balik-dengan-baik/

Untuk makluman selain yang ada dalam artikel diatas, ada banyak lagi rungutan ibu bapa pelajar yang sempat dihantar oleh seorang kawan. Seperti dibawah,

Macam ketara tiada penyelarasan di antara gomen sabah dan agensi federal la itu…anak sia ada tanya pejabat perhubungan sabah di KL tentang penerbangan utk pelajar…”jawapan pegawai berkenaan ialah sabah gomen tiada sediakan pesawat dan rujuk sama KPT”…tapi ada pula penerbangan utk para pelajar tajaan kerajaan negeri dan yayasan sabah…kalau mau bantu biarlah semua students sabah…or atleast bagi subsidi kah pada students bukan tajaan gomen sabah yg mungkin kurang mampu…

Susulan rungutan ibu bapa berkenaan. Hari ini kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan rasmi bahawa pelajar Sabah daripada Semenanjung dan Sarawak tidak perlu lagi menjalani kuarantin khas yang disediakan oleh kerajaan negeri tetapi hanya perlu mengurung diri mereka di rumah masing-masing yang diawasi oleh ahli keluarga.

Maksudnya tidak bagi pelajar domestik Sabah mereka perlu dikurung 14 hari di tempat yang telah ditentukan.

Begitukah? Kenapa pula perlu dibezakan. Nampak benarlah pentadbiran kerajaan ini hanky panky.

Bukankah lebih baik kerajaan negeri mencari inisiatif yang agak cerdik dengan mengarahkan agensi tertentu supaya datang ke apartment atau asrama pelajar IPT yang ada di seluruh Sabah untuk membuat ujian sebelum pelajar dihantar balik ke daerah masing-masing atau paling mudah buat pemeriksaan suhu badan, kalau normal maka layaklah nama pelajar itu disenaraikan untuk dihantar balik ke daerah masing-masing. Kan lebih mudah dan sistematik. Hemmm!

Tunggu, perlu kah pelajar domestik menjalani sebarang proses pemeriksaan sedangkan sehingga hari ini tiada seorang pun pelajar IPT Sabah yang dikesan positif Covid 19? Sihat sihat saja tu. Oleh itu kenapa tidak saja pelajar domestik berkenaan dihantar balik tanpa perlu berhadapan dengan birokrasi tolol dan diarahkan agar mengkuarantinkan diri mereka seperti mana pelajar dari semenanjung itu.

Ada pula tu, rentetan kegagalan kerajaan negeri mengurus pelajar Sabah dari Semenanjung. Pembantu Menteri Kewangan Sabah Sarifudin memandai-mandai menyalahkan Jabatan Kesihatan negeri Sabah (JKNS) seolah-olah Sabah Covid 19 Command Centre tidak wujud. Selama ini apa fungsi Sabah Covid 19 Command Centre? Makan gaji buta kah atau hanya menjadi platform mengumumkan peruntukan kah?

Admin pun peliklah. Semuanya hanky panky selain kuat minta puji.