Jual Emas RM25 Juta, 6 Individu Termasuk Datuk Direman, Melibatkan Kerajaan Warisan

Pada 17hb Mei 2023 tauke lombong emas di Tawau telah ditangkap dan direman tiga hari oleh SPRM.

Mereka terdiri dari lima lelaki berumur 42 hingga 67 tahun.

Kesalahan mereka tidak mengisytiharkan hasil perlombongan emas yang bernilai RM25 juta yang bertujuan mengelak dari membayar royalti emas dalam jumlah sebenar kepada kerajaan negeri Sabah yang mereka lombong di Bukit Mantri, Tawau.

RM25 juta itu bersamaan 100 Kilogram emas yang tidak dilaporkan penghasilannya dan sepatutnya membayar royalti sebanyak RM1.25 juta kepada Kerajaan Sabah bagi tempoh bermula 2020 hingga 2022.

Tahun 2020 hingga 2022 bererti era kerajaan Warisan. Betul tak?

Kira ini usaha kecil kerajaan Warisan lah kan, sebab melibatkan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Jaujan Sambakong secara langsung ketika itu.

Namun terbatal atau tidak boleh sudah dianggap sebahagian dari usaha kerajaan Warisan sebab menjalankan aktiviti yang menyalahi undang-undang dan merugikan negeri dan rakyat Sabah.

Apapun tahniah jugalah, jangan kita perkecilkan usaha orang lain. Tapi gambar tidak membohong, sebab itulah mencetuskan banyak persepsi negatif dalam masyarakat Sabah.

Percayalah kalau saja gambar ini melibatkan pemimpin GRS, entah apa agaknya isu yang akan dimainkan oleh pemimpin dan laskar Warisan. Macam isu air dan letrik baru baru ini, begitu banyak pembohongan yang mereka sebarkan, dengan harapan kerajaan GRS dinilai gagal oleh masyarakat.

Pada laskar dan penyokong Warisan daripada kamu menafikan kebenaran artikel ini, lebih baik kamu minta bahagian, 1 gram setiap seorang dari jongkong emas itu. Nampak lagi kamu cerdik dan ada harga diri.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: