Shafie/Warisan Tidak Buat Apa Untuk Dapat Cukai Jualan 5% – ADUN STAR

Parti Warisan Sabah dan presidennya Datuk Seri Shafie Apdal harus berhenti menuntut kredit atas hasil kerja keras orang lain.

Ahli dewan undangan negeri (Adun) Tulid Puan Flovia Ng menyifatkan kenyataan akhbar Adun Merotai dari Warisan Saifuddin Hatta bahawa Shafielah yang berjaya mendapatkan RM1.25 billion bagi pembayaran cukai jualan hasil petroleum untuk Sabah sebagai sesuatu yang memalukan dan melucukan.

“Namun, apa lagi yang dapat diharapkan dari Warisan? Selama 26 bulan, mereka langsung tidak membuat apa-apa untuk Sabah kecuali memotong reben dan merasmikan projek yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lama.

“Sumbangan mereka yang paling berharga ialah membuat pengumuman-pengumuman yang biasanya bernilai berbilion-bilion ringgit tetapi habuk pun tiada.

“Dan kini, setelah kalah dalam pilihanraya yang mereka sendiri paksakan, mereka tetap dengan permainan lama mereka iaitu menuntut kredit atas kerja orang lain sedangkan mereka langsung tidak berbuat apa-apa untuk mendapatkan cukai jualan 5% itu,” katanya.

Ng berkata Saifuddin harus mendidik dirinya terlebih dahulu sebelum membuka mulut dan menyedari bahawa pembayaran RM1.25 bilion ini langsung tiada kaitan dengan kononnya usaha Shafie sejak tahun 2018.

Beliau berkata surat-surat Shafie sama sekali tidak membawa erti apa-apa kepada syarikat-syarikat minyak dan amat ketara yang bekas ketua menteri itu hanya ingin membuatkan dirinya tampak bagus di hadapan anak-anak buahnya.

Sebenarnya, Ng berkata rakyat masih ingat bagaimana pada tahun 2019, perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan beliau secara peribadi akan membincangkan isu minyak dan gas dengan kedua-dua ketua menteri Sabah iaitu Shafie dan Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Openg.

Selepas ‘perbincangan’ itu, isu cukai jualan langsung tidak disebutkan dalam pertemuan seterusnya dan Shafie langsung tidak memberi penjelasan mengapa isu itu tidak menjadi salah satu agenda mesyuarat ketika itu, kata Ng.

“Mujurlah Sarawak, bukan seperti Shafie, sedar dan tahu lebih banyak mengenai hak mereka, dan dengan itu telah mengambil tindakan menyaman Petronas demi mendapatkan cukai jualan itu.

“Petronas tidak merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuching yang membenarkan Sarawak mengutip cukai jualan 5%, maksudnya keputusan sama harus dibuat terhadap Sabah.

“Disebabkan inilah maka Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan telah berjumpa dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membincangkan isu hak-hak Sabah.

“Tidak seperti mentor Shafie iaitu Dr Mahathir, Perdana Menteri kita sekarang mengambil berat mengenai Sabah dan telah bersetuju bahawa keputusan mahkamah ke atas saman Sarawak boleh digunakan juga untuk Sabah,” kata Ng.

Shafie mungkin juga telah berusaha untuk mendapatkan cukai jualan ini tetapi hakikatnya beliau gagal kerana beliau berurusan dengan Mahathir. Sudah tentu Shafie tidak berani langsung menyaman Petronas kerana ini bermaksud menentang Mahathir. GRS, sebaliknya, berjaya mendapatkan cukai jualan ini kerana kerajaan negeri GRS bekerjasama dengan kerajaan persekutuan PN.

Oleh itu, Ng berkata surat-surat Shafie tiada kena-mengena dengan cukai jualan 5% tidak kiralah berapa banyak yang beliau tulis atau berapa panjang sekalipun, ia tetap sia-sia dan Shafie dan Warisan tidak layak diberi apa-apa pengiktirafan bagi kejayaan ini.

“Saya berharap rakyat Sabah tidak lagi senang-senang ditipu Warisan. Sememangnya Warisan handal memutar belit fakta dan menuntut kredit tetapi rakyat Sabah lebih bijak dan ramai telah sedar yang Warisan hanyalah sebuah parti yang cakap kosong saja,” katanya.

STAR Sokong Penuh PN dan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri – Dr. Jeffrey

Admin suka melihat pergolakan yang dicetuskan oleh Anwar Ibrahim berhubung kononnya pertukaran Perdana Menteri Malaysia dari konteks kerajaan Sabah atau parti-parti pemerintah daripada Sabah. Jika pasukan ini yang diketuai oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji tidak memberikan sokongan. Maka itu sudah cukup bagi admin untuk memahami kedudukan sebenar yang berlaku.

Parti STAR menyokong penuh Kerajaan PN dan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri – Dr. Jeffrey

Kota Kinabalu:  Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) menyokong penuh kerajaan pusat dibawah Perikatan Nasional dan memberi sokongan penuh tidak berbelah bahagi kepada YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Bin Hj.Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia,” kata Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan, presiden STAR bagi menjawab media yang meminta pandangannya.

Secara peribadi, saya menyokong penuh Tan Sri Muhyiddin untuk menerus memimpin sebagai Perdana Menteri Malaysia.  Tidak timbul langsung soalan untuk menukar pendirian dan sokongan kepada sesiapa pun yang berangan-angan ingin mengganti Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Dalam usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menarik Ahli Parlimen dari pihak kerajaan dan berharap dilantik sebagai perdana menteri, beliau harus ingat bahawa dari kacamata rakyat didalam senario kini, beliau hanya merosakkan kredibilitinya sendiri dan dilihat sebagai seorang yang gila kuasa ingin merebut jawatan perdana menteri tanpa mempedulikan akibatnya kepada rakyat jelata.

Adalah lebih baik beliau menjalankan tanggungjawab beliau membantu penduduk kawasannya sebagai Ahli Parlimen Port Dickson dan menyumbang tenaga dan usaha membantu kerajaan dan rakyat memerangi musuh yang tidak boleh dilihat iaitu wabak Covid-19 serta membantu memulihkan ekonomi dimana ramai rakyat dan banyak perniagaan terkesan akibat tragedi ini.

Sementara itu, penambahan kes jangkitan COVID-19 khasnya yang berlaku di Sabah maupun dibawa oleh pengembara dari Sabah adalah amat membimbangkan.  Adalah diharapkan agar rakyat tidak terpengaruh dengan tindakan terdesak Anwar.  Mereka harus berhati-hati dan mematuhi SOP-SOP agar keluk kes Covid-19 dapat dilangkaikan dalam masa terdekat dan kita dapat balik ke landasan yang sepatutnya demi memulihkan ekonomi negara.

Datuk Dr. Jeffrey Kitingan

Perjumpaan Hadi Awang Dengan Ketua Ketua Katolik Malaysia

Saya (Hadi Awang) berbesar hati dapat bertemu dengan Ketua-ketua Kristian Katholik yang dipimpin oleh Rev Archbishop Julian Leow, Ketua Uskup Kristian dalam Majlis Dialog bersama pimpinan PAS di Kuala Lumpur semalam.

Saya berkongsi tentang konsep keadilan Islam kepada rakyat bukan Islam, hak melantik orang bukan Islam dalam kerajaan, kebebasan beragama dan tiada paksaan dalam beragama.

Saya turut menyeru agar kita memelihara keharmonian dan perpaduan dalam negara kerana hakikatnya kita adalah bersaudara dalam kemanusiaan.


Memang pun Islam adalah agama yang rasional dan terbuka terhadap agama orang lain.

Yang kita dengar kononnya parti seperti PAS adalah perkauman itu hanyalah kenyataan yang dicanang oleh jentera parti yang tidak bertauliah semata-mata, suka mengada-ngada. Minta puji.

Jadi berbalik kepada polemik rentetan perlantikan Setiausaha Pas Negeri Sabah sebagai ADUN di lantik yang telah mengundang sedikit kemarahan dan kekecewaan terhadap segelintir penyokong parti tertentu tempatan Sabah.

Nah kamu tengoklah perkembangan di atas Ketua agama Kristian Katolik pun menerima kehadiran pemimpin beragama Islam dengan penuh terbuka dan berlapang dada. Kamu apa cerita? Tenang kawan.

Percayalah kalau sikap jelek seperti itu menjadi amalan, nah percayalah tidak boleh kamu tu tinggal di London atau di negara maju sebab di sana perdebatan agama secara terbuka sentiasa berlaku dan panas. Menariknya hal itu digalakkan oleh kerajaan mereka.

Cuba kau tonton perdebatan terbuka di speaker corner atau London Park. Tidak ada agama yang terkecuali daripada pertikaian begitu juga dengan ideologi politik. Semua diperdebatkan secara terbuka tidak boleh marah hingga menyentuh fizikal lawan. Kalau tidak tahan ran away.

Ubah Balik!

#UbahBalik

Kuasa yang ada pada Warisan sejak dua setengah tahun yang lepas hanyalah untuk kroni dan kerabat mereka. Tidak ada kerajaan di dunia ini yang baru dua tahun lebih memerintah sudah terlibat dengan aktiviti rasuah dan pelanggaran terhadap undang-undang yang sedia ada kecuali kerajaan Warisan Sabah.

Wakil rakyat, peguam dan Setiausaha daripada Warisan dicekup kerana menyalahgunakan kuasa dan mereka adalah kroni dan kerabat total Presiden Warisan.

Kakitangan kerajaan Warisan yang didapati bersalah oleh Mahkamah dipertahankan oleh ketua menteri Warisan, Shafie dan dibenarkan meneruskan kerjanya. Hemmmm!

Begitu juga lantikan bagi mengetuai agensi tertentu di pelusuk negeri Sabah mereka adalah kroni dan kerabat Presiden Parti Warisan Shafie.

Begitu juga dengan penganugerahan projek sama ada kecil atau besar hanya didominasi oleh kroni dan kerabat mereka. Kontraktor luar hanya mampu menggigit bibir.

Semasa kerajaan Warisan memerintah Sabah. Ada yang merungut berkenaan perubahan yang berlaku di bandar bandar dan pekan. Kata mereka perusahaan dikawasan itu telah dikuasai oleh usahawan daripada tanah besar China menyebabkan suasana bertukar seolah-olah berada di negara komunis. Hari ini Warisan berkerjasama penuh dengan parti DAP. Apa akan berlaku? pasti masyarakat tempatan Sabah hanya akan mampu menikmati cahaya merah yang menerangi sekeliling mereka.

Begitu juga dengan perlantikan di peringkat pertengahan dan akar umbi, ternyata orang orang yang mereka lantik tidak berkemampuan malah ada yang terpalit dengan kegiatan jenayah diluar daerah. Menyebabkan kegiatan jenayah dan penyalahgunaan syabu meningkat di kawasan yang mereka jaga. Siapa yang rugi? Presiden parti dan orang-orangnya hidup senang-lenang kamu lah masyarakat marhaen yang terpaksa berhadapan dengan senario yang jelek itu. Semakin miskin dan semakin bodohlah kalau sudah begitu keadaannya.

Pelancong yang hadir dalam tempoh pemerintahan Kerajaan Warisan adalah hasil dari usahakerajaan terdahulu. Tetapi sejak Parti Warisan memerintah Sabah kehadiran pelancong semakin hari semakin berkurangan. Tidak dinafikan faktor Covid 19 telah menyumbang kepada pengurangan kehadiran pelancong tapi tidak secara total. Apa yang juga telah menyumbang ialah adanya aktiviti penyelewengan dana di Kementerian Pelancongan yang melibatkan pemimpin atau kakitangan daripada Parti Warisan.

Berbanding apa yang telah dan akan dilakukan oleh Perikatan Nasional semuanya untuk masyarakat.

Penyalahgunaan kuasa dibenteras, bantuan yang berterusan terus ditambah dan diperbaiki. Termasuklah bantuan kepada rakyat yang tarik balik oleh kerajaan Pakatan Harapan atau Warisan Plus akan diperkenalkan semula.

Jadi kita ubah balik. Pastikan tidak lagi mengundi calon-calon dari Parti Warisan. Sebaliknya sokong dan undilah calon-calon daripada perikatan Nasional dan sekutunya.

Ubah Balik

Muhyiddin Lancar Aku Janji GRS – PRN Sabah

▪️ Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin lancar Aku Janji Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Kota Kinabalu.

▪️ PRN Sabah: Aku Janji GRS beri pembangunan, kemajuan dan kehidupan lebih baik untuk rakyat Sabah. – PM Tan Sri Muhyiddin Yassin

▪️ Aku Janji GRS mengandungi perkara memerlukan kerjasama erat kerajaan persekutuan-negeri. – PM Tan Sri Muhyiddin Yassin

Hajiji Calon Ketua Menteri Gabungan Rakyat Sabah

Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin secara rasminya mengumumkan bahawa sekiranya Gabungan Rakyat Sabah (Bersatu) berjaya menawan Sabah atau mengalahkan Warisan dan sekutunya maka Pengerusi Bersatu Sabah Datuk Hajiji Noor akan dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah.

Tan Sri Muhyidin Yassin mengumumkan sedemikian ketika hadir di Pejabat Bersatu Sabah bagi mengiringi Datuk Hajiji Noor ke dewan penamaan calon di Dewan Seri Sulaman, Tuaran.

Selain itu Tan Sri Muhyiddin Yassin juga berkata antara matlamat utama Gabungan Rakyat Sabah yang terdiri daripada Bersatu BN, PBS, SAPP, PBRS, MCA dan STAR ialah menumbangkan parti Warisan dan menggantikannya dengan Perikatan Nasional. Dalam pada itu kesetiaan sesama parti harus diperkuatkan dan bersedia untuk melupakan hal yang sudah berlaku demi apa yang dipanggil sebuah kemenangan.

Majlis Himpunan Perikatan Nasional Sabah – PRN Sabah

Malam tadi bersamaan 09 September 2020 (Rabu) telah berlangsung perhimpunan besar-besaran Perikatan Nasional peringkat negeri Sabah yang telah diadakan di SICC Kota Kinabalu bagi menghadapi pilihan raya negeri Sabah yang dijangka akan berlangsung pada 26 September ini.

Majlis himpunan PERIKATAN NASIONAL dihadiri oleh YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin ( Setiausaha Agung PN ), YB Dato’ Takiyuddin Hassan ( Setiausaha Agung PAS ) YBhg Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor ( Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah ), YB Datuk Jeffrey Kitingan ( Presiden Parti Solidariti Tanah Air Sabah STAR ), Ybhg Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee ( Presiden Parti Maju Sabah SAPP )

Mari kita doakan semoga perhimpunan ini dapat memperkuatkan lagi perjuangan mereka dalam menghadapi pilihan raya negeri Sabah yang akan datang, sekaligus menumbangkan kerajaan sementara koboi Warisan yang telah merosakkan sosial ekonomi masyarakat Sabah.

PPBM Sertai Muafakat Nasional

Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan parti pimpinannya akan menyertai Muafakat Nasional iaitu berkerjasama dengan UMNO dan PAS dalam masa yang sama akan terus mendukung Perikatan Nasional sebagai gabungan yang besar.

Dengan terbentuknya kerjasama ini termasuklah dengan parti-parti tempatan Sabah dan nasional lain yang berada dalam Kerajaan Perikatan Nasional akan menyebabkan sebahagian besar sokongan rakyat berpihak kepada Perikatan Nasional.

Strategi yang baik dan amat-amat menguntungkan semua parti, baik yang besar mahupun yang kecil asalkan mereka berada dalam Perikatan Nasional.

Tahniah Perikatan Nasional.

Sebelum itu perlu diketahui UMNO yang mempelawa PPBM untuk menyertai Muafakat Nasional.

Entah Kenapa Pemimpin UMNO Menyerang Bersatu Sabah

Pemimpin UMNO yang kecewa kerana kalah merebut jawatan tertentu melepaskan geram mereka pada Bersatu Sabah. Mereka lupa kepimpinan mana yang berjaya mempertahankan UMNO pada PRU yang lepas. 

UMNO Sabah berjaya mempertahankan kemenangan sedangkan UMNO Semenanjung kalah teruk. Nasib baiklah berlaku kejadian yang tidak dijangka menyebabkan UMNO menjadi sebahagian daripada kerajaan walaupun kalah di pilihan raya yang lepas.

Kenapa mereka tidak mempersoalkan calon UMNO yang kalah sebagai bukti bahawa kemenangan calon BN pada PRU yang lepas adalah kerana faktor calon itu sendiri bukannya faktor UMNO.

Hentikanlah serangan seperti ini apa lagi perundingan di antara parti-parti komponen PN belum berlaku. Tarikh pilihan raya pun belum lagi diumumkan dan adakah pembubaran DUN Sabah sah di sisi undang-undang, siapa tahu ia terbatal.

Pergeseran berlaku bilamana Ketua Bersatu Sabah menyatakan bahawa partinya akan bertanding di 45 kerusi DUN jika PRN berlaku dalam tempoh yang terdekat. Tapi itupun pintu perundingan sentiasa terbuka kepada semua parti termasuklah UMNO.

Janganlah terlalu pelupa tanpa kumpulan Gabungan Sabah yang diketuai oleh Tan Sri Musa dan Datuk Hajiji serta pemimpin utama dari parti tempatan Sabah. Tidak kerajaan Warisan tumbang walaupun baru masuk tiga tahun sebagai kerajaan negeri.

Jangan lupa pihak mana yang bertanggungjawab menumbangkan Warisan. Oleh itu jangan lebih sudu dari kuah. Memalukan tu. Hemmm!

Sepatutnya Shafie Mendaulatkan TYT (Istana) Sebelum “Bubarkan” DUN

Sebagai Ketua Menteri Shafie hanya ada hak atau autoriti. Menasihat atau menyampaikan hasratnya pada TYT sekiranya DUN boleh dibubarkan.

Selepas itu TYT akan memanggil kedua belah pihak bagi mengetahui kedudukan sebenar kenapa ada pihak yang tidak berpuas hati pada Ketua Menteri yang sedang memerintah Sabah.

Usai segala maklumbalas diterima, dihitung dan dinilai barulah TYT boleh membuat keputusan yang adil dan saksama dan selepas itu pihak Istana akan berhubung dengan Tuan Speaker dan Setiausaha negeri untuk memaklumkan keputusan yang telah diambil. Sama ada membubarkan DUN atau Ketua Menteri yang menyandang dikehendaki meletakkan jawatan dan akan diganti oleh orang lain.

Ini tidak apa yang berlaku adalah sebaliknya. TYT tidak memanggil pihak Tan Sri Musa bagi mendapatkan maklumat tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku. Nampak sangat fungsi Istana telah didominasi atau Shafie tidak mendaulatkan TYT.

Kurang itu Ketua Menteri Shafie sendiri yang mengumumkan pembubaran DUN itupun dilakukan di bangunan pentadbiran kerajaan. Ironinya “Warta Kerajaan” hanya ditunjukkan selepas beberapa jam Shafie membubarkan atau menunjukkan surat pembubaran DUN.

Sepatutnya Warta TYT bukan Warta Kerajaan yang menjadi waran ditunjukkan terlebih dahulu sebelum mengumumkan pembubaran DUN walaupun pada hakikatnya Ketua Menteri tidak ada hak berbuat demikian.

Sekiranya tindakan Shafie itu diakui maka di masa mendatang andai satu satu Ketua Menteri tidak lagi mendapat sokongan majoriti Adun kerana didapati menyalahgunakan kuasa. Maka demi untuk menyelamatkan jawatan Ketua Menterinya dia hanya perlu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN). Wow, begitulah sampai kiamat.

Sebab itulah tindakan Ketua Menteri Shafie untuk mengadakan pilihan raya bagi kononnya menyelesaikan kemelut SD hanyalah retorik yang jelas untuk kepentingan diri mereka semata-mata.

Itulah pentingnya dokumen SD atau akaun bersumpah dijadikan asas utama bagi mengukur sokongan majoriti terhadap seorang Ketua Menteri yang sedang menyandang. Supaya dia tidak boleh bertindak sesuka hati.

Apa bezanya tindakan Ketua Menteri yang tidak berprotokol itu dengan tindakan seorang Ketua Kampung yang tolol. Sepasang suami isteri yang minta diadili malah dijatuhkan hukuman agar sang suami menceraikan isterinya dan Ketua Kampung akan mengahwininya?