
Admin suka melihat pergolakan yang dicetuskan oleh Anwar Ibrahim berhubung kononnya pertukaran Perdana Menteri Malaysia dari konteks kerajaan Sabah atau parti-parti pemerintah daripada Sabah. Jika pasukan ini yang diketuai oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji tidak memberikan sokongan. Maka itu sudah cukup bagi admin untuk memahami kedudukan sebenar yang berlaku.
Parti STAR menyokong penuh Kerajaan PN dan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri – Dr. Jeffrey
Kota Kinabalu: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) menyokong penuh kerajaan pusat dibawah Perikatan Nasional dan memberi sokongan penuh tidak berbelah bahagi kepada YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Bin Hj.Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia,” kata Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan, presiden STAR bagi menjawab media yang meminta pandangannya.
Secara peribadi, saya menyokong penuh Tan Sri Muhyiddin untuk menerus memimpin sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tidak timbul langsung soalan untuk menukar pendirian dan sokongan kepada sesiapa pun yang berangan-angan ingin mengganti Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
Dalam usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menarik Ahli Parlimen dari pihak kerajaan dan berharap dilantik sebagai perdana menteri, beliau harus ingat bahawa dari kacamata rakyat didalam senario kini, beliau hanya merosakkan kredibilitinya sendiri dan dilihat sebagai seorang yang gila kuasa ingin merebut jawatan perdana menteri tanpa mempedulikan akibatnya kepada rakyat jelata.
Adalah lebih baik beliau menjalankan tanggungjawab beliau membantu penduduk kawasannya sebagai Ahli Parlimen Port Dickson dan menyumbang tenaga dan usaha membantu kerajaan dan rakyat memerangi musuh yang tidak boleh dilihat iaitu wabak Covid-19 serta membantu memulihkan ekonomi dimana ramai rakyat dan banyak perniagaan terkesan akibat tragedi ini.
Sementara itu, penambahan kes jangkitan COVID-19 khasnya yang berlaku di Sabah maupun dibawa oleh pengembara dari Sabah adalah amat membimbangkan. Adalah diharapkan agar rakyat tidak terpengaruh dengan tindakan terdesak Anwar. Mereka harus berhati-hati dan mematuhi SOP-SOP agar keluk kes Covid-19 dapat dilangkaikan dalam masa terdekat dan kita dapat balik ke landasan yang sepatutnya demi memulihkan ekonomi negara.
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan