Sabah Benarkan Empat Orang Dalam Satu Kereta. Flip-flop Lagi

Wayang apalah yang dimainkan oleh ketua menteri Sabah, baru-baru ini.

Dua hari yang lepas kita disuapkan dengan berita yang kerajaan negeri Sabah menangguhkan pelaksanaan PKPB. Okey lah tu tiada masalah kalau benar niat untuk menjaga keselamatan masyarakat ini.

Antara peraturan PKPB yang diumumkan oleh Menteri Ismail Sabri ialah peraturan membenarkan 2 ahli keluarga duduk dalam satu kereta atas urusan membeli keperluan dapur dan urusan kesihatan. Tapi ditentang oleh ketua menteri Sabah atas alasan yang tidak jelas memandangkan Sabah hanya ada zone merah itu pun saling berjauhan.

Okeylah tu kalau benar itu pendirian kerajaan negeri.

Tapi sebentar tadi lain pula ceritanya. Oleh kerana pihak polis mempunyai kuasa membenarkan satu kereta dinaiki oleh empat orang maka kerajaan negeri tiada pilihan, terpaksa membenarkannya.

Jadi di mana sudah kesungguhan kerajaan negeri hingga sanggup mengingkari arahan PKPB. Apa lagi PKPB hanya berakhir pada 12 haribulan ini.

Flip-flop’ lagilah ni kalau begini. Hemmm!

Hakikatnya dari hari pertama PKPB diperkenalkan sebenarnya Sabah tidak ada masalah kalau mereka mematuhi peraturan itu. Memandangkan dalam tempoh PKP yang begitu ketat pun pergerakan masyarakat tidaklah terkawal sangat terutamanya di peringkat daerah dan kampung-kampung.

Saja sebelum ini cuba menunjukkan taring kuasa. Iyalah tapi jangan lupa kuasa berada ditangan rakyat yang akan menolak kerajaan negeri yang flip flop.

Untuk Apa Runding Dulu Dengan Kerajaan Negeri Yang Gagal?

Entah apa yang cuba ditunjukkan oleh Timbalan Wira warisan Ismail Ayob ni, atau seperti biasa tanpa disedari mereka hanyalah menunjukkan kekurangan cara berfikir mereka.

Dia kata urusan negara terutama yang melibatkan keselamatan nyawa manusia adalah tanggungjawab bersama justeru semua pemimpin sepatutnya terlibat. Iaitu kononnya berunding dulu sebelum dilaksanakan.

(Untuk apa berunding dengan kerajaan negeri yang gagal?)

Memang pun sentiasa dilibatkan. Sejak bila pula pusat mengabaikan kerajaan negeri dalam hal pokok iaitu keselamatan masyarakat Sabah.

Hal yang menjadi asas untuk diketahui sebelum kita mengupas hal ini dengan lebih lanjut ialah selama ini yang bertanggungjawab mengawal penyebaran Coronavirus (Covid 19) di Malaysia ialah Kementerian Kesihatan Malaysia. Bidang tugas Kementerian ini pula meliputi semua negeri termasuk Sabah.

Kementerian ini yang menyediakan segala kelengkapan daripada tenaga manusia hinggalah ke peralatan didalam membenteras pendemik Coronavirus terus merebak.

Jadi dakwaan yang negeri Sabah tidak dilibatkan atau diabaikan di dalam hal keselamatan nyawa manusia adalah kenyataan yang tiada asasnya dan kebudak-budakan.

Berbulan Kementerian Kesihatan Malaysia mengawal penyebaran Covid 19 tapi bila sampai pada satu fasa yang menuntut kelonggaran PKP kerana tuntutan ekonomi yang semakin mendesak. Pandai pula kerajaan negeri menidakkan PKPB seolah-olah selama ini yang menjaga atau mengawal pendemik di Sabah ialah Menteri Kesihatan Sabah hingga tahu sangat apa yang diperlukan dan dihadapi oleh masyarakat Sabah.

Apa yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri atau Menteri Kesihatan Sabah sehingga begitu yakin menolak PKPB. Setahu admin hanya untuk menyediakan pusat kuarantin pun gagal hingga menjadi isu kebangsaan.

Kerajaan Warisan Sabah jangan ikut langkah kerajaan negeri Sarawak menangguhkan PKPB kerana walaupun rakyatnya tidak turun kerja atau belum mematuhi PKPB tetapi bantuan makanan kepada rakyatnya melimpah-ruah. Bukan macam di Sabah membekal bantuan makanan pun menjadi isu. Ada yang langsung tidak mendapat bahagian mereka tapi dijana oleh jentera kerajaan negeri wah program bantuan makanan mencapai kejayaan.

Pada kerajaan Warisan cukup-cukuplah berpolitik tu sudah lebih dua tahun kamu menjadi kerajaan negeri tapi satu pun kebaikan yang bersifat jangka panjang belum berjaya kamu adakan. Yang kamu tahu hanyalah menjual perjanjian 1963 atau proses rundingan yang tidak membuahkan hasil. Kalau sekadar proses rundingan awal, kerajaan BN sebelum ini juga melakukan hal yang sama dengan Perdana Menteri Najib Razak pada masa itu.

Begitu juga dengan dakwaan Timbalan berkenaan konon Ketua Menteri Sabah atau Sabah tidak dipanggil untuk bermesyuarat PKP. Ini adalah dakwaan yang tidak jelas. Kekeliruan ini telah dijelaskan oleh setiausaha mesyuarat Covid 19 peringkat nasional. Bahawa dalam hal menghantar surat jemputan ke negeri negeri, mereka telah terlepas pandang.

Walaubagaimanapun urusetia telah menghantar surat jemputan kepada semua setiausaha negeri. So tidak timbul persoalan adakah Ketua Menteri Sabah dilibatkan atau tidak.

Contoh perbandingan. Selama ini tidak pernah sekalipun Menteri Dalam Negeri atau Federal mencampuri tugas pengerusi keselamatan negeri Sabah yang dipegang oleh ketua menteri Sabah Shafie. Tapi apa yang berlaku, sejak Warisan menjadi Kerajaan negeri sudah 1 atau 2 insiden penculikan di pantai timur Sabah. Ini menunjukkan sememangnya kerajaan negeri gagal mengurus ataupun memastikan keselamatan masyarakat Sabah.

Jilatan Lelaki Pakistan Pro Warisan Bertukar Senjata Makan Tuan

Seorang lelaki Pakistan yang juga penyokong Parti Warisan telah merakamkan dirinya lalu memuji melangit Presiden mereka Shafie dalam masa yang sama menafikan kebijaksanaan kerajaan pusat. Nampak sangat tidak pandai bersyukur.

Dia pun cakaplah bantuan makanan yang dia terima diberikan oleh ketua menteri. Begitu juga dengan bantuan tunai RM1000.

Sedangkan budak hingusan pun tahu yang wang tunai RM1000 itu datang dari program bantuan prihatin nasional ( BPN) iaitu program bantuan yang disediakan oleh kerajaan persekutuan atau pusat.

Taktik licik dan angkat kaki warga Pakistan yang juga penyokong Warisan itu telah mendapat kejian dan hinaan dari masyarakat tempatan Sabah terutamanya mereka yang pro kerajaan pusat.

Dimana masyarakat tempatan berpersepsi bahawa Kerajaan Negeri Warisan lebih mengutamakan pendatang berbanding mereka warga sebenar Sabah yang terdiri daripada kaum KDMR Bajau, Suluk dan Melayu dan lain lain.

Kerana tidak tahan dengan cercaan dan hinaan netizen, empunya diri serta wakil daripada Parti Warisan telah membuat laporan Polis.
(Saling cuba menyelamatkan diri dari hinaan masyarakat Sabah lah tu kan)

Satu pihak risau partinya terus dikaitkan dengan pendatang asing satu pihak lagi iaitu warga asing Pakistan terhegeh-hegeh ingin menjadi penyokong Parti Warisan walaupun tampak dinafikan. Lucu juga ya.

Pokoknya tujuan laporan Polis itu adalah untuk menutup politik kotor yang cuba dicetuskan dan takut nama Parti Warisan terus dikaitkan dengan pendatang asing tanpa izin atau PTI. Ini dia punya point. Takut dengan bayang bayang sendiri ini yang mereka rasa. Walhal pada masyarakat Sabah politik adalah politik tiada istilah warga asing atau tidak selagimana mereka memiliki MyKad yang sah.

Kalau pun benar yang warga Pakistan itu tidak tahu wang berkenaan bukan dari kerajaan negeri tapi kenapa lagi seolah-olah dipaksa membuat laporan Polis? Bukankah cukup dengan hanya membuat kenyataan atau permohonan maaf, lainnya tuntaskan melalui kenyataan politik dari semasa ke semasa.

Mahu juga membuat laporan Polis sedangkan yang membuat rakaman video itu adalah penyokong Warisan itu sendiri. Hehehe!

Rentetan taktik kotor yang keterlaluan itu maka laporan Polis yang dibuat tidak lagi mampu mengubah persepsi masyarakat Sabah terhadap Parti Warisan sebagai parti yang disokong dan menyokong warga asing.

Tampaknya semakin hari semakin serba salah ini Parti Warisan oh. Pendatang Pakistan pun ingin menjadi jentera parti Warisan, pandai pula tu mereka-reka cerita.

Seperti biasa propaganda murahan Warisan akhirnya bertukar menjadi senjata makan tuan.

Apa yang dilakukan oleh penyokong Parti Warisan itu adalah amalan politik kotor dan jijik apa lagi semacam tidak pandai bersyukur. Lebih teruk dan hina dari kenyataan yang berbau perkauman.

Sabah Sudah Lama Laksana PKPB. Alahai!

Kenyataan media bahawa kerajaan negeri Sabah telah memutuskan untuk tidak melaksanakan perintah kawalan pergerakan bersyarat PKPB yang diumumkan oleh kerajaan persekutuan pada 1 Mei 2020 hanyalah merupakan tik tok politik atau kerajaan Warisan.

Realitinya kerana kerajaan negeri gagal melaksanakan PKP dalam erti kata yang sebenarnya. Maka sejak daripada waktu itu pergerakan masyarakat Sabah di hampir semua daerah di negeri ini tidak sebenarnya mematuhi peraturan ketat PKP yang kononnya sehingga hari ini diguna pakai oleh kerajaan negeri.

Hakikatnya yang berlaku adalah sebaliknya seolah-olah masyarakat Sabah telah lama mempraktikkan peraturan PKPB walaupun pada ketika itu Sabah berada dalam fasa 1 2 dan 3 PKP.

Jalan berdua-duaan, bersesak-sesak dan banyak lagi pergerakan yang bertentangan dengan peraturan PKP.

Walau bagaimanapun tidak semua kawasan atau daerah di mana kebanyakan penduduknya melanggar PKP tetapi yang jelas dan pasti PKP tidak berapa dipatuhi rentetan kegagalan kerajaan negeri melaksanakan PKP itu sendiri.

Ini hah rakaman video semasa Sabah berada di fasa fasa PKP. Masyarakat bergerak bebas lebih bebas dari yang disarankan dalam peraturan PKPB. Nampak?

Dan banyak lagi sebenarnya gambar yang membuktikan kerajaan negeri gagal mengawal atau memperketatkan PKP terutamanya di daerah daerah atau kawasan yang dikategorikan sebagai zon merah.

Sebab itulah jangan mudah terloncat riang seolah-olah tindakan kerajaan negeri menolak peraturan PKPB adalah bertepatan. Menipu diri sendiri tu namanya.

Bung Mokhtar Desak Warisan Beri Moratorium 6 Bulan

Wah kali ini kepolitikan UMNO Sabah agak terpakai. Bilamana Ketuanya Bung Mokhtar Radin mendesak agar Institusi Kewangan di negeri Sabah seperti Sabah Kredit Corporation, Borneo Housing dan Yayasan Usaha Maju memberikan moratorium sehingga enam bulan seperti yang dilakukan oleh bank-bank komersial lain di Semenanjung.

Apa lagi kalau menurut Bung Mokhtar kebanyakan pelanggan Sabah Kredit, Borneo Housing dan Yayasan Maju itu sebenarnya terdiri daripada golongan yang bergaji B40.

Golongan yang masih menuntut bantuan dari pemerintah dalam konteks ini kerajaan negeri lah, siapa lagi.

Bung Mokhtar tidak menafikan sebelum ini Sabah Kredit telah memberikan tiga bulan moratorium tetapi itu tidak mencukupi atau tidak lebih berbanding yang diarahkan oleh Federal kepada semua bank-bank komersial.

Nampaknya Federal lebih prihatin, alert berbanding kerajaan negeri Sabah yang tampaknya lemah gagal memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat tempatan Sabah.

Begitu juga dari konteks kemampuan peminjam Yayasan Maju yang terdiri daripada kaum wanita. Golongan ini kalau tidak diberikan kemudahan sehingga 6 bulan. Nak susah mereka untuk meneruskan kehidupan selepas PKP. Memang sangkut lah, selain bergelut membayar hutang dalam masa yang sama bergelut menampung kos kehidupan harian.

Kalau moratorium lebih dari 6 bulan pun tidak mampu diberikan oleh Warisan iaitu parti yang menjunjung slogan Sabah for Sabahan. Nah apa lagi merealisasikan hal-hal pokok yang ada didalam perjanjian 1963. Jangan sembang lah memang tidak akan tertunai.

Arahan Kuarantin Pelajar, Kerajaan Sabah Hanky Panky

Susulan rungutan keluarga pelajar yang baru tiba daripada Semenanjung.

Rungutan itu berkisar soal kegagalan kerajaan negeri didalam mengurus pelajar IPT yang baru tiba daripada Semenanjung.

Baca links dibawah yang telah pun viral sejak semalam.

https://jalinluin.com/2020/05/01/kenapa-kerajaan-negeri-tidak-urus-pelajar-sabah-yang-balik-dengan-baik/

Untuk makluman selain yang ada dalam artikel diatas, ada banyak lagi rungutan ibu bapa pelajar yang sempat dihantar oleh seorang kawan. Seperti dibawah,

Macam ketara tiada penyelarasan di antara gomen sabah dan agensi federal la itu…anak sia ada tanya pejabat perhubungan sabah di KL tentang penerbangan utk pelajar…”jawapan pegawai berkenaan ialah sabah gomen tiada sediakan pesawat dan rujuk sama KPT”…tapi ada pula penerbangan utk para pelajar tajaan kerajaan negeri dan yayasan sabah…kalau mau bantu biarlah semua students sabah…or atleast bagi subsidi kah pada students bukan tajaan gomen sabah yg mungkin kurang mampu…

Susulan rungutan ibu bapa berkenaan. Hari ini kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan rasmi bahawa pelajar Sabah daripada Semenanjung dan Sarawak tidak perlu lagi menjalani kuarantin khas yang disediakan oleh kerajaan negeri tetapi hanya perlu mengurung diri mereka di rumah masing-masing yang diawasi oleh ahli keluarga.

Maksudnya tidak bagi pelajar domestik Sabah mereka perlu dikurung 14 hari di tempat yang telah ditentukan.

Begitukah? Kenapa pula perlu dibezakan. Nampak benarlah pentadbiran kerajaan ini hanky panky.

Bukankah lebih baik kerajaan negeri mencari inisiatif yang agak cerdik dengan mengarahkan agensi tertentu supaya datang ke apartment atau asrama pelajar IPT yang ada di seluruh Sabah untuk membuat ujian sebelum pelajar dihantar balik ke daerah masing-masing atau paling mudah buat pemeriksaan suhu badan, kalau normal maka layaklah nama pelajar itu disenaraikan untuk dihantar balik ke daerah masing-masing. Kan lebih mudah dan sistematik. Hemmm!

Tunggu, perlu kah pelajar domestik menjalani sebarang proses pemeriksaan sedangkan sehingga hari ini tiada seorang pun pelajar IPT Sabah yang dikesan positif Covid 19? Sihat sihat saja tu. Oleh itu kenapa tidak saja pelajar domestik berkenaan dihantar balik tanpa perlu berhadapan dengan birokrasi tolol dan diarahkan agar mengkuarantinkan diri mereka seperti mana pelajar dari semenanjung itu.

Ada pula tu, rentetan kegagalan kerajaan negeri mengurus pelajar Sabah dari Semenanjung. Pembantu Menteri Kewangan Sabah Sarifudin memandai-mandai menyalahkan Jabatan Kesihatan negeri Sabah (JKNS) seolah-olah Sabah Covid 19 Command Centre tidak wujud. Selama ini apa fungsi Sabah Covid 19 Command Centre? Makan gaji buta kah atau hanya menjadi platform mengumumkan peruntukan kah?

Admin pun peliklah. Semuanya hanky panky selain kuat minta puji.

Kenapa Kerajaan Negeri Tidak Urus Pelajar Sabah Yang Balik Dengan Baik?

Sebelum ini admin ada menulis perkara berhubung penghantaran pelajar Sabah balik ke kampung sama ada daripada Semenanjung atau pelajar Sabah yang belajar di dalam negeri (pelajar domestik)

Memandangkan kerajaan negeri Sabah telah menggunakan dana daripada Yayasan Sabah untuk menghantar pelajar dari IPT ke daerah masing-masing. Maka sewajarnya pelajar berkenaan diurus dengan baik tanpa birokrasi yang menyusahkan baik pada penjaga atau pelajar itu sendiri.

Admin mempersoalkan kenapakah pelajar daripada Semenanjung terus dihantar ke daerah masing-masing di sekitar negeri Sabah berbanding pelajar domestik yang perlu ditempatkan terlebih dahulu di balai polis transit iaitu Tawau dan Lahad Datu sebelum dihantar ke daerah masing-masing atau diambil oleh penjaga. Maksudnya balai polis Tawau dan Lahad Datu dijadikan transit untuk pelajar dari pantai timur Sabah.

Isu yang admin kemukakan pada masa itu adalah berdasarkan maklumat yang diterima iaitu kenapa pelajar domestik Sabah tidak dihantar terus ke daerah masing-masing, kenapa lagi perlu ditempatkan di balai polis transit, bukannya juga mereka dikuarantin.

https://jalinluin.com/2020/04/28/kenapa-pelajar-domestik-sabah-perlu-ditransitkan/

Tidak lama selepas itu viral pula kenyataan yang mendakwa Kementerian Kesihatan Sabah tidak memberikan kerjasama hingga menyulitkan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha menghantar pelajar IPT balik ke Sabah. Sejauh mana kebenarannya itu admin tidak dapat pastikan tapi yang pasti ia telah pun viral.

Terbaru keluhan dari keluarga pelajar yang baru balik daripada Semenanjung. Sekejap saya kongsikan atau copy paste kan disini.

Di Facebook keluarga pelajar ini dikenali sebagai Mohd Idris Salleh :- Terlebih dahulu admin ucapkan syabas dan tahniah kerana berani bersuara.

Saya ingin berkongsi dan memohon Orang ramai Melihat dan membaca dengan teliti dan seterusnya kita sama2 viral kan, AGAR PIHAK KERAJAAN NEGERI SABAH dan KEMENTERIAN KESIHATAN SABAH KKM mengambil tindakan sewajar nya , BUKAN SEKADAR MELEPAS KAN BATUK DI TANGGA!!!!!

Cerita ni berlaku kemarin dan anak buah saya salah satu penumpang (pelajar ipt)
Flight : AK5114 AIRASIA KUL-BKI 30hb April 2020
Departure: 2:40pm
Arrival : 5:40 pm (KKIA)
Penerangan tentang kejadian kemarin:
1. Setiba mereka di KK sekitar 5:20pm kemarin, mereka telah di asingkan penumpang biasa dan pelajar IPT, konon nya utk buat testing KKM.
Abg saya telah menunggu anak nya dr petang jam 5:20pm hingga jam 10:00 mlm lebih (ingat ini BULAN RAMADHAN- sekadar meneguk air kosong saja bebuka dan tungga anaknya dan ramai lg ibubapa pelajar yg lain))
2. Akan tetapi pada jam 10 lebih mlm baru la penatian mereka berakhir AKAN TETAPI mereka pelajar IPT akan di bawa ke pusat Kuarantine Asrama Bomba. (LIHAT GAMBAR) dan TIDAK ADA TESTING OLEH KKM DI AIRPORT KK, anda biarkan org menunggu berjam2,!!!!!!,KONON SAJA ADA TESTING!!!
3. Sekitar JAM 1 PAGI baru mereka sampai di pusat KUARANTIN ASAMA BOMBA SEPANGGAR , JAM 1 PAGI OIIII!!!!!! Org dr jam 5:20pm – jam 1 pagi, suda berapa jam dan org BERPUASA!!!!! Otak ada pakai ka!!!!
4. SILA LIHAT GAMBAR DENGAN BETUL2!!!! Keadaan BANTAL YG AMAT MENJIJIKKAN!!!, keadaan KATIL YG AMAT RAPAT (NO SOCIAL DISTANCING) , kerajaan ckp sekurang2nya 1 meter!!!! Mana p g pulak arahan kerajaan kamu!!!!!!. Terdapat 3 bilik AKAN TETAPI HANYA 1 BILIK BOLEH DI GUNAKAN!!! 2 bilik – 1 BILIK KIPAS ROSAK DAN 1 BILIK LAGI KIPAS SANGAT BISING , mereka (pelajar IPT)ambil keputusan tidur di ruang tamu!!!!
5. Kenapa sebahagian penumpang lain yg bukan pelajjar bole PULAK BEBAS KELUAR DAN TIDAK PERLU KUARANTIN!!!!!! Apa beza merwka dan pelajar2 IPT tu???????
Utk pengetahuan, anak buah saya mmg pelajar IPT tetapi dia BUKAN TINGGAL DI ASRAMA!!!!! Menyewa rumah sendiri
APA BEZA DENGAN PENUMPANG2 LAIN YG TANPA KUARANTIN DALAM FLIGHT AK5114???? Apa beza nya ??!!!!!!
Sistem KKM sabah amat berat sebelah!!!! Dan tidak adil dalam mengendalikan situasi begini !!!!
Asal di tanya , jawapan ikut arahan
Dengan keadaan bilik, BANTAL YG AMAT JIJIK, org yg sihat akan terkena bakteria dan menjadi TIDAK SIHAT …apa KkM bole kah di saman ttg bgini?????? Apa KERAJAAN NEGERI PEKAK DAN BUTA!!!!!
SAYA MOHON ORANG RAMAI KITA VIRALKAN SUPAYA KERAJAAN NEGERI DAN KKM Sabah mengambil tindakan yang sepatutnya dan LEBIH ADIL!!!
Banyak pelajar IPT dlm flight tersebut dan telah di LAYAN DENGAN TIDAK ADIL, mengapakah penumpang lain pulak bole kluar bebas dan pulang kerumah mereka?????
Flight kemarin nya pada 29hb April 2020 TIDAK PULAK BEGINI, alasan ARAHAN BARU
Apa COVID 19 ini pandai pilih orang ka dia mau kasi kena?????
Baru saya tau VIRUS COVID19 ini pandai pilih hari mana mau kasi kena org? , siapa yg dia mau kasi kena, target nya pelajar IPT. BAGUS PULAK YA VIRUS COVID 19 ini , CERDIK DAN PANDAI DIA.

Saya akan membuat aduan tetang perkara ini sekiranya pohat bertanggungjawab TIDAK SELESAI DGN PANTAS DAN LEBIH TERATUR
#KKM Sabah kementerian kesohatan Negeri Sabah
#KetuaMenteriSabah
#TV3
#RTM
#KementerianKesihatan Malaysia
#Perdana Menteri Malaysia

Sarawak Akur Dua Orang Satu Kenderaan. Sabah Ikut Ikutan

Nah hari ini Sarawak memutuskan untuk mematuhi peraturan terbaru Kerajaan Persekutuan yang membenarkan dua ahli keluarga terdekat keluar rumah menggunakan satu kenderaan.

Keputusan itu dinyatakan sendiri oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Unggah dan berkuatkuasa serta merta.

Semalam Menteri kanan Datuk Ismail Sabri mengumumkan keputusan kerajaan, membenarkan dua ahli keluarga berada dalam satu kenderaan. Keputusan itu dibuat setelah mendapat maklum balas daripada orang ramai.

Terbaiklah Kerajaan Negeri Sarawak, sangat-sangat prihatin ke atas rakyatnya. Tiada istilah minta puji demi meraih atau mendapatkan sokongan masyarakat. Tidak seperti negeri yang satu lagi ini. Alahai!

Berbeza dengan kerajaan negeri Sabah yang awal awal lagi menangguhkan peraturan baharu berkenaan hingga mendapat kritikan dari pelbagai pihak. Bahawa kerajaan Sabah tidak prihatin dan tidak konsisten serta di dakwa sebagai kerajaan koboi. Juga didakwa sebagai kerajaan negeri yang cuba menunjukkan taring kekuasaan walhal sekalipun tidak pernah terbukti atau menjadi kenyataan.

https://jalinluin.com/2020/04/29/shafie-tangguh-arahan-federal-dua-orang-dalam-satu-kereta-apa-cerita-oh/

Tapi akhirnya iaitu selepas selang beberapa waktu berita Kerajaan Negeri Sarawak mematuhi peraturan baharu, tersebar. Barulah kerajaan Sabah melalui Setiausaha Kerajaan Negeri mengeluarkan kenyataan media bahawa mereka mematuhi peraturan baru itu.

Walhal tadi pagi bukan main lagi. Ada dikalangan penyokong Warisan yang mendakwa bahawa keputusan mematuhi atau tidak peraturan baharu itu perlu dibawa ke Sidang DUN terlebih dahulu bagi mendapatkan persetujuan atau kebenaran dari wakil-wakil rakyat. Ternyata ia hanyalah alasan dongeng Cybertroper Warisan yang syok tahu dan dilibatkan.

Dari yang paling tinggi hingga yang paling bawah ini Warisan kaki minta puji.

Shafie Tangguh Arahan Federal Dua Orang Dalam Satu Kereta. Apa Cerita Oh!

Federal sudah bagi kelonggaran dua orang dalam satu kereta tapi Kerajaan Sabah ni pula mahu mencari kelainan atau menangguhkan arahan berkenaan.

Walhal sebelum ini beriya iya mendesak agar beberapa sektor ekonomi dibuka dan ia boleh dilaksanakan berdasarkan zone atau tahap keselamatan satu-satu kawasan sebaliknya tidak boleh dilihat secara umum memandangkan ada kawasan berada dalam zone merah atau hijau.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/beri-ruang-untuk-ekonomi-bergerak-dalam-zon-hijau-shafie-239849

Kerajaan negeri ini sudah banyak kali kantoi apa yang mereka cakap tidak berjaya dikuatkuasakan tapi masih mahu menunjukkan kuasa. Hahaha!
Seperti contoh arahan menutup sesi persekolahan di negeri Sabah semasa serangan awal pendemik Coronavirus. Sedangkan kuasa menutup sesi persekolahan terletak di tangan Menteri pendidikan atau Federal. Akhirnya apa, kerajaan negeri terpaksa menunggu keputusan pusat.

Hari ini Ketua Menteri Sabah bertegas tidak akan segera menggunapakai keputusan yang telah diambil oleh Federal yang membenarkan dua orang dari satu keluarga keluar semasa dalam tempoh PKP dikuatkuasakan.

https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/04/29/only-one-person-in-a-car-in-sabah-for-now

Seperti mana kenyataannya di bawah bahawa, kita perlu mengkaji kesannya terlebih dahulu. Iaitu setelah bertemu dengan pasukan perunding pakar daripada China mengenai Covid 19.

Pasukan itu kini berada di Sabah dan telah menghadap Ketua Menteri Sabah.

Sebelum ini iaitu semasa dalam fasa kedua dan ketiga PKP hanya membenarkan seseorang dalam kereta. Tapi petang tadi Menteri Kanan Datuk Ismail Sabri telah melonggarkan peraturan itu dengan membenarkan dua orang dalam satu kenderaan sepanjang perintah kawalan pergerakan PKP fasa ke-4 bermula hari ini. Itupun dalam tempoh jarak 10 km dan bertujuan untuk membeli makanan dan perkhidmatan kesihatan.

Apa sebenarnya yang mahu diselesaikan oleh kerajaan negerinya ya. Mekanisme apa yang digunakan oleh kerajaan negeri ini hingga berani melanggar peraturan yang diperkenalkan oleh Federal. Setakat pakar daripada China yang baru muncul itu apalah sangat.

Dalam tempoh PKP ini adalah Shafie memandu kereta sendiri. Tidak pakai pemandu kah? Itu bukan berdua kah.

Justeru itu pada agensi agensi Persekutuan seperti Polis dan pasukan keselamatan yang lain termasuk Jabatan Kesihatan tidak perlu ikut cakap Shafie atau arahan kerajaan negeri khususnya dalam keadaan sekarang ini.

Kenapa Pelajar Domestik Sabah Perlu Ditransitkan?

Kerajaan negeri Sabah kalau sudah gunakan wang Yayasan Sabah untuk mengambil pelajar di Semenanjung.

Nah pastikan pula pelajar IPTS dan IPTA yang ada di Sabah ni terus dihantar ke daerah mereka masing-masing, jangan lagi pakai transit segala. Itu namanya menyusahkan pelajar.

Buat kerja betul betullah, jangan lebih kepada minta puji. Buat sampai habislah. Alahai.

Admin dimaklumkan pelajar domestik Sabah, akan dihantar terlebih dahulu ke Balai Polis transit Lahad Datu dan Tawau (pantai timur Sabah) sebelum penjaga mengambil mereka. Apa punya kerjalah, satu kerja yang mudah dipersulitkan. Kenapa tidak dihantar terus ke daerah masing-masing seperti mana pelajar Sabah dari Semenanjung.

So pada kerajaan negeri, sebelum proses menghantar pulang pelajar bermula tolong pastikan pelajar domestik Sabah dihantar ke daerah masing-masing atau IPD di daerah berkenaan. Ini sudah tahun 2020 kerja kena semaklah cerdiklah sikit.