Apa Niat Sebenar UMNO Mempersoal Kuasa Imigresen Sabah dan Sarawak? Sial!

Apa niat sebenar pemimpin UMNO bila mana mempertikaikan kuasa imigresen Sabah dan Sarawak, walaupun mereka tahu kuasa istimewa ini telah termaktub dalam perjanjian Malaysia 1963 dan telah berjalan sejak lebih sedekad yang lalu.

Pemimpin UMNO yang dimaksudkan ialah Zaid Ibrahim juga seorang peguam yang gagal menyelamatkan Najib Razak dari hukuman mencuri wang rakyat melalui skandal SRC.

Pemimpin UMNO seorang ni betullah mangkuk dan tidak menghormati perjanjian Malaysia 1963 lah. Bukan dia tidak tahu, selama UMNO menjadi kerajaan pun mereka tidak berani mempertikai kuasa Imigresen Sabah dan Sarawak. Hanya hari ini bila UMNO telah ditolak oleh majoriti pengundi khususnya pengundi muda.

Zaid menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya kononnya menyelesaikan masalah mudah iaitu kuasa imigresen Sabah dan Sarawak ke atas rakyat Semenanjung yang memasuki Sabah dan Sarawak. Dimana selepas ini tidak perlu lagi mereka menggunakan MyKad atau Passport sebagai sarat untuk memasuki Sabah dan Sarawak.

Politik gila dan terdesak UMNO ke atas kerajaan “perpaduan”. Boleh lagi tidak bersyukur, hanya mendapat 26 kerusi melalui tiket UMNO tapi boleh sama sama membentuk kerajaan sekaligus menafikan Perikatan Nasional yang berjaya menumbangkan mereka.

Adakah ini juga bermaksud sekiranya UMNO sekali lagi memperluang mengetuai Persekutuan maka kuasa Imigresen Sabah dan Sarawak akan dihapuskan? memang sial.

Nah Sabahan dan Sarawakian tunggu apa lagi, buang terus UMNO dari peta Sabah. Buang dalam dalam ke lautan Hindi biar hata nama UMNO pun rakyat Borneo melupakannya seolah olah tidak pernah ujud.


Ahli Parlimen Papar itu berkata, peruntukan undang-undang dalam Bahagian 7 Akta Imigresen 1959/1963 memberikan kuasa khas kepada Sabah dan Sarawak apabila Persekutuan Malaysia ditubuhkan.


“Ini sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan, Perjanjian Malaysia 1963 dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC). Perlu atau tidak sebarang perubahan polisi imigresen, biar Sabah dan Sarawak tentukan,” katanya kepada FMT.


Beliau mengulas kenyataan bekas menteri undang-undang, Zaid Ibrahim yang meminta Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyelesaikan “perkara mudah” dahulu sebelum terus melaksanakan perubahan institusi yang agak mencabar.


Zaid berkata, antara perkara mudah dimaksudkan itu termasuk membabitkan kemasukan penduduk Semenanjung ke Sabah dan Sarawak.


“Bolehkah perdana menteri minta kedua-dua negeri itu supaya membenarkan warga Semenanjung pergi sana tanpa keperluan IC (kad pengenalan) atau pasport?” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: