*Senarai Calon BN Yang Akan Bertanding Parlimen & DUN* *PARLIMEN P.167 KUDAT* Datuk Abdul Rahim Bakri (UMNO) *Dun N.01 BANGGI* Datuk Mohd Mijul Hj Unaini (UMNO) *Dun N.02 TANJONG KAPOR* Datuk Seri Panglima Teo Chee Kang (LDP) *Dun N.03 PITAS* Datuk Bolkiah Ismail (UMNO) *PARLIMEN P.168 KOTA MARUDU* Dato' Dr. Maximus Johnity Ongkili (PBS) *Dun... Continue Reading →
Manifesto BN Sabah Bukannya Janji Kosong – Musa Aman
KOTA KINABALU: Manifesto Barisan Nasional (BN) Negeri Sabah bukan sekadar janji pilihan raya. Pengerusi BN Sabah Tan Sri Musa Haji Aman berkata, manifesto BN adalah bukti komitmen ikhlas majukan negeri dan rakyat Sabah. "Sebagai parti yang bertanggungjawab, kita tidak menggubal manifesto atas dasar populariti semata-mata. "Manifesto bukan janji palsu, bukan harapan palsu, tetapi azam dan... Continue Reading →
Nizam Titingan Bakal Bertanding Di Dun Apas, Tawau
KOTA KINABALU: Naib Ketua Pemuda Umno Tawau Datuk Nizam Abu Bakar Titingan tidak menolak kemungkinan akan diletakkan sebagai calon BN di DUN Apas. Kerusi itu sebelum ini dipegang abangnya, Datuk Tawfiq, yang meninggal dunia semasa berkhidmat sebagai wakil rakyat. Tawfiq meninggal dunia akibat kanser pankreas pada 14 Mac di usia 56 tahun di satu hospital... Continue Reading →
UMNO Masih Dalam Mimpi Muhyiddin dan Shafie
Mungkin Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu sedar, menang sewaktu dalam Barisan Nasional (BN) dan mahu menang di luar sebagai pembangkang bukan sama ukurannya. Bukan sesuatu yang mudah. Sewaktu dalam Umno, segala langkah kerajaan dalam memperjuangkan nasib dan membela rakyat mampu dijadikan sebab untuk mengundi beliau. Segala langkah untuk memastikan rakyat mengundi beliau dalam BN tersedia... Continue Reading →
Bendera PKR Di Kota Belud Diturunkan
KOTA BELUD, 17 April — Kira-kira 400 anggota parti pembangkang di Pusat Daerah Mengundi Rosok, dekat sini bertindak keluar parti dan menyertai Barisan Nasional (BN) selepas mendakwa hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan parti masing-masing. Kumpulan itu yang diwakili ketua PDM Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rosok Santaim Gontiung berkata tindakan mereka untuk meninggalkan parti masing-masing disebabkan... Continue Reading →
Sandakan Terus Menjadi Kubo Kuat BN – Musa Aman
Nah kenapa baju biru masih banyak malah bertambah tu, sedangkan kalau menurut jentera Warisan dari Batu Sapi, habis sudah konok orang Sabah ni menjadi milik "Warisan" Apa sudah jadi ni? 🙃 Berucap dalam satu majlis di situ, beliau mengingatkan penduduk supaya terus mengundi calon BN pada pilihan raya akan datang. “Kita perlu pastikan calon BN... Continue Reading →
Naib Presiden Warisan Peter Anthony Pembohong – Paul Anthony
Nah apa cerita pemimpin pemimpin "Warisan" tu. Kelihatannya semakin kusam, kenapa tidak! semakin hari, semakin terdedah sikap jelek mereka. Menariknya yang mendedahkannya pula bukannya orang lain, tapi dari kalangan ahli keluarga terdekat mereka. Ironinya sejak awal kemunculan parti Warisan, sering kita mendengar kepimpinan Warisan yang terpalit dengan skandal moral, seperti contoh dikatakan Peter Anthony pernah... Continue Reading →
UMNO Sepanggar Terus Kukuh
1. Sehingga kini pejabat UMNO Bahagian Sepanggar belum menerima sebarang surat perletakan jawatan ‘Geng 7’ UMNO Bahagian Sepanggar. Saya hanya mengetahui perletakan jawatan mereka melalui pengumuman media yang dikeluarkan pada 7 April 2018. 2. Ketika isu perletakan jawatan tersebut masih hangat diperkatan di media sosial, sekali lagi geng tersebut membuat kejutan dengan pengumuman menyertai Parti... Continue Reading →
Dr M Muka Tebal Bermanifestokan BR1M
KOTA BHARU: Datuk Seri Najib Razak menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad 'bermuka tebal' apabila membuat pusingan U untuk mengekalkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), jika pakatan pembangkang memerintah negara. Perdana Menteri berkata, pendirian Dr Mahathir dan pakatan pembangkang berubah selepas menyedari rakyat Malaysia perlukan bantuan BR1M. "Dulu, Tun Mahathir kata pemberian BR1M adalah dedak dan ramai... Continue Reading →
Manifesto 2018 BN Terbaik Dalam Sejarah – Salleh Said
1. Malam tadi, saya turut berada di Stadium Bukit Jalil mendengar pengumuman Presiden BN memperkenalkan Manifesto BN dalam menghadapi PRU 2018. Reaksi segera saya setelah mendengar ucapan tersebut ialah agendanya realistik, manifestonya terbaik, komprehensif dan praktikal untuk rakyat Malaysia. Manifesto ini komprehensif kerana menjanjikan inisiatif -inisiatif untuk dilaksanakan, termasuklah memberi perhatian kepada permintaan rakyat Sabah... Continue Reading →





















