Dr M Muka Tebal Bermanifestokan BR1M

KOTA BHARU: Datuk Seri Najib Razak menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad ‘bermuka tebal’ apabila membuat pusingan U untuk mengekalkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), jika pakatan pembangkang memerintah negara.

Perdana Menteri berkata, pendirian Dr Mahathir dan pakatan pembangkang berubah selepas menyedari rakyat Malaysia perlukan bantuan BR1M.

“Dulu, Tun Mahathir kata pemberian BR1M adalah dedak dan ramai rakyat marahkannya. Namun, hari ini menerusi manifesto pakatan, mereka membuat pusingan U apabila mengekalkan pemberian BR1M jika diberi mandat.

“Tidak payahlah ciplak kita punya. Pemberian BR1M adalah inisiatif BN, tebalkan muka dia (Tun Mahathir),” katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalannya, Datuk Ahmad Jazlan Yakub dan Ketua Bahagian UMNO Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Najib berkata, bantuan BR1M dinaikkan kerana kewangan negara bertambah sebelum wang itu dikembalikan kepada rakyat.

“Memandangkan harga minyak naik dan kecekapan kita menguruskan ekonomi dengan baik, saya memaklumkan kepada pegawai kewangan supaya kembalikan semula wang kepada rakyat,” katanya.

Pada masa sama, Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, Dr Mahathir kini hanya tahu menyalahkan orang lain bagi menutupi kesalahan yang dilakukannya.

“Mereka tubuh parti tidak ikut perlembagaan sehingga ditolak oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS), Tun Mahathir tuduh pegawai ROS adalah orang saya. Begitu juga peristiwa Memali, salah siapa?

“Mohamad Sabu ditangkap di bawah ISA dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mata lebam, salah siapa?

“Namun hari ini, Tun Mahathir mendakwa dia tidak pernah tangkap sesiapa tanpa ada rasa bersalah. Saya boleh kata Tun Mahathir pelakon nombor satu dan individu seperti ini tidak boleh dipercayai,” katanya.

Najib turut berjanji akan membawa negara Malaysia lebih maju selain menjadi 20 negara terhebat di seluruh dunia.

Selain itu, Najib turut mengumumkan pembinaan jambatan Sungai Kelantan di Kampung Serendah jika empat kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen Ketereh dimenangi BN / Berita Harian.

One Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s