Nizam Titingan Bakal Bertanding Di Dun Apas, Tawau

KOTA KINABALU: Naib Ketua Pemuda Umno Tawau Datuk Nizam Abu Bakar Titingan tidak menolak kemungkinan akan diletakkan sebagai calon BN di DUN Apas.

Kerusi itu sebelum ini dipegang abangnya, Datuk Tawfiq, yang meninggal dunia semasa berkhidmat sebagai wakil rakyat.

Tawfiq meninggal dunia akibat kanser pankreas pada 14 Mac di usia 56 tahun di satu hospital swasta di ibu negara.

Beberapa laporan media berspekulasi Nizam, yang juga setiausaha politik kepada ketua menteri Sabah, akan bertanding di kerusi abangnya.

“Saya serahkan kepada budi bicara pucuk pimpinan parti untuk meletakkan siapa sahaja yang difikirkan sesuai menjadi calon BN,” katanya.

“Selama ini saya terus bekerja seperti biasa dan konsisten…sekiranya saya dipilih saya akan menggalas amanah ini dengan bekerja lebih giat untuk menarik seramai mungkin pengundi bagi memastikan kemenangan BN.

“Saya yakin majoriti pengundi masih yakin dengan BN untuk membawa negara dan rakyat ke arah yang lebih gemilang.”

Tawfiq pertama kali terpilih di Apas pada pilihan raya umum 2004.

Beliau mempertahankan kerusi itu dalam perlawanan 4 penjuru pada pilihan raya lalu dengan meraih 9,013 undi, menewaskan pencabar terdekat, Alizaman Jijurahman dari PKR, dengan majoriti 6,122 undi.

Calon lain ialah Tahir Dahu dari SAPP, yang memperoleh 149 undi, dan Chok Yot Min dari STAR, yang memperoleh 75 undi.

Pada pilihan raya 2008, Tawfiq dengan majoriti 3,608 undi menewaskan calon PKR, Henry Vun dan calon bebas, Ardi Arsah


Pada admin, beliau bukan hanya layak sebagai Yb yang mewakili DUN malah amat sesuai dan berkelayakan memikul tanggungjawab yang lebih besar, sepertinya menyandang jawatan Menteri yang ditinggalkan oleh Allahyarham Datuk Tawfiq, Menteri Belia dan Sukan Sabah.

#BNforSabahan #UMNOBN

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: