Manifesto BN Sabah Bukannya Janji Kosong – Musa Aman

KOTA KINABALU: Manifesto Barisan Nasional (BN) Negeri Sabah bukan sekadar janji pilihan raya.

Pengerusi BN Sabah Tan Sri Musa Haji Aman berkata, manifesto BN adalah bukti komitmen ikhlas majukan negeri dan rakyat Sabah.

“Sebagai parti yang bertanggungjawab, kita tidak menggubal manifesto atas dasar populariti semata-mata.

“Manifesto bukan janji palsu, bukan harapan palsu, tetapi azam dan tekad yang boleh dilaksanakan, bahkan ada yang sudah mula dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Pelancaran Manifesto BN Sabah Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di sini malam ini.

Musa berkata, manifesto BN Sabah yang bertemakan ‘Tanah Airku Maju’ merangkumi 20 komitmen.

Katanya, kesemua 20 komitmen berkenaan lahir dari keikhlasan dan kejujuran BN dalam membela rakyat.

Ribuan penyokong bersama pemimpin-pemimpin semua parti komponen BN hadir memberi sokongan pada majlis itu.

Sumber.

Dibawah antara manifesto BN Sabah merangkumi usaha memperkasa sekaligus merealisasikan elemen yang ada di dalam perjanjian 1963.

#BNforSabahan #tolakwarisan #sesumpah #UMNOBN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s