Duta Besar Indonesia Nafi 127.3 Hektar Di Pulau Sebatik Milik Indonesia

Sebelum ini Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor ada membuat kenyataan berupa penafian berkaitan dakwaan Ketua Turus Presiden Muhammad Qodari kononnya wilayah republik itu telah diperluas sebanyak 127.3 hektar di Pulau Sebatik, Kalimantan Utara, berikutan selesainya persempadanan tanah dengan Malaysia. Seperti link dibawah;

Dakwaan Pegawai Istana Indonesia, 127.3 Hektar Di Sebatik Milik Mereka, Tidak Benar โ€“ KM Hajiji

Kenyataan berupa penafian dari Duta Indonesia ke Malaysia ini secara langsung membuktikan penegasan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor berkaitan isu ini adalah benar, tiada yang tidak benar sejak dari dulu. (Setahu aku dan selama ini tiada satu pun kenyataan Datuk Hajiji Noor yang akhirnya terbukti salah atau bohong, walaupun cuba dimanipulasi oleh pihak pembangkang)

Bha baca baik baik penafian Duta Indonesia dibawah. Kenyataan itu aku petik dari portal FMT.


PETALING JAYA:ย Duta Besar Indonesia ke Malaysia Iman Hascarya Kusumo menafikan kawasan seluas 127.3 hektar di Pulau Sebatik telah diserahkan kepada Indonesia.

Iman berkata tanah berkenaan kekal sebagai “kawasan kelabu” manakala perbincangan untuk menentukan statusnya masih belum dimuktamadkan, lapor Berita Harian.

“Saya ingin menegaskan bahawa kawasan itu bukan di bawah kedaulatan Indonesia. Statusnya masih menjadi kawasan kelabu sementara perbincangan sedang dijalankan di peringkat tertinggi.

“Laporan berita dari Indonesia tidak benar,” katanya dipetik sebagai berkata.

Iman juga berkata bahawa dia perlu mengetahui sama ada laporan itu palsu atau terdapat kesilapan dalam artikel itu. “Walau apa pun, ia tidak benar,” katanya lagi.

Agensi berita Indonesia Antara memetik Ketua Turus Presiden Muhammad Qodari sebagai berkata wilayah republik itu telah diperluaskan sebanyak 127.3 hektar di Pulau Sebatik, Kalimantan Utara, berikutan selesainya persempadanan sempadan tanah dengan Malaysia.

Muhammad dilaporkan berkata bahawa tanah itu, sebelum ini di bawah Malaysia, kini menjadi milik Indonesia secara sah, manakala kira-kira 4.9 hektar di sepanjang bekas sempadan Indonesia telah menjadi sebahagian daripada Malaysia.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2026/04/17/ambassador-denies-part-of-pulau-sebatik-ceded-to-indonesia

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading