
LAHAD DATU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menafikan dakwaan kawasan seluas 127.3 hektar di Pulau Sebatik yang sebelum ini berada dalam wilayah Malaysia kini menjadi milik Indonesia.
Beliau menegaskan laporan berkaitan dakwaan itu tidak tepat, di samping tidak mencerminkan hasil sebenar rundingan berkaitan sempadan di antara Malaysia dan Indonesia.
“Itu tidak betul (sebahagian Pulau Sebatik jadi milik Indonesia)… siapa yang cakap diserahkan… siapa yang cakap. Media Indonesia? Itu tidak betul.
“Kita yang (sebenarnya) untung, tetapi saya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Perdana Menteri) dan Pak Prabowo (Presiden Indonesia, Prabowo Subianto) tidak boleh buat kenyataan .. itu saya boleh cakap,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Datuk Abdul Hakim Gulam Hassan, di sini, hari ini.
Terdahulu, media tempatan Indonesia melaporkan Ketua Staf Presiden (KSP), M Qodari, memaklumkan kawasan seluas 127.3 hektar di Pulau Sebatik yang di Malaysia kini sah menjadi milik Indonesia.
Qodari berkata, perubahan terbabit adalah hasil diplomasi berhubung penyelesaian sempadan darat antara Indonesia dan Malaysia.
Pada masa sama, Qodari berkata penyelesaian sempadan itu turut menyebabkan sebahagian kawasan Indonesia kini termasuk dalam wilayah Malaysia.
Bagaimanapun, kawasan yang ‘terlepas’ itu hanya seluas 4.9 hektar, iaitu lebih kecil berbanding kawasan Malaysia yang kini menjadi milik Indonesia.
Sumber Berita TV3
Orang Sabah bodoh saja yang percaya pada dakwaan pihak luar berbanding pemimpin sendiri apa lagi Datuk Hajiji Noor, selakuKetua Menteri Sabah.
Aku sebelum ini ada membuat satu infografik yang menafikan dakwaan kononnya Malaysia bersetuju memberikan tanah seluas 127.3 hektar tanah di Pulau Sebatik kepada Indonesia.
Sebagai jangan ada yang mempercayai mereka selagi bukan Presiden Indonesia sendiri yang membuat dakwaan.

Kalau tidak bodoh pasti busuk hati. Busuk hati boleh tapi kenalah cerdik sikit, bukan malah bodoh dan hidup segan mati tak mau.





















