
Nah ini penafian dari kerajaan negeri Sabah dan penerangan Parti GRS berhubung dakwaan fitnah yang disebarkan oleh pembangkang Warisan. Pembangkang Warisan memfitnah kononnya Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor berurus niaga secara sulit dengan seorang ahli perniagaan daripada Sarawak. Namun bila diterbalikkan ternyata boss mereka yakni Shafie Apdal selaku Ketua Menteri Sabah pada waktu itu yang melakukannya. Haram jadah betullah.
Sebelum itu, apa juga masalahnya jika seorang Ketua Menteri berurusan dengan mana mana pelabur luar daripada Sabah? apa lagi Shafie sendiri juga melakukannya? kalau hal seperti ini dipolitikkan jadi macam mana lagi mau memajukan Sabah? janganlah bodoh sangat.
Apa lagi jika permohonan yang dimajukan diproses berdasarkan prosedur yang sedia ada. lalu dimana kesalahannya? kecualilah kerajaan Warisan masa itu berurusan dengan hantu raya barulah tidak ada dokumen yang ditandatangani.
Saya dimaklumkan ahli Perniagaan dari Sarawak yang dikenali sebagai Thomas itu adalah ahli lembaga kepada satu syarikat besar yang menjalankan perniagaan menjual barang keperluan dan saya tengok Super Market seperti itu banyak di Semporna. Faham ke maksud saya ni?
Begitu pula dakwaan netizen dari Semporna yang lantang mendedahkan bahwa dua pulau di Semporna telah dijual kepada tauke Cina oleh Warisan atau Shafie semasa menjadi kerajaan negeri Sabah? sampaikan netizen berkenaan diugut dan diheret ke Mahkamah dalam usaha menutup mulutnya. Yang ini bagaimana pula?
Tidak usahlah kamu Warisan memfitnah Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor agar kelihatan sama dengan Shafie yang telah kantoi gagal sebagai Menteri KKLW, Ketua Menteri dan terbaru didakwa telah menjual dua Pulau di Semporna oleh netizen dari Semporna. Kepimpinan Shafie itu ibarat kain yang kotor tidak mungkin dapat membersihkan benda yang bersih.
Dibawah penafian yang sudah tentu boleh dipertanggungjawabkan dari Ketua Penerangan GRS dan kenyataan media dari kerajaan negeri Sabah.
KENYATAAN MEDIA
9 OKTOBER 2023
1. Dakwaan salah guna kuasa berhubung urus niaga tanah melibatkan Kerajaan Negeri dan seorang ahli perniagaan Sarawak dalam laman Facebook adalah cubaan teruk pembangkang untuk mencemarkan nama baik Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
2. Dakwaan di laman Facebook dipenuhi dengan fakta rekaan. Semakan dengan Jabatan Tanah dan Ukur Negeri menunjukkan semua permohonan tanah telah diproses mengikut prosedur dan undang-undang sedia ada.
3. Malah, tiada hak milik tanah dikeluarkan untuk empat permohonan tanah yang disebut dalam laman Facebook itu.
4. Laman Facebook itu juga mendakwa ahli perniagaan terbabit dilihat mempunyai hubungan rapat dengan Hajiji jadi mesti ada sesuatu yang mencurigakan, tetapi ahli perniagaan itu juga dilihat rapat dengan bekas Ketua Menteri Warisan, Datuk Shafie Apdal sebelum ini .
5. Ada yang tidak kena dengan mentaliti sebegini. Memandangkan pembangkang tidak dapat menyentuh mengenai kejayaan Kerajaan Negeri menarik pelabur berimpak tinggi ke Sabah. Jadi, mereka menggunakan taktik kotor dan jijik untuk merosakkan imej Ketua Menteri.
6. Laporan polis akan dibuat terhadap laman Facebook tersebut supaya siasatan dapat dilakukan untuk membawa pihak yang bertanggungjawab menyebarkan pembohongan ke muka pengadilan.
Sekian.
DATUK NIZAM ABU BAKAR TITINGAN
KETUA PENERANGAN PARTI GAGASAN RAKYAT SABAH
9 OKTOBER 2023



Sebenarnya Shafie melalui kerajaan Warisan juga telah merancang akan membina atau membuka kilang Silika di Pulau Balambangan. Tapi hari ini jentera Warisan berlagak terkejut dan menyalahkan kerajaan GRS. Munafik kan?
Kilang Silika di Pulau Balambangan Tunggu Masa Untuk Dilaksana โ Shafie






















Leave a Reply