
Tawau: Tindakan Setiausaha DAP Pusat, Antony Loke yang menegur dua pemimpin mereka di Sabah kerana mendapat gelaran Datuk dilihat tidak wajar, bahkan tidak menghormati pengiktirafan tertinggi di negeri ini.
Bendahari PGRS Apas, Datuk Najib Tay Abdullah, teguran tersebut turut memperlihatkan sikap berat sebelah pihak DAP terhadap pimpinan mereka di Sabah dan seterusnya memperlekeh kedaulatan perlembagaan yang dipimpin oleh Tuan Yang Terutama Negeri.
Jelasnya, Antony boleh pula mengambil sikap acuh tidak acuh apabila pemimpin terdahulu seperti bekas ADUN Tanjong Kapor, Datuk Jimmy Wong menerima gelaran Datuk di Sabah, malah yang terbaru, pemimpin veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang menerima gelaran Tan Sri pada tahun ini.
“Janganlah suka membuli pemimpin di Sabah, kerana ini merupakan pengiktirafan kepada pemimpin PH di Sabah, ADUN Sabah dan DAP secara amnya.
“Mengapa ada timbul soal double standart, kalau ada pemimpin tinggi dari dia…dia buat tidak tahu pula, tapi apabila ada pemimpin kita dari Sabah yang dapat, teruslah mahu bersuara, mahu ambil tindakan disiplin.
“Bagi saya secara peribadi, mempersoalkan kredibiliti penganugerahan pingat membawa gelaran ini secara terbuka menyentuh kedaulatan negeri Sabah, Yang Di Pertua Negeri Tuan Yang Terutama, Tun Juhar Mahiruddin, “katanya.
Najib berkata demikian ketika mengulas isu Antony yang menegur dua pemimpin DAP Sabah, Datuk Ginger Phoon (ADUN Luyang) dan Datuk Chan Foon Hin (Ahli Parlimen Kota Kinabalu) yang menerima pingat Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk bersempena pengurniaan Darjah Kebesaran TYT Sabah, Sabtu lalu.
“Isu ini telah menarik perhatian meluas dalam arena politik, baik di peringkat nasional mahupun di Sabah, dan telah mencetuskan perbincangan tentang peranan dan tindakan DAP di Sabah.
“Pada saat yang penting ini, pemimpin politik akan menghadapi keputusan yang mencabar yang berkaitan dengan masa depan politik dan autonomi Sabah, “katanya.
Tamat.






















Leave a Reply