Si Aziz Jamman Berbohong Lagi Tidak Akun Warisan Yang Hentikan Projek Pan Borneo 2018

Si Azis Jaman menafikan bukan mereka yang memberhentikan perlaksanaan projek Pan Borneo Sabah pada 2018. Sebaliknya menyalahkan  kerajaan Persekutuan PH, kerana dakwanya kerajaan negeri tidak ada kuasa menghentikan projek kerajaan Persekutuan iaitu Pan Borneo (PPB).

Iya betullah tu Pan Borneo memang projek Persekutuan sebab itulah nanti akan  dikenali sebagai jalan persekutuan sama juga dengan jalan Telupid yang menjadi modal pembangkang Warisan baru baru ini juga sebenarnya jalan persekutuan, ertinya persekutuan yang menyediakan bajet pembaikan mahupun penyelenggaraan.

Tapi bila pemerintah menjelaskan bahawa kerosakan jalan Telupid menjadi tanggungan kerajaan persekutuan bukannya kerajaan negeri, boleh pula dinafikan macamlah rakyat Sabah ni bodoh. Tetap yang dipersalahkan oleh pemimpin dan macai Warisan adalah kerajaan negeri GRS. Hipokrit bukan?

Lepas itu si Aziz beralasan lagi kononnya mereka hanya ingin menukar kontraktor yang menjalankan Pan Borneo diganti dengan Jabatan Kerja Raya. Dimana logiknya?

Betul ke Aziz Jamman oiii!

Jangan kamu percaya, bukan kali pertama si Aziz Jamman menafikan kebenaran namun akhirnya terbukti bohong. Penafian yang tidak disertakan bukti walhal ia berlaku dalam kerajaan Warisan, jelas satu manipulasi semata-mata.

Hakikatnya kerajaan Warisan yang menyebabkan projek Pan Borneo ketinggalan berbanding Pan Borneo Sarawak.

Cukup cukuplah Aziz oiii semua kelemahan yang berlaku semasa kerajaan Warisan kamu anggap fitnah. Sedangkan tidak ada satupun projek untuk rakyat Sabah yang berjalan semasa kerajaan Warisan.

Kalau tidak ada kelemahan, habis itu kenapa seawal kerajaan Warisan, ramai ahli dan masyarakat menolak Warisan. Menyebabkan kerajaan Warisan tumbang dalam pilihan raya negeri 2020.

Hakikatnya kerajaan Warisan lah yang membatalkan projek Borneo pada 2018. Ini berdasarkan fakta yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Pansiangan dalam sidang Parlimen. Klik link dibawah.

Bukti Ahli Parlimen Semporna Yang Menghentikan Projek Pan Borneo 2018 – Arthur Joseph (Video)

Kalau hujah dalam Parlimen di atas tidak cukup membuktikan kerajaan Warisan yang menghentikan pembinaan Pan Borneo. Walhal jelas dalam rakaman video Shafie sendiri selaku ahli Parlimen Semporna tidak mampu menafikannya.

Kita rujuk pula kenyataan Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin. Ketika menjawab tuduhan Bung Mokhtar selaku Menteri JKR Sabah ketika itu.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/22/tindakan-ph-tinggalkan-projek-pan-borneo-tanpa-peruntukan-kata-bung/

Amat jelas dimana Foong menjelaskan kerajaan Warisan telah menukar model Projek Pan Borneo Sabah menyebabkan kerja kerja membina PPB tertunda dan tidak dapat disiapkan.

Kalau kamu baca keseluruhan artikel diatas. Kamu akan dapati tidak ada sekalipun kenyataan yang dapat dikaitkan sekaligus membenarkan dakwaan si Aziz Jamman diatas.

Termasuk kenyataan dari Timbalan Ketua Menteri Sabah Bung Mokhtar merangkap Menteri JKR Sabah waktu itu.

Jadi dalam hal ini siapa yang berbohong ini, tiga kenyataan ahli Parlimen PBRS, UMNO dan DAP bertentangan dengan dakwaan Si Aziz Jamman?

Secara logiknya kenapa pula projek Pan Borneo diberikan kepada Kementerian atau Jabatan JKR. Dari mana nanti JKR mendapatkan modal? Pasti JKR akan melantik kontraktor daripada luar atau swasta untuk melaksanakan kerja kerja pembinaan.

Kepimpinan Warisan kalau sudah kantoi, peluru kapur pun jadi asalkan berbunyi.

Sembarangan saja kau Aziz Jamman oiii!

Sedangkan projek membesarkan Masjid Pekan Semporna sudah tiga tahun tidak siap hingga mencetuskan kemarahan masyarakat. Entah berapa kali sudah penduduk setempat tidak dapat menunaikan solat Jumaat di Masjid.

Untuk mengelak dari dipersalahkan oleh masyarakat, kepimpinan Warisan daerah itu terpaksa menyalahkan JKR, JKR kononnya yang lambat. Tapi ada hati mengkambing hitamkan JKR.

2 thoughts on “Si Aziz Jamman Berbohong Lagi Tidak Akun Warisan Yang Hentikan Projek Pan Borneo 2018

Add yours

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading