Akhirnya kebenaran terserlah dan mereka yang siang malam menafikan usaha murni kerajaan GRS membangun Sabah telah menerima karma aib yang mereka sendiri tidak menyangkanya.
Semoga pendedahan yang tragik dan tidak berunsur politik ini menjadi pengajaran kepada pihak Warisan supaya selepas ini tidak lagi memanipulasi isu dengan harapan masyarakat akan menganggap pemerintahan Warisan lebih baik dari pemerintahan GRS. Walhal dua tahun lebih Warisan ditakdirkan sebagai kerajaan negeri tapi gagal memikul tanggungjawab mereka. Baik tanggungjawab sebagai pemerintah mahupun sebagai parti politik yang banyak memainkan sentimen kenegerian hingga mencetuskan perpecahan dikalangan masyarakat.
Sehingga hari ini pun masih ada orang Sabah yang membenci Melayu angkara permainan Warisan.
Semua orang tahu tersebar saja berita Yang Dipertuan Agong akan berkunjung ke Sabah. Laskar parti Warisan mulai memainkan isu seolah olah mereka adalah mangsa kezaliman pemerintahan.
Pelik, begitu ramai rakyat Sabah hanya mereka yang terkesan akibat jalan raya rosak, bekalan air dan letrik yang terganggu. Seolah olah hanya mereka saja menjadi pembayar cukai jalan dan cukai pendapatan. Orang lain pun mengalami situasi yang sama tapi mereka memahami dan sedar ia adalah tinggalan kerajaan Warisan.
Kononnya kerajaan GRS tidak bekerja sebab itu keadaan jalan raya dan sebagainya rosak. Walhal ia adalah beban tinggalan kerajaan Warisan.
Walaupun tuduhan itu telah dijelaskan oleh pemimpin-pemimpin dan penyokong GRS tapi tetap saja laskar Warisan menyebarkan pembohongan yang seumpamanya.
Alhamdulillah hari ini tampak ada perubahan yang ketara, jalan raya kian cantik bekalan letrik kian pulih walaupun ada waktunya mati. Begitu juga dengan bekalan air, beransur ansur pulih kalau pun ada gangguan ia disebabkan oleh paip yang sudah usang dan dalam proses menukar dan sebagainya.
Lebih menarik bilamana Agong dalam ucapannya yang tidak berniat politik. Mendedahkan bahwa ada jambatan rosak dan tidak dibaiki sejak 2019. Kalau kita hitung 2019 ini adalah tahun dimana kerajaan Warisan sedang memuncak.
Nah kalau masyarakat biasa yang menyatakan kerajaan Warisan adalah kerajaan yang gagal, ada saja alasan yang diberikan dan terus menafikannya. Bagaimana pula selepas ini, Agong sendirinya menyatakannya.
Warisan, Sabah Ubah konon hanya untuk membaiki jambatan pun gagal. Apa lagi perkara lain.
Ini baru slogan yang betul….Sabah Maju Jaya.






















Leave a Reply