Mesti Adil Pada Semua Banduan – Tommy Thomas

Alamak pasti hujah bekas Peguam Negara Tommy Thomas ini menjadi likuh yang wajib diharungi sebelum Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan diguna pakai oleh Najib dan barisan peguamnya.

Dalam erti kata lain di dalam menguatkuasakan perlembagaan itu, keadilan wajib diberikan pada semua banduan.

Seperti mana keterangan Tommy Thomas ini.

Oleh kerana salah laku Najib melibatkan dana SRC berlaku dan dibicarakan serta di penjarakan di Kajang yang terletak di Wilayah Persekutuan maka sudah tentu pastilah Najib wajib mematuhi peraturan di Wilayah ini. (lebih kurang begitu penjelasannya, supaya pembaca mudah untuk memahaminya).

Bak kenyataan Tommy Thomas bukan hanya wajib mematuhi peraturan yang termaktub dalam perlembagaan Persekutuan. Najib juga masih dibicarakan Mahkamah Tinggi berhubung skandal 1MDB. Justeru bagaimana mungkin lembaga pengampunan begitu mudah menerima permohonan Najib.

Tommy Thomas mengingatkan pengampunan diraja dinyatakan dalam Perkara 42 perlembagaan persekutuan. Lembaga Pengampunan juga ada di semua negeri yang dipengerusikan oleh Raja Raja Melayu atau TYT jika di Sabah dan Sarawak.

Lembaga atau Perlembagaan Persekutuan Perkara 42 menyebutkan.

Jadi pada asasnya, setiap mereka yang telah dibicarakan di mahkamah KL berada di bawah Lembaga Pengampunan KL. Terdapat kira-kira 50,000 banduan di penjara kami – banduan yang disabitkan kesalahan. Kesemua 50,000 daripada mereka berhak memohon pengampunan, di bawah Perkara 42. Terdapat masalah praktikal: kerana jika 50,000 memohon, Lembaga Pengampunan akan runtuh, mereka tidak dapat menampung permohonan sebegitu banyak. Jadi, terdapat proses yang dibina dan diikuti selama beberapa dekad sejak Merdeka. Pada asasnya, anda perlu menjalani satu pertiga daripada hukuman penjara sebelum boleh memohon.

Jika tidak, akan terdapat terlalu banyak permohonan. Ia hanya praktikal. Setiap banduan hendaklah dilayan sama rata. Lembaga Pengampunan WP bermesyuarat tiga atau empat kali setahun secara tradisinya. Setiap kali mereka bermesyuarat, mereka mempertimbangkan kira-kira 10 permohonan.

Jadi katakan pada setiap tahun, mereka mempunyai 50 permohonan oleh 50 banduan. Jadi masalah pertama ialah bagaimana anda menjadi salah seorang daripada 50 itu. Anda tidak boleh melompat giliran. Ada masa menunggu. Jadi Najib perlu menunggu giliran, jika tidak anda tidak adil kepada banduan lain, yang telah menunggu selama bertahun-tahun sebelum mengemukakan permohonan mereka.

Bagi mendapatkan keterangan yang lebih lanjut, klik link ini.

Agong Panggil PH Menghadap Berkait Kerajaan Baharu

Kita tengoklah apa yang akan berlaku, kalau namanya setiap dari mereka telah mendapat sokongan majoriti dari ahli ahli Parlimen itu sendiri, nampaknya sehingga saat ini belum ada lagi. Masih saling mempersoal adakah mereka sudah bersedia menjadi pihak yang akan dibenci oleh rakyat. Sekiranya bekerjasama dengan kluster Mahkamah atau 15 pengkhianat Melayu moden.


Ahmad Shah of Pahang wearing a yellow hat: Seorang pemimpin PH berkata, pemimpin PKR, DAP dan Amanah hari ini dimaklumkan Yang di-Pertuan Agong memanggil mereka untuk menghadap.

GEORGE TOWN: Pemimpin Pakatan Harapan (PH) diminta bersiap sedia untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyuarakan pandangan mereka berhubung siapa yang patut menerajui kerajaan baharu, susulan kejatuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini.

Seorang pemimpin pembangkang yang enggan dinamakan berkata, pemimpin PKR, DAP dan Amanah dimaklumkan mengenai pertemuan itu hari ini.

Tiada butiran mengenai bila mereka akan dipanggil ke Istana Negara. FMT sedang mendapatkan pengesahan pertemuan itu daripada pegawai Istana Negara.

Pada Februari 2020, Yang di-Pertuan Agong mengadakan satu siri rundingan dengan pemimpin parti politik, susulan peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad dan kejatuhan kerajaan PH.

Kerajaan baharu kemudiannya ditubuhkan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dan sekutunya dalam PN.

Muhyiddin melepaskan jawatan perdana menteri bersama Kabinetnya hari ini, selepas mendapati beliau hilang sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Antara individu yang disebut-sebut akan menggantikan Muhyiddin ialah Timbalannya dalam Kabinet yang juga Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob dan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

Ketua Pembangkang yang juga Pengerusi PH dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim, ialah calon utama pembangkang, tetapi beliau memerlukan sokongan Mahathir dan Presiden Warisan, Shafie Apdal untuk mendapat peluang itu.

Siapa Sebenarnya Penderhaka Agong, PN Ke Anwar? (Video)

Boleh kah kenyataan Raja Petra ini digunakan untuk mengukur kredibiliti Anwar Ibrahim selaku Ketua pembangkang yang mendakwa kerajaan Perikatan Nasional telah derhaka pada Yang Dipertuan Agong.

Susulan surat dari Istana Negara yang menyatakan dukacita terhadap pengumuman pembatalan Ordinan Darurat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan pada hari pertama sidang Parlimen.

Hingga mencetuskan desakan agar Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin melepaskan jawatan. Selain Anwar Ibrahim, Najib juga turut mendesak agar Perdana Menteri melepaskan jawatan.

Walau bagaimanapun PMO telah memberikan penjelasan. Seperti link dibawah.

PM Sudah Nasihatkan Agong Batalkan Ordinan Darurat – PMO

Raja Petra mendakwa pada tahun 1994 Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir lah yang bertanggungjawab mengurangkan kuasa yang Di-pertuan Agong.

Sejak itu kuasa Agong telah berkurangan dalam menentukan akta apa lagi menentukan ordinan.

Pada sisi yang lain Anwar lah penderhaka sebenar yang menyebabkan Institusi Raja kehilangan taring.

Dukacita adalah bahasa Istana kalau orang kebanyakan biasanya menggunakan perkataan kecewa. Hal yang biasa berlaku dalam hidup seharian, kadang kecewa, bahagia. Biasalah tu hanya kawanan pembangkang yang terdesak. Satu pihak terdesak ingin menduduki jawatan Perdana Menteri, satu pihak lagi takut berhadapan dengan jerigi besi.

PM Sudah Nasihatkan Agong Batalkan Ordinan Darurat – PMO

Jadi ini yang berlaku ya, ternyata tindakan kerajaan Perikatan Nasional membatalkan darurat Covid-19 telah melalui proses yang benar iaitu melibatkan Istana.

Hanya Ahli Parlimen pembangkang yang mengada-ngada mempersoal pembatalan darurat walhal sebelum ini mereka juga yang menuntutnya. Termasuklah Presiden UMNO sendiri yang mendesak tapi bila menjadi kenyataan, pandai pula angkat kaki. Alih alih Cikgunya dan DAP pula yang memainkan peranan. Jajaran barulah katakan!

Kredit kawan Facebook

Seri Paduka Baginda sedia maklum akan perlunya Baginda bertindak mengikut nasihat jemaah Menteri seperti terkandung dalam perkara 40 (1) perlembagaan persekutuan.

Itu yang ditekankan oleh pihak Istana Negara, tapi kenapa pembangkang enggan menerima keputusan kerajaan? Sebaliknya mendakwa orang lain pula yang derhaka hanya kerna ditegur oleh pihak Istana. Lucu!

Kredit rakan Facebook

Dalam surat yang sama Yang Dipertuan Agong mengingatkan Ahli-Ahli Parlimen agar memberikan keutamaan kepada kemaslahatan dan kesejahteraan rakyat serta negara pada sesi sidang Parlimen yang sedang berlangsung. Bagaimana pula dengan teguran ini, kenapa Ahli-Ahli Parlimen pembangkang tidak melihatnya sebagai satu penderhakan?

Kredit kawan kawan Facebook

Ahli Parlimen pembangkang ni lupa kah setakat mana kuasa mereka berbanding Yang Dipertuan Agong.


PM sudah nasihatkan Agong berkenaan pembatalan ordinan darurat – PMO

Diterbitkan 29 Jul 2021, 7:31 pm (Malaysiakini)

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini mempertahankan tindakan mereka membatalkan ordinan darurat adalah teratur dan selaras dengan peruntukan undang-undang serta perlembagaan negara.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) kerajaan sudah menasihatkan yang di-Pertuan Agong untuk membatalkan ordinan darurat sebelum sidang khas parlimen pada 26 Julai lalu.

Kata PMO, mengikut Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan Agong perlu menerima dan bertindak mengikut nasihat jemaah menteri.

“Oleh kerana darurat tidak disambung jemaah menteri memutuskan untuk menasihati Agong untuk membatalkan semua ordinan darurat yang dimasyhurkan oleh tuanku sepanjang tempoh darurat berkuat kuasa.

“Susulan ketetapan ini PMO pada 22 Julai telah menerima draf Ordinan Darurat (Pembatalan) 2021 yang disediakan Jabatan Peguam Negara.

“Ordinan ini memperuntukkan semua ordinan darurat yang dimasyhurkan Agong dibatalkan berkuat kuasa 21 Julai 2021,” kata kenyataan itu.

Menjelaskan kedudukan itu PMO berkata selepas Majlis Raja-raja berpendapat tiada keperluan darurat disambung selepas 1 Ogos dan parlimen perlu bersidang segera, kerajaan mengadakan “perbincangan teliti” pada 21 Julai.

Selain membuat keputusan untuk menasihati Agong berkenaan pembatalan ordinan darurat, PMO berkata, kabinet juga memutuskan untuk tidak menasihatkan Agong membuat prokalamasi darurat baru.

Pembangkang timbulkan kekeliruan 

Pada 23 Julai pula kata PMO, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengutus surat kepada Agong bagi menyembah maklum nasihat kabinet mengenai pembatalan ordinan terbabit dan memohon limpah perkenan baginda mengenainya.

PMO juga memetik Perkara 40 (1) dan 40 (1A) Perlembagaan Persekutuan mengenai isu tersebut.

“Susulan itu Agong menitahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Takiyuddin Hassan) dan Peguam Negara (Idrus Harun) menghadap untuk memberikan penjelasan terperinci mengenai perkara tersebut.

“Apabila mesyuarat khas Dewan Rakyat bermula pada 26 Julai semua ordinan darurat dibentangkan di atas meja Dewan Rakyat selaras dengan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Namun kata PMO ahli parlimen pembangkang mendesak agar mengungkaikan ordinan darurat berkenaan.

Selepas itulah kata PMO, Takiyuddin memaklumkan kepada dewan terbabit mengenai keputusan kerajaan untuk membatalkan ordinan berkenaan.

Muhyiddin juga, katanya, menghadap Agong bersama Idrus pada jam 12 tengah hari 27 Julai bagi menjelaskan kedudukan tersebut.

Semasa sesi menghadap itu, menurut PMO, perdana menteri sekali lagi memberikan nasihat kepada baginda mengenai ordinan darurat tersebut serta “kekeliruan yang ditimbulkan pembangkang” semasa Dewan Rakyat bersidang.

“Perdana menteri juga menyembah maklum pandangan kerajaan bahawa semua ordinan darurat tersebut tidak perlu diungkaikan oleh parlimen memandangkan jemaah menteri sudah menasihati Agong untuk membatalkannya.

“Di samping itu sidang parlimen yang berlangsung adalah mesyuarat khas yang diadakan mengikut Peraturan Mesyuarat 11 (3) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang agendanya ialah penerangan menteri dan tiada sebarang usul untuk mengungkai ordinan darurat,” katanya.

“Perdana Menteri menekankan bahawa dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab beliau, adalah penting untuk beliau bertindak mengikut lunas undang-undang dan perlembagaan.

“Justeru beliau menasihatkan rakyat supaya bertenang dan insya-Allah isu ini akan dapat diselesaikan mengikut lunas undang-undang dan perlembagaan,” katanya.

Semua Pihak Harus Waspada Pada Pembangkang

Setuju pada pendapat Raja Petra ini. Semua pihak harus berwaspada pada tindak tanduk pembangkang. Sebab puak ni memang tidak boleh di puaskan. Ada saja yang tidak betul sehinggalah perkara itu tampak menyenangkan mereka. Waktu itu mereka akan memuji dan sebaliknya mengeji walaupun keatas Yang Di-pertuan Agong.

Ibarat kalau gelas itu berisi separuh maka mereka akan katakan gelas itu kosong, begitu pula sebaliknya. Ada saja yang tidak kena pada pandangan mereka.

Itu yang admin sering katakan. Pembangkang di Malaysia jenis yang suka mengada ngada. Macam lah tidak pernah memerintah dan ternyata gagal memikul tanggungjawab sebagai kerajaan. Apa kerajaan itu dari Pakatan Harapan mahupun dari parti Warisan yang hanya bertahan dua tahun tengah. Itu pun sarat dengan skandal hingga ada dikalanganan kroni dan kerabat Ketua Menteri Shafie diheret ke muka pengadilan.

Yang di-pertuan Agong Turun Padang Jaga Rakyat, Pemimpin UMNO Bermesyuarat Jatuhkan Kerajaan 🤭

Tengok apa yang dilakukan oleh yang di-pertuan Agong. Turun padang memastikan keselamatan Rakyat sentiasa terjamin dan dalam pemerhatian pemerintah.

Tapi yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO sejak seminggu yang lepas dan hari ini di PWTC berkumpul bermesyuarat untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional. Arahan rasmi telah pun dikeluarkan bahawa sebelum Februari tahun ini semua wakil Rakyat UMNO kenalah meninggalkan Perikatan Nasional.

Arahan pemecatan Anwar Musa sebagai setiausaha Agung BN juga telah dijalankan dan pemecatan itu dibenarkan oleh Annuar Musa.

Maka selesailah tugas-tugas wakil rakyat UMNO di dalam menjaga kebajikan bangsa Melayu. Hahaha!

Antara dua darjat yang tulen Bangsawan turun padang memastikan keselamatan rakyatnya yang Bangsawan jadian bertungkus-lumus menjatuhkan bangsanya.