Kerjasama GRS Dan GPS Akan Mengukuhkan Blok Borneo

Kalau dulu Sabah dan Sarawak cukup dikenali sebagai Simpanan Tetap kepada Malaya atau BN namun terbukti kedudukan itu tidak menguntungkan Sabah khususnya.

Sarawak ok sikit sebab disana tidak ada UMNO.

Bukan apa UMNO terkenal dengan sikap mencampuri pentadbiran kerajaan negeri dari atas. Kalau Perdana Menteri itu dari UMNO maka tanpa rasa malu mereka akan mencampuri bukan hanya pentadbiran tapi juga kewangan. Semacam tidak menghormati perjanjian Malaysia 1963, inilah masalahnya UMNO.

Itulah di awal kemunculan Warisan mereka memainkan sentimen tolak Malaya, walaupun dinafikan oleh Shafie sebagai berkata yang ditolak bukannya Malaya tapi parti UMNO. Sebab bekas Naib Presiden UMNO Shafie nampak kebencian rakyat Sabah terhadap UMNO sudah tidak boleh dibendung.

Tapi apalah ertinya baru baru ini UMNO melalui Bung Mokhtar dan Presiden Warisan Shafie cuba merompak jawatan Ketua Menteri Sabah daripada GRS namun gagal. Bermula dari itu kerjasama UMNO dan Warisan terjalin sehingga hari ini. Macam cerita kartun pun ada. Hahaha!

Itu juga bererti Blok Borneo tanpa Warisan benar benar sahih dan bertepatan dengan istilah Blok Borneo itu sendiri.

KOTA KINABALU: Pengukuhan blok Borneo menerusi kerjasama Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bukan bertujuan untuk menggugat kestabilan politik di negara ini.

Kerjasama antara GPS dan GRS adalah bagi membantu menstabilkan politik di peringkat Pusat, itu yang lebih utama.

Setiausaha Agung GPS, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kestabilan politik di negara ini penting dalam memastikan pembangunan infrastruktur dapat diteruskan.

“Pada pandangan GPS, saya ingat GRS pun berpandangan lebih kurang sama bahawa kami bukan mahu menggugat kestabilan politik, kami di sini untuk menstabilkan politik di peringkat Pusat.

“Itu jauh lebih penting supaya suasana di negara kita aman dan tiada gangguan. Pilihan raya yang lepas biarlah lepas.


“Kini masa untuk semua pihak, tidak kira GPS, GRS malah, kesemua parti lebih-lebih lagi parti di Semenanjung yang baharu bertembung dalam pilihan raya beberapa negeri.

“Kita minta mereka tumpukan perhatian kepada usaha mentadbir negeri masing-masing dan biarlah Kerajaan Perpaduan yang diketuai oleh Perdana Menteri mengurus (negara) dengan lebih baik,” katanya ketika ditanya mengenai usaha mengukuhkan kerjasama dalam blok Borneo di Sarawak dan Sabah.

Menteri Kerja Raya yang juga Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) itu berkata, Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab menstabilkan negara dari segi politik dan juga membangunkan ekonomi yang kini semakin mencabar.

“Banyak yang perlu dilakukan untuk rakyat. Bukan sekadar projek fizikal tetapi, apa yang penting buat masa ini adalah kesejahteraan rakyat yang dibebani dengan kos sara hidup yang tinggi.

“Namun, di peringkat Persekutuan, banyak inisiatif dan strategi yang telah diumumkan untuk menjamin kesejahteraan rakyat. Maka, biarlah inisiatif itu dilaksana dengan sebaiknya,” katanya. – UTUSAN

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading