KM Hajiji Menang Semakan Kehakiman Selepas Membatalkan Lesen Pembalakan, Idris Hydraulic

Sebelum ini kerajaan negeri era Musa Aman dan Ketua Menteri Hajiji Noor telah menamatkan sebanyak 33 buah lesen pembalakan termasuk syarikat Idris Hydraulic yang ditamatkan oleh kerajaan GRS.

Sepatutnya lesen lesen berkenaan sah laku sehingga 30 hingga 100 tahun. Ertinya hanya boleh ditamatkan selepas tamat tempoh. Sangat lama bukan, walaupun syarikat berkenaan tidak produktif.

Oleh itu kerajaan Negeri Sabah yang diketuai Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor telah bertindak membatalkan Lesen Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (SFMLA) membabitkan Unit Pengurusan Hutan 8 dan 13 (FMU 8 dan 13).IPU 8 dan 13 terdiri daripada kawasan seluas kira-kira 238,000 hektar kayu.

Menyebabkan Syarikat Idris Hydraulic mengambil tindakan kehakiman terhadap Ketua Menteri dan kerajaan negeri Sabah

Namun hari ini Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman Idris Hydraulic (M) Sdn Bhd. Dalam keputusan setebal 78 muka surat, Hakim Mahkamah Tinggi Leonard David Shim memutuskan bahawa Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Bin Haji Noor, bertindak secara sah dan mengikut had kuasanya di bawah Seksyen 24A Enakmen Hutan 1968 untuk membatalkan SFMLA Idris Hydraulic atas alasan kepentingan awam.

Ertinya kerajaan GRS telah berjaya menyelamatkan hutan atau kayu balak membabitkan 213,000 hektar kayu.

Hebat Sabah Maju Jaya sanggup menerima risiko yang penting masa depan rakyat Sabah terjaga dan sentiasa terjamin. Bukan macam kerajaan Warisan hanya gian berpolitik sebab itulah anak syarikat kerajaan negeri , Yayasan Sabah pula yang disaman. Nasib baik saman atau tuntutan mereka ditolak oleh Mahkamah.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading