Shafie Bapa Kegagalan Sabah Hanya Berjaya Menakutkan Rakyat Sabah

Ini lagi seorang badut Warisan mengguna akaun bunian yang ingin dikenali sebagai si Adam Rayyan.

Bila pembangkang menggunakan akaun bunian untuk memburukkan kerajaan. Ini membuktikan pembangkang Warisan atau Shafie semakin hari semakin terdesak.

Memburukkan kerajaan negeri dengan menggunakan akaun palsu itu bererti kerajaan GRS berada di atas landasan yang tepat. Justeru itu hanya rakyat Sabah bodoh yang percaya pada dakwaan pemimpin dan badut Warisan.

Fungsi utama akaun bunian ialah mencipta dan menyebarkan naratif bohong dan fitnah, agar sekali pun tuduhan mereka terbukti fitnah maka waktu itu tidak ada orang yang boleh dipertanggungjawabkan.

Pertanyaannya, sanggup ke anda mempercayai berita yang dibuat dan disebarkan oleh orang yang tidak boleh dipertanggungjawabkan? jika jawapannya iya itu bererti anda juga masyarakat kelas ketiga yang tiada semangat nasionalisme dan tanpa kamu sedari ingin melihat negeri ini binasa.

Si badut Rayyan mendakwa kerajaan Sabah GRS gagal mengurus negeri menyebabkan rakyat Sabah ketakutan.

Kenyataan yang sengaja diterbalikkan agar politik Shafie yang berada dihujung tanduk diberi peluang kali kedua. Puiii!

Hakikatnya Shafie lah yang gagal memikul tanggungjawab sebagai Ketua Menteri Sabah dan sebagai Menteri KKLW lama sebelum ini.  

Shafie pernah disiasat oleh SPRM sekaligus dibicarakan di Mahkamah kerana disyaki telah menyeleweng peruntukan Kementerian KKLW yang diterajuinya.

Namun bila kerajaan BN tumbang, perbicaraan tidak diteruskan.

Yang menyatakan Shafie dibebaskan dari pendakwaan bukannya hakim mahkamah tetapi menteri daripada Warisan iaitu Menteri Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen) mandiang VK Liew.

Kita berbalik pada 10 perkara pembohongan yang disebarkan  badut Warisan.

1. Kononnya pengurusan air tidak berkesan.

Benar ke tidak berkesan? tidak berkesan apanya.

Walaupun Timbalan Ketua Menteri Sabah Bung Mokhtar ketika itu menyatakan, bahawa Sabah memerlukan 10 bilion dari persekutuan bagi menyelesaikan masalah air di Sabah. Tetap atas kebijaksanaan kerajaan negeri yang diterajui Ketua Menteri Hajiji Noor. Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa inisiatif berkesan antaranya,  projek penambahan kapasiti Loji Rawatan Air (LRA) Telibong II daripada 80 juta liter sehari (JLH) ke 160 JLH yang melibatkan saluran paip utama.

Ini termasuklah membina tangki simpanan bagi menghadapi pertambahan populasi yang tinggi dan pembangunan pesat di keseluruhan kawasan utara serta tengah negeri Sabah.

Perlaksanaan ini telah meningkatkan keupayaan bekalan air bersih dari 94.6 juta liter kepada 163.3 juta liter.

Namun demikian kebanyakan keadaan Loji Rawatan Air (LRA) di seluruh negeri, sudah menghampiri usia dua dekad. Ini sudah tentu menjejaskan pembekalan air di setengah kawasan.

Birokrasi tolol dan menyusahkan di beberapa cawangan JANS telah menjejaskan bekalan air pada masyarakat. Antara perbuatan jahat yang berjaya dikesan, kakitangan bersubahat dengan pencuri air. Air tangki dibawa menggunakan bot dan di jual ke pusat pelancongan di sekitar pulau peranginan. Ironinya si pencuri air adalah ketua cawangan atau ahli parti Warisan. Puiii!

Kita jangan bercerita pasal rancangan membina empangan Papar era kerajaan Warisan yang bertujuan mengatasi kekurangan bekalan air menjelang tahun 2024, tapi habuk pun tidak ada. Membuktikan masalah bekalan air bersih dibawa dari kerajaan Warisan yang tidak dan gagal membuat kerja kerja nilai tambah agar masalah air tidak menjadi beban kepada kerajaan selepas mereka.

Begitu juga dengan pembinaan empangan hidroelektrik di Ulu Pedas yang bakal menyelesaikan kekurangaan bekalan elektrik di Sabah.

Masalah air adalah sebenarnya tinggalan kerajaan Warisan, sampai satu ketika pejabat cawangan JANS diserbu oleh masyarakat terbabit.

2. Kononnya kerajaan GRS gagal mengurus jalan raya menjadi kebimbangan utama.

Berhabis kerajaan negeri GRS membaiki jalan raya rosak yang ditinggalkan oleh kerajaan Warisan. Terutamanya jalan raya Telupid yang menjadi laluan utama dari pantai timur Sabah. Di tambah jalan raya ini juga menjadi laluan lori lori sawit yang membawa lebih muatan.

Kerajaan Warisan pernah berjanji membaiki jalan raya Telupid seawal tahun 2019 tapi janji tinggal janji sebab itulah rakyat Sabah menolak Warisan pada pilihan raya negeri 2020.

Kerajaan Warisan juga yang bertanggungjawah membatalkan projek jalan Pan Borneo selama dua tahun setengah. Puiii!

Hari ini kerajaan GRS terpaksa membaiki kerosakan jalan raya yang berulang ulang. Siapa yang rugi, kita juga sebagai pengguna yang menanggungnya. Sedangkan wakil wakil rakyat Warisan sehingga hari ini masih makan gaji buta.

Isu Air, Letrik Dan Jalan Tinggalan Warisan dan Bung. Rombongan KM Hajiji Ke Mesir Berjaya – Macai UMNO Kamu Tahu?

3. Kononnya kerajaan GRS gagal mengurus aset kerajaan.

Aset mana yang mana para badut? bukan kerajaan Warisan ke yang meminjamkan RM300 juta wang rakyat Sabah kepada AirAsia sedangkan waktu itu rakyat Sabah juga mengharapkan pinjaman dari kerajaan negeri setelah terjejas akibat Covid 19.

Nasib baiklah kerajaan GRS segera bertindak, Ketua Menteri Hajiji mengarahkan pihak audit segera menjalankan siasatan ke atas bank tempatan yang bertanggungjawab memberikan pinjaman. Oleh itu AirAsia telah berunding dengan kerajaan negeri GRS bagi melunaskan hutang mereka. Dalam masa yang sama mencari jalan bagaimana AirAsia dapat membantu kerajaan Sabah memandangkan MoU bersama kerajaan Warisan tidak membuahkan hasil.

MoU AirAsia dan kerajaan Warisan sebelum ini adalah soal kargo udara tapi habuk pun tidak ada. Taktik saja supaya pinjaman hutang tidak dipersoalkan. Hahaha!

Bukan kerajaan Warisan ke yang menyeleweng bantuan tunai akibat Covid 19. Menurut si Bung ketika itu ramai rakyat Sabah tidak menerima bantuan tunai berkenaan. Tapi hari ini si Bung berkawan dengan ketua kerajaan gagal, Shafie. Lucu!

Siapa yang menyerahkan dua pulau di Semporna kepada tauke Cina, kalau bukan kerajaan Warisan.

Kerajaan negeri mana yang terpaksa membayar denda sebanyak 10 juta kepada syarikat swasta setelah membatalkan konsesi balak, kalau bukan kerajaan Warisan. Puiii

Sebaliknya kerajaan GRS atau ketua menteri Hajiji yang menjaga aset rakyat Sabah. Apa bila membatalkan lesen balak seumur hidup yang diberikan kepada Syarikat Idris Hydraulic. sebelum itu. https://jalinluin.com/2023/08/04/km-hajiji-menang-semakan-kehakiman-selepas-membatalkan-lesen-pembalakan-idris-hydraulic/

Dari sepuluh isu yang dibangkitkan hanya tiga isu yang layak kita berikan perhatian, tujuh lagi bukan isu tapi karangan badut Warisan. Lagi pula kalau ia diambil kira menyebabkan artikel ini semakin panjang.

Kerajaan Warisan tidak membawa sebarang kemajuan , sebaliknya kerajaan cowboy Warisan hanya berjaya menakutkan rakyat Sabah. Bila semasa kerajaan Warisan kes jenayah meningkat mendadak. Kelihatan juga seorang dua kepimpinan Warisan dalam gambar bersama sama dengan kartel dadah terbesar di Malaysia.

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑