PGRS Sukau Nafi Sekerasnya Tuduhan UMNO Sabah Kononnya Tidak Sokong Kerajaan Perpaduan

Betullah ni PGRS Sukau tetap akan menyokong kerajaan perpaduan. Kalau tidak manakan pula kerajaan negeri Sabah yang diketuai Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor mendapat pujian melangit dari Perdana Menteri Malaysia sebagai pemimpin yang tepat menerajui Sabah kerana keprihatinan beliau terhadap rakyat Sabah itu sendiri.

Selain keterbukaan kerajaan pusat untuk berunding berkait perjanjian Malaysia 1963. Bayangkan dalam hanya tempoh 100 hari sudah dua elemen berjaya dipersetujui antara negeri dan pusat.

Jangan kamu ambil peduli sangat apa apa dakwaan daripada UMNO Sabah. Mereka yang sudah kantoi membohong di Mahkamah masih tegar menyalahkan orang lain. Langkah Kinabalu tu bha jelas ia cubaan merampas jawatan Ketua Menteri Sabah daripada GRS bersama Warisan. Tapi boleh pula menuduh PGRS tidak menyokong kerajaan Perpaduan.

Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan daripada UMNO negeri Sabah yang menyatakan bahawa PGRS Sukau TIDAK MENYOKONG KERAJAAN PERPADUAN dibawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Kenyataan yang saya ucapkan selaku Ketua Bahagian adalah lebih bermaksud kepada kegagalan UMNO Kinabatangan dalam memajukan Dun Sukau dan Parlimen Kinabatangan walaupun telah memerintah selama lebih 20 tahun.

Sepanjang tempoh pemerintahan UMNO di Dun Sukau dan Parlimen Kinabatangan, masih ramai lagi rakyat yang menderita dan mendambakan kemajuan dalam menjalani kehidupan masing-masing.

Usaha dalam memecah-belahkan Kerajaan Negeri Sabah pada dasarnya adalah dimulakan oleh kepimpinan UMNO Negeri Sabah yang juga dipimpin oleh UMNO Kinabatangan dimana gerakan yang digelar “Langkah Kinabalu” untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Sabah yang dipimpin oleh YAB Ketua Menteri Sabah pada awal Januari 2023 yang lalu.

Demi untuk memajukan Dun Sukau dan Kinabatangan, pihak PGRS Dun Sukau ingin menyatakan SOKONGAN PENUH kepada Kerajaan Negeri Sabah (GRS) dibawah kepimpinan YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji B. Haji Noor dan Kerajaan Persekutuan (Kerajaan Perpaduan) dibawah kepimpinan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading