
Semalam tersebar video Datuk Armizan yang menyahut cabaran Aziz Jamman untuk berdebat berkaitan perjanjian Malaysia 1963 atau lebih khusus berhubung 40 persen hasil Sabah dari persekutuan. Hari itu juga si Aziz menyahut balik melalui facebooknya, sebagai berkata bila?
Tapi hari ini lain macam sudah nada si Aziz, tampak ketakutan.
Bila mana dia sengaja mengenakan syarat yang bukan bukan hingga lupa dia bukan lagi wakil rakyat dan berstatus pembangkang.
Lagi pula bekas timbalan menteri KDN yang sudah tentulah mengetahui isi tuntutan Warisan berhubung perjanjian Malaysia 1963 dan sejauh mana jalan penyelesaiannya.
Justeru tidak wajar dia menggunakan dokumentasi sebagai syarat memandangkan dokumen seperti itu dilindungi dibawah akta rahsia rasmi.
Tak kan sudah hilang ingatan, kah memang tidak tahu.
Si Aziz mengenakan syarat supaya dokumen Jawatankuasa MA63 diklafikasikan agar lebih adil dan tidak kononnya manipulasi fakta.
Seterusnya sarat yang dikenakan, mana mana dokumen yang berkaitan dan minit mesyuarat yang berkaitan juga mesti diklafikasikan.
Saya tanya ni Aziz oiii. Diklafikasikan apa lagi ni, memang semua dokumen berkenaan telah terklafikasi sebab itulah menjadi dokumen yang bernilai dan dirahsiakan.
Sebenarnya yang dimaksudkan oleh Aziz ini apa, dinyahklafikasikan ke apa ni? astaga.
Moderator yang disediakan bukan dari GRS ini juga syarat si Aziz. Aziz oiii kau yang mula mula mengajak berdebat oleh itu kamulah yang sediakan moderatornya tapi biarlah pula bukan walaun Warisan.
Apa punya sengkek lah si Aziz ni, macam bukan bekas timbalan menteri KDN dan perjanjian Malaysia 1963 bukan propaganda kepimpinan Warisan. Tak kan selama ini apa yang dituntut dan diperkatakan berkaitan perjanjian Malaysia, dia sendiri tidak faham dan tidak ada yang melekat dalam kepalanya?
Perlu penyokong Warisan ketahui. Selama ini tidak pun pendebat dari pembangkang yang mengenakan syarat seperti itu. Mereka hanya menggunakan maklumat yang mereka cari sendiri dan kecerdikan akal yang mereka ada.
Si Aziz sudah kantoi takut dan tin kosong ke tu?
Jadi kalau kali ini dia berjaya mengelak, elok si Aziz berdebat dengan tiang telekom.
Kalau setakat live podcost apa barang!






















Leave a Reply