Antara Pencapaian GRS Berhubung MA63 Dalam Tempoh 100 Hari, Oil Gas dan Elektrik (Video)

Sering kita mendengar kenyataan atau soalan mengada ngada macai Warisan yang bertanya apa kononnya pencapaian GRS berkaitan perjanjian Malaysia 1963.

Mereka bertanya seperti itu seolah olah ada kejayaan yang mereka telah capai baik sebagai pentadbir negeri Sabah mahupun semasa menuntut perkara dalam perjanjian 1963.

Sebenarnya jawapan kepada soalan macai Warisan itu mereka sudah maklum melalui ucapan Ketua Menteri dan pemimpin kerajaan negeri yang lain. Tapi sengaja mereka nafikan dalam erti kata sengaja memperbodoh diri sendiri, sedangkan rakyat Sabah tidaklah sebodoh mereka. Terbukti pada pilihan raya umum 2022 baru ini, Warisan hanya mendapat tiga kerusi parlimen.

Dan kenyataan dan ucapan pemimpin-pemimpin GRS yang saya maksudkan ada dalam Blog ini.

Justeru itu pemimpin yang bertanggungjawab Datuk Armizan selakku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Menteri Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) untuk ke sekian kalinya menjelaskan kejayaan yang dicapai oleh GRS berkaitan 20 perkara yang dicapai dalam hanya tempoh 100 hari. Antaranya;-

  • Tuntutan untuk menjadikan JKR dan JPS Sabah menjadi jabatan teknik Sabah.

Tuntutan ini selesai yakni diterima oleh kerajaan persekutuan. Sekarang dua agensi itu sedang sibuk mengatur untuk melaksanakan projek atau kerja dan program mereka.

  • Penyerahan kuasa kawal selia elektrik dan gas

Januari tahu lepas kawal selia gas sudah selesai kini sepenuhnya dibawah kuasa kerajaan negeri Sabah, begitu juga dengan kuasa elektrik, tahun depan SESB akan diambil alih oleh kerajaan negeri Sabah, GRS.

Sekarang rakyat Sabah bertanya, apa pula kejayaan Warisan. Kosong kan.

One thought on “Antara Pencapaian GRS Berhubung MA63 Dalam Tempoh 100 Hari, Oil Gas dan Elektrik (Video)

Add yours

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading