Dakwaan Warisan 17 Perkara Dalam MA63 Telah Berjaya Dituntut Adalah Pendustaan Terbaru

Nah dijawab sudah dakwaan si Aziz Jamman yang sebelum ini mendakwa 17 perkara dalam perjanjian Malaysia 1963 telah berjaya dituntut oleh mereka.

Rupanya dakwaan itu hanyalah pembohongan Warisan semata mata.

Sekiranya pihak Warisan tidak bersetuju dengan penafian Datuk Armizan ini. Kita minta pada kepimpinan Warisan agar mengemukan bukti dalam bentuk dokumen yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak antara kerajaan Warisan dan kerajaan PH waktu itu. Usai itu tunjukkan pada masyarakat Sabah, kebaikan atau nikmat yang telah dirasa oleh mereka setelah 17 perkara berkenaan.

Berani beraninya kepimpinan Warisan membuat dakwaan seperti itu sedangkan Perdana Menteri Dr Mahathir mendakwa Shafie Apdal tidak melakukan apa apa ke atas Sabah. Begitu juga bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Christina Liew yang turut mendakwa Shafie dan Menteri dalam kerajaan negeri Sabah, Ewon Benedick yang juga mendakwa Shafie takutkan Dr Mahathir sebab itulah gagal menuntut perkara dalam perjanjian 1963.

Kalau setakat mengemukan permohonan tapi tidak disusuli tindakan, apa lah ertinya itu, wahai kepimpinan Warisan oiii.


KOTA KINABALU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Menteri Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali menafikan 17 daripada 21 tuntutan Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sudah diselesaikan seperti didakwa pemimpin sebuah parti politik.

Beliau berkata pihak yang membuat dakwaan itu perlu menjelaskan definisi โ€˜selesaiโ€™ yang mereka maksudkan sama ada perkara itu telah selesai dibangkitkan, selesai diutarakan, selesai yang sudah ada persetujuan dasar, atau selesai yang sudah dilaksanakan.

Menurutnya, apa yang dimahukan rakyat Sabah adalah โ€˜selesaiโ€™ dalam konteks perkara-perkara dalam MA63 itu telah dilaksanakan sepenuhnya serta rakyat mendapat faedahnya dan bukan selesai dibangkitkan kepada kerajaan Persekutuan atau dalam status lain yang tidak menguntungkan Sabah.

โ€œJawapan saya di Parlimen dipetik (pemimpin parti politik itu), sebutkan di mana dalam jawapan bertulis saya itu ada disebut 17 perkara selesai. Saya baca balik jawapan saya, tidak ada disebut 17 perkara sudah selesai,โ€ katanya kepada pemberita selepas menutup Bengkel Penyelarasan Operasi dan Pengurusan Bencana Negeri Sabah, di sini, kelmarin.

Armizan mengulas dakwaan Ketua Penerangan Parti Warisan (Warisan), Datuk Azis Jamman dan Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis semasa sesi bicara secara langsung di laman sosial Facebook yang mendakwa bahawa beliau (Armizan) ada menyatakan bahawa 17 perkara itu telah selesai semasa sidang Parlimen.

Armizan, yang juga Ahli Parlimen Papar, berkata jawapan beliau itu merujuk kepada soalan Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apda, juga Presiden Warisan, yang bertanya mengenai isu-isu yang dibangkitkan dalam Jawatankuasa Khas Kabinet (JKK) MA63 antara 2018 hingga 2019.

Menurut Armizan. ketika ini terdapat perkara dalam MA63 yang selesai sebahagiannya, antaranya isu elektrik dan gas dan semakan Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan mengenai jumlah tuntutan pemberian khas negeri Sabah dan Sarawak.

โ€œAda juga yang belum selesai tetapi telah mempunyai keputusan dasar, ini yang mungkin dianggap (pemimpin itu) apabila sudah ada keputusan dasar itu, ia selesai. Misalnya, ada keputusan dasar tentang perlu disemak Perkara 112D pemberian khas tetapi belum selesai sepenuhnya kerana bila ada jumlah semakan, apabila dilaksana barulah disebut selesai,โ€ katanya.

Armizan berkata kawal selia elektrik dan gas kepada Sabah pula hanya akan dianggap selesai sepenuhnya apabila kuasa kawal selia itu bermula pada Januari tahun depan, walaupun kuasa kawal selia itu itu telah diterima Sabah pada Januari tahun ini.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading