KM Hajiji Tidak Benarkan Sama Sekali Penghuni PPR Lebih 10 Tahun Dikeluarkan (Video)

Terjawab sudah surat peringatan LPPB yang mengarahkan penghuni rumah PPR Sabah lebih 10 tahun supaya keluar rumah. Ini selepas LPPB mendapat teguran dari Jabatan Audit Negara.

Surat itu telah dimanipulasi atau menjadi modal politik oleh pemimpin dan macai Warisan.

Seperti biasa pembangkang Warisan akan sedaya upaya mencipta polemik rentetan isu, seolah olah mereka yang lebih prihatin kepada rakyat berbanding kerajaan negeri Sabah, GRS.

Walhal dua tahun Warisan menjadi kerajaan negeri Sabah tiada pencapaian yang boleh dinikmati dan dibanggakan oleh rakyat. Sebaliknya kalau dari konteks rumah PPR, rakyat setempat yang marah bila ramai penyokong Warisan dari Semporna mendapat tempat bertuduh di PPR Putatan. Sebab itulah kenapa golongan ini beriya iya menyalahkan kerajaan GRS berhubung surat berkenaan. Sampaikan nama kampung kampung boleh bertukar menjadi nama English dalam grup grup Whatapps, ini supaya orang luar memperakui kritikan mereka.

Perlu diketahui oleh rakyat Sabah khususnya penghuni PPR. Sebiji pun rumah PPR di Sabah tidak ada yang dibina oleh kerajaan Warisan.

Samalah ceritanya dengan pemberian geran tanah yang menjadi kebanggaan Warisan. Hakikatnya kerajaan era Musa Aman yang memproses permohonan tanah tanah berkenaan, kerajaan Warisan hanya menyampaikan gulungan geran bagi merai populariti atau undi, tidak lebih dari itu.

Berhubung isu surat LPPB berkenaan. Dibawah jawapan tuntas Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor

Bahwa beliau tidak bersetuju dengan peringatan itu dan telah mengarahkan setiausaha kerajaan negeri agar menafikannya.

“Ada isu 1, 2 hari ini yang 10 tahun sudah tinggal sana (rumah PPR) mahu dikeluarkan bagi saya ini saya tidak benarkan sama sekali”,

Tambah beliau lagi, “Saya sudah bisik kepada yang berhormat Datuk SKN, next cabinet meeting minta KKTP, LPPB bentang kepada kabinet. Ini isu yang besar jangan ambil isu itu untuk kita jawab apa semua.

Belum pun dimaklumkan kepada Ketua Menteri ataupun kerajaan kenapa kita takut sangat dengan Audit”

“Sudah 10 tahun dikeluarkan, kerajaan negeri tidak membenarkan itu, orang kita susah mahu dihalau macam mana, ujar ketua Menteri.

Kuasa mengekalkan atau tidak penghuni rumah PPR Sabah dibawah kuasa kerajaan negeri bukannya LPPB atau Jabatan Audit Negara (JAN). Ini rakyat Sabah, kerajaan negerilah yang bertanggungjawab atau menjaga mereka bukannya agensi.

Nak sangat jadi little Napoleon dalam kerajaan negeri, nah ini lawannya.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading