Warisan Berbohong Lagi Bila Mendakwa Bajet Projek Naik Taraf Jalan Tongod Mereka Punya (Video)

Semalam tersebar satu video yang menunjukkan kerja kerja menaiktaraf jalan, jalan Linayukan, Tongod Keningau sepanjang 17 Kilometer.

Bersama video itu disertakan satu kenyataan yang mengingatkan masyarakat Sabah. Bahwa walaupun kerajaan GRS tampak diam tapi hakikatnya berkomitmen di dalam memikul dan menjalankan tanggungjawab demi kemajuan negeri dan rakyat Sabah.

Tidak seperti kerajaan Warisan hanya rajin mengumumkan pelbagai projek untuk rakyat tapi sampai kerajaan Warisan berakhir tidak ada apa yang dinampak dan dirasa oleh rakyat Sabah.

Tidak nampak dan tidak di rasa, faham ke? kalau ada yang menafikannya sila komen dibawah artikel ini, projek rakyat apa yang telah dibangun oleh kerajaan Warisan. Tapi ingat jangan sampai SPRM tercari cari ya. Hahaha!

Paling pun kerajaan Warisan hanya berbangga kerana berjaya menyampaikan geran tanah. Itupun sebenarnya hasil usaha kerajaan sebelum ini iaitu Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, ini rakyat Sabah sedia maklum.

Kerajaan Musa yang memproses permohonan orang kampung sampaikan kos mengukur tanah ditanggung oleh kerajaan negeri pada waktu itu.

Apa yang dilakukan oleh kerajaan Warisan hanyalah menyampaikan geran tanah yang sudah siap diproses yang tujuannya tiada lain untuk mencari populariti. Kebetulan waktu itu Sabah berada di ambang pilihan raya negeri Sabah 2020.

Kiranya kerajaan Warisan hanya menumpang tui dari usaha orang lain, ibarat lembu punya susu sapi dapat nama.

Berhubung video di atas, seperti biasa Warisan selaku pembangkang akan menafikan apa saja yang dilakukan oleh kerajaan GRS termasuklah projek naik taraf jalan berkenaan dengan alasan kononnya kerajaan Warisan yang menyediakan peruntukannya. Tiba tiba mereka kan? Hahaha!

Kalau benar ada peruntukan dari kerajaan Warisan yang boleh dibawa ke hadapan. Kenapa projek ubahsuai masjid Pekan Semporna yang dibina era kerajaan Warisan sudah lebih lima tahun terbengkalai? terbengkalai satu hal dan ia telah menyusahkan masyarakat setempat dan orang ramai termasuk pelancong yang ingin menunaikan solat.

Begitu juga janji Presiden Warisan Shafie semasa PRU14 akan membina semula rumah rumah mangsa kebakaran di Semporna. Namun dua tahun Warisan menjadi kerajaan negeri tapi tidak ada peruntukan yang disediakan sedangkan ia adalah janji dan mereka adalah pengundi di Parlimen Semporna.

Seperti juga cerita jalan naik taraf di atas semasa Warisan berkempen sempena pilihan raya negeri 2020 di Semporna, juga mencanang kononnya peruntukan membina semula rumah mangsa kebakaran telah ada tinggal tunggu diproses. Untuk memperkuatkan lagi pembohongan signboard plan pembinaan dibuat dan di pacak di tepi jalan. Selepas pilihan raya DO daerah tersenyum sinis katanya kesian orang kampung, peruntukan ini tidak ada sambil melihat signboard.

Tapi boleh pula menyediakan peruntukan berjuta ringgit untuk disalurkan kepada kroni dan kerabat parti Warisan dalam bentuk projek yang tidak dapat dimanfaatkan oleh masyarakat.

Sesungguhnya rakyat Sabah sudah lali dengan kemunafikan penyokong Parti Warisan. Hari ini mereka kantoi membohong petangnya mereka cipta lagi kenyataan yang berada diluar pengetahuan mereka. Begitulah parti Warisan beroperasi. Sebab itulah kerajaan Warisan tidak mampu bertahan lama.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading