
Sebelum ini Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji menyatakan ada little Napoleon dalam pentadbiran kerajaan Sabah menyebabkan berlaku birokrasi dan menyusahkan masyarakat ketika mereka berurusan dan yang paling utama menyebabkan perancangan kerajaan terbantut.
Terbaru Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Jeffrey Kitingan menyuarakan hal yang sama. Bahwa ada little Napoleon dalam agensi kerajaan yang telah menjejaskan usaha kerajaan negeri menarik pelabur melabur di Sabah.
Oleh itu mereka atau kakitangan kerajaan berkenaan diingatkan agar berhenti menjadi toksik dalam kerajaan negeri kerana ia akan merugikan rakyat dan negeri Sabah.
Surat peringatan dari Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) yang mengingatkan penyewa rumah PPR lebih 10 tahun agar mencari tempat tinggal lain dan melunaskan hutang tertunggak. Tidak mustahil ia juga kerja little Napoleon.
Saya katakan kerja little Napoleon sebab dalam kerajaan negeri GRS diserang bertubi tubi oleh pembangkang berkaitan isu air, letrik dan jalan raya. Timbul pula surat arahan seperti ini, kenapa sekarang kenapa tidak tunggu beban tinggalan kerajaan Warisan seperti gangguan air, letrik dan jalan raya berjaya dikendalikan, barulah peringatan dikeluarkan? tidak salah pun sebab memang begitu polisi rumah PPR lebih 10 tahun penyewa kena keluar, bagi peluang pada orang lain.
5 tahun adalah tempoh yang diberikan pada penyewa baharu rumah PPR, selepas 5 tahun mereka boleh merayu. Syarat ini mereka tandatangani semasa mula mula mohon rumah PPR.
Surat peringatan LPPB itu keluar setelah Jabatan Audit Negara membuat auditan. Pihak audit dapati ada yang lebih tempoh yakin melanggar peraturan.
Kiranya rumah PPR hanyalah transit untuk mencari kelebihan supaya dapat membina rumah sendiri.
Maklumlah mentaliti pemimpin Warisan agak pelik, jenis sanggup melakukan apa saja demi kuasa, tidak boleh nampak isu dan ruang terus dimanipulasi. Tengok saja agenda Sabah Ubah, mereka sedar mustahil untuk dilaksanakan tapi ditabur juga. Hari ini walaupun telah terbukti gagal tapi mereka masih bercakap hal yang sama. Itu saya katakan orang Sabah yang menyokong Warisan adalah golongan yang kurang kira kiranya dan busuk hati.

Walaupun isu air, bekalan letrik, jalan raya persekutuan dan arahan keluar rumah LPPB bukan 100% dibawah tanggungjawab kerajaan negeri Sabah tapi boleh dimanipulasi oleh pembangkang hingga boleh menggambarkan seolah olah kerajaan negeri pula yang lemah. Sedangkan kerajaan negeri siang malam berusaha memajukan dan memakmurkan negeri Sabah berpandukan sistem yang sedia ada. Bukan macam kerajaan Warisan orang panggil kerajaan Cowboy.
Saya teringat, mula mula kerajaan GRS beroperasi kami dapati ada orang orang Warisan yang sengaja diletakkan dalam agensi yang strategik, baik sebagai ketua mahupun sebagai kakitangan biasa. Ini bagi memudahkan keadaan di pantau dan diambil maklum oleh Kerajaan Warisan waktu itu. Seperti contoh semasa kerajaan Warisan, agensi SPR Sabah diketuai oleh adik kepada wakil rakyat Warisan atau anak buah Ketua Menteri.
Setelah kerajaan Warisan tumbang timbul cerita dimana jumlah pengundi di Sabah naik mendadak berbanding pertambahan penduduk. Memaksa Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji mengarahkan agar siasatan segera dijalankan.
Jangan jangan little Napoleon yang ada di Sabah ni adalah golongan yang terlibat dengan kerja kerja yang tidak amanah. Oleh kerana kerajaan negeri menjalankan sistem kerja yang bersih dan cekap menyebabkan peluang mereka tertutup maka itu mereka mensabotaj kerajaan.
Kamu ingat tidak ada macai Warisan sebagai little Napoleon dalam JANS, SESB dan LPPB?






















Leave a Reply