
Mari kita dengar mesej suara netizen yang tidak berpuashati setelah Najib Razak diangkat sebagai tokoh UMNO oleh Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2023.
Pengiktirafan diberikan atas alasan Najib telah berjasa kepada negara. Berjasa dalam aspek ekonomi dan memperkenalkan dasar pembangunan kepada rakyat. Begitu pendapat Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Kamu nilai lah sendiri sejauh mana pendapat itu ada kebenarannya, benarkah berjasa atau seperti dakwaan netizen ini, UMNO aka Najib telah merosakkan Malaysia.
Netizen ini berpendapat Najib tidak layak diberikan pengiktirafan setelah kantoi menyalahgunakan kuasa dalam skandal SRC hingga di penjara 12 tahun. Dan dijangka tempoh hukuman penjara Najib akan bertambah setelah perbicaraan 1MDB diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.
Menurut netizen itu lagi apa yang dilakukan oleh Presiden UMNO Zahid berhubung pengiktirafan Najib adalah tindakan yang salah dan merosakkan kerajaan Madani.
Mungkin juga sebab sebelum menjadi kerajaan, PH lantang menghentam Najib yang menjadi dalang skandal 1MDB . Tapi hari ini kerajaan Madani yang terdiri daripada UMNO, menobatkan Najib Razak sebagai tokoh mereka.
Begitu juga dengan Zahid Hamidi yang dikaitkan dengan skandal LCS, hari ini diam seribu bahasa.
Dalam hal ini Najib Razak tidak boleh dipersalahkan sebab dia hanya menerima anugerah dan tidak mustahil ada niat jahat yang dimainkan oleh Presiden UMNO Zahid Hamidi.
Kalau kita perhalusi usaha mendapatkan pengampunan diraja bagi Najib tidak di sokong oleh pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan. Sedangkan tidak mungkin Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri tanpa sokongan Ahli-Ahli Parlimen UMNO Pro Zahid Hamidi.
Jadi boleh lah kita katakan pengiktirafan ini hanya gimik untuk mengambil hati dan menipu penyokong penyokong Najib Razak yang marah setelah Najib bukan lagi topik panas untuk dibebaskan dari hukuman penjara 12 tahun melalui pengampunan diraja.
Keadaan yang tidak ada beza dengan Warisan di Sabah. Dulu UMNO dikecam sebagai perompak kekayaan Sabah menyebabkan Warisan mendapat sedikit sokongan dikalangan masyarakat Sabah. Begitu juga dengan UMNO, lunyai Warisan dikerjakan sampai terkeluar kemalingan Shafie semasa menerajui Kementerian KKLW.
Tapi bila kerajaan negeri Sabah berjaya dibentuk hasil kerjasama GRS dan UMNO melalui pilihan raya negeri 2020. Pula UMNO dan Warisan bersubahat menjatuhkan Ketua Menteri Sabah, GRS. Macam bodoh!
Sebab itulah jangan lagi ada yang percaya pada isu yang dilemparkan oleh pihak Warisan dan UMNO Sabah ke atas GRS. Itu semua hanyalah retorik dan rekaan mereka semata mata.
Tidak dinafikan mana mana pemerintahan pun pasti ada kekurangannya tapi tidaklah sampai ke tahap yang digambarkan oleh pihak UMNO dan Warisan. Seperti contoh tuduhan mereka ke atas UMNO dan Shafie dibilang pencuri, perompak dan sebagainya tapi hari ini, apa berlaku?
Gara gara pengiktirafan itu Pakatan Harapan bakal ditolak pada pilihan raya enam negeri akan datang. Kita tengok sejauh mana kebenarannya.
Kita GRS di Sabah steady jak ni. Kamu kacau kami membalas, kamu berbuat baik maka kami lagi baik.






















Leave a Reply