Senallang, Sulabayan dan Bugaya, Adun Warisan Tidak Setuju RUU Anti Lompat Parti Sabah (Video)

Saya ingat infografik tersebar semalam yang menunjukkan Warisan tidak menyokong RUU Anti Lompat Parti di Sabah adalah hoax, rupanya maklumat yang benar.

Baru saja saya menerima rakaman video wakil rakyat yang menyokong dan tidak menyokong undi RUU Anti Lompat Parti yang dijalankan semalam dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah ke 16.

Menunjukkan Adun Sulabayan, Jaujan Sambakong; Adun Senallang, Shafie Apdal dan Adun Bugaya, Jamil Hamzah tidak menyokong. Manakala Adun Apas, Nizam Titingan dan Adun Balung, Hamid Awang menyokong atau bersetuju penuh RUU Anti Lompat Parti secara total.

Walaupun yang tidak disokong oleh Warisan adalah Fasal 2 iaitu membatalkan fasal 7 dalam perkara 6. Dimana tidak semestinya hanya ketua parti yang boleh dilantik sebagai Ketua Menteri tetapi terpulang pada kebijaksanaan TYT dalam memilih Ketua Menteri dari parti atau gabungan yang memenangi pilihan raya.

Namun secara keseluruhannya Warisan tidak menyokong RUU Akta Lompat Parti, ini kerana RUU ini harus dilihat dari semua sudut, tidak hanya bila menguntungkan pembangkang, baru Warisan menyokong. Itu namanya menipu.

Walhal sebelum ini pihak Warisan atau Shafie lah yang paling kuat mendesak hingga ke peringkat Parlimen agar Akta Lompat Parti diperkenalkan dan diperhalusi di negeri Sabah. Pihak GRS melalui Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor waktu itu hanya mengambil sikap bertenang tapi disalah ertikan oleh penyokong Warisan, kononnya GRS takut melaksanakan Akta Lompat Parti.

Tapi yang berlaku sebaliknya, wakil wakil rakyat dari Semporna yang bersungguh sungguh tidak menyokong Akta Lompat Parti.

Jadi macam manalah macai Warisan mempertahankan pendirian yang flip flop itu?

Mungkin selama ini Warisan ingat mereka saja yang cerdik hanya kerana bersuara lantang, mereka lupa sebenarnya yang mendiamkan dirilah yang lagi cerdik.

Apapun kini Akta Lompat Parti sudah ada dalam perlembagaan negeri Sabah. Tahniah kerajaan GRS.

RUU Anti Lompat Parti harus dibaca secara keseluruhannya supaya benar benar berkesan.

TYT ada option melantik Ketua Menteri, tidak lagi berasaskan status dalam parti semata mata. Ertinya Adun Bebas pun boleh dilantik jika berkelayakan.

Kalau begitu, kenapa pembatalan Fasal 7 tidak disokong oleh Warisan?

Kah Presiden Warisan takut, akan ada wakil rakyat dari pembangkang selain dirinya yang boleh dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah.

Jadi ngamlah Warisan dianggap tidak menyokong Akta Anti Lompat Parti.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: