Lawatan PM Anwar Ke Arab Saudi Gagal, Salah Siapa?

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim singgah minum malam di Restoran D’Saji seusai Solat Terakwih di Mekah pada 22 Mac 2023. – AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri

Begitu banyak kritikan susulan lawatan perdana menteri Malaysia Anwar Ibrahim ke Arab Saudi.

Seolah olah ia adalah kesalahan terbesar satu satu pemerintahan, lebih besar dari kesalahan menyeleweng wang rakyat di Mahkamah.

Mesti ada Menteri yang wajar dipertanggungjawabkan tidak hanya dipikul oleh Datuk Anwar Ibrahim seorang.

Terbaru kritikan daripada bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin yang menganggap lawatan itu sebagai kesilapan diplomatik yang besar atau kesalahan besar Wisma Putra.

Setelah Anwar dalam lawatan tiga hari berkenaan gagal berjumpa dengan Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dan Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mahkota Mohammed Salman Al-Saud.

Menurut KJ kegagalan itu disebabkan sambutan minggu pertama bulan Ramadan yang diraikan oleh keluarga diraja Arab Saudi ertinya mereka tidak dapat memenuhi jadual bertemu dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan perkara ini gagal dibaca oleh Wisma Putra.

Tetapi kita perlu tahu siapa menteri yang bertanggungjawab mengurus lawatan itu, bukankah Menteri Luar Negeri Malaysia Zambry Abdul Kadir daripada parti UMNO itu?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: