
Cerita ahli parti meninggalkan Warisan bukannya cerita baru, jangan ingat seolah olah hanya berlaku setelah Warisan menjadi pembangkang. Sebab itulah si Aziz ni tampak cool dan seolah olah tertawa. Cool dan tertawanya apanya Aziz oiii!
Tertawa seolah olah ahli yang meninggalkan Warisan tidak ada prinsip kah? kerana meninggalkan parti setelah menjadi pembangkang.
Dasar perangai orang yang mementingkan diri dan tidak reti diuntung. Memang begitulah!
Jangan lagi berlagak seolah Warisan tidak bersalah sebaliknya mereka yang meninggalkan Warisan.
Cuba tanya pada masyarakat kenapa ramai wakil rakyat dan ahli meninggalkan Warisan. Pasti jawapan mereka kerana Warisan telah terbukti gagal baik sebagai parti mahupun semasa menjadi kerajaan negeri Sabah.
Lagi membuktikan KEBURUKAN Warisan bila baru baru ini bekerjasama dengan UMNO untuk merampas kerajaan negeri Sabah dari GRS. Walhal selama ini termasuk si Aziz antara yang paling lantang memburukkan UMNO.
Begitu juga dengan ahli Parlimen Warisan yang berjawatan Menteri Persekutuan. Apa yang mereka telah laksanakan dan baik untuk rakyat Sabah khususnya. Tidak ada, selain melepaskan pengedar dadah syabu? semoga mereka dilaknat Sang Pencipta.
Warisan juga hanya berjaya membentuk masyarakat menjadi golongan gengster tahi kucing. Dan pada padan muka masyarakat tempatan yang ikut ikutan menyokong Warisan tapi bacul dan tolol, last last hak hakiki mereka pun tidak mampu mereka pertahankan.
Seawal Warisan menjadi kerajaan negeri Sabah sudah ramai ahli biasa dan yang berjawatan dalam parti mengumumkan keluar dari parti Warisan. Ia berlaku Sepanggar dan Semporna, walhal kalau dikira dua kawasan itu adalah kubo Warisan.
Sebab itulah Si Aziz Jamman sendiri gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sepanggar. Padan muka!
So Aziz jangan lagi beretorik dengan jumlah atau angka yang keluar parti. Begitu juga peratus mengundi Warisan pada pilihan raya umum yang lalu.
Mempersoal jumlah 1500 yang meninggalkan Warisan di Tawau baru baru ini sebagai jumlah genap dan dianggap menipu, ia hanyalah kenyataan yang sengaja di ada supaya dilihat tidak terkesan.
Sengaja di simpan begitu jumlahnya supaya mudah untuk di hadam. Nanti kalau tidak, diputar pula kenapa begitu terperinci sedangkan belum wujud dalam rekod Warisan. Sudahlah kau Aziz, dasar pembangkang yang mesti mengada ngada.
Memperleceh tindakan ahli Warisan yang keluar parti sedangkan pernah berjasa kepada Parti Warisan menunjukkan sememangnya pemimpin Warisan tidak reti menghargai sumbangan atau menganggap orang lain kurang berharga.
Si Aziz Jamman juga membangkitkan jumlah pengundi Warisan berbanding parti lain sebagai kekuatan mereka, kesiannya. Dalam sistem pilihanraya di Malaysia ia tidak menjadi persoalan. Dan tidak menunjukkan parti itu kuat, sekiranya dia kalah. Sebab pengundi yang ramai ditentukan oleh pengundi di satu-satu Parlimen atau DUN.
Seperti contoh pengundi Warisan di Parlimen Semporna dan DUN Bugaya jika di campur dengan pengundi Warisan di Parlimen Lahad Datu dan Kota Belud maka jumlahnya cukup besar. Itu belum di campur dengan pengundi Warisan di parlimen atau Adun yang kalah. Namun hakikatnya Warisan hanya memenangi tiga kerusi Parlimen. Alahai!