Tidak Wajar Shafie Bangkitkan Undang Undang Negeri Di Parlimen

Ya benar undang undang negeri Perkara 6(7) adalah undang undang negeri Sabah yang tidak wajar dibangkitkan dalam Dewan Rakyat atau Parlimen.

Membangkitkannya disana samalah ertinya dengan tidak mendaulatkan negeri Sabah. Walhal selama ini Shafie lah yang paling lancang mempolitikkan Borneonisasi tapi sikit sikit mengadu hingga ke peringkat persekutuan. Apa punya kebohonganlah!

Kalau pun terdesak kenapa tidak seawal Datuk Hajiji Noor dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah? memandangkan calon Bersatu yang bertanding di pilihan raya negeri Sabah 2020 menggunakan lambang PN yang bukannya parti politik seperti yang dipersoalkan ke atas GRS.

Cakap saja tujuan membebel di Parlimen bukan untuk meluruskan perlembagaan negeri itu tapi supaya secara tidak langsung mengelirukan rakyat Sabah.

Nah tidak semudah itu, rakyat Sabah lebih ramai jauh lebih cerdik dari kebanyakan pemimpin Warisan.


Armizan yang juga Ahli Parlimen Papar mengulas Shafie membangkitkan isu itu di Parlimen baru-baru ini yang tular di Tik Tok.  Kota Kinabalu:

Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak sepatutnya membangkitkan di Dewan Rakyat isu membabitkan Perlembagaan Sabah berkaitan kesahihan Datuk Seri Hajiji Haji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata ini kerana Parlimen bukanlah forum yang sesuai untuk Shafie membawa isu itu. “Pertama, saya rasa agak pelik Shafie membangkitkan isu itu (untuk mempersoalkan kesahihan Hajiji sebagai Ketua Menteri) hanya sekarang dan bukannya semasa pelantikan (CM) pada 2020.

Saya hairan kenapa ia menjadi isu pada masa kini. “Kedua, saya lihat tindakan Ahli Parlimen Semporna membangkitkan isu itu dalam persidangan Parlimen baru-baru ini adalah tidak wajar kerana isu itu berkaitan Undang-undang Tubuh Negeri yang beliau (Shafie) sebut Perkara 6(7) (Perlembagaan Negeri),” katanya. berkata.

Armizan yang juga Ahli Parlimen Papar mengulas Shafie membangkitkan isu itu di Parlimen baru-baru ini yang tular di Tik Tok.   “Peruntukan undang-undang yang paling penting ialah Perlembagaan Negeri. Kita perlu menghormati hak negeri melalui peruntukan undang-undang, iaitu Perlembagaan Negeri Sabah itu sendiri,” kata Armizan.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: