Tadi pagi saya menerima link berita berkenaan ketua UMNO Sabah Bung Mokhtar Radin yang baru dipecat dari jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah selepas gagal merampas kerajaan negeri dari GRS atau Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor.
Bila saya buka link itu ternyata adalah berita Bung Moktar sedang berjudi bersama rakan-rakan Cinanya.
Kalau ada yang berminat ingin tahu secara agak detil. Dimana markasnya dan dengan siapa pemimpin UMNO itu berjudi, apa mata wang yang digunakan. Kamu klik lah link di bawah yang menjadi sumber asal artikel ini.
Yang pasti saya bukan Sabah Big Mounth. Hahaha!
Gambar Bung Moktar bekas TKM Sabah berjudi dengan banyak cip RM50,000 tular
Beringat kamu wahai penyokong dan laskar tolol UMNO oiii, namanya pemimpin UMNO maka mereka adalah figura yang terbuka kepada kritikan rakyat apa lagi kritikan dari pihak yang tidak sehaluan dan perkara yang dikritik sepatutnya tidak ada dalam diri seorang pemimpin yang beragama Islam.
Oleh itu jangan kamu terus mengencang supaya tidak nampak terlalu bodoh bak kata hikmah Najib Razak, Cybertrooper UMNO adalah perabis beras atau bangang bodoh sebab itulah rakyat semakin menjauhi UMNO. Lihat saja keputusan pilihan raya umum sebelum sebelum ini, terakhir hanya mendapat 26 kerusi Parlimen. 26 ini yang dilacurkan untuk mendapatkan jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
UMNO Melaka dan Johor yang mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya negeri 2021, namun kalah teruk kepada PH dan PN dalam pilihan raya umum atau Parlimen 2022.
Berbalik pada isu judi ini, di bilang UMNO Sabah tiada duit, yang di atas meja tu apa. Bukan kah ramai dikalangan penyokong dan jentera UMNO yang hidup segan tak mau, lebih baik wang yang dicuri sebelum ini digunakan untuk membantu mereka.
Begitu juga masyarakat yang berada dibawah kekuasaan Adun Adun UMNO Sabah, sepatutnya mereka menjadi keutamaan untuk dibantu bukannya digunakan untuk memuaskan nafsu jahat. Alahai!
Bukan digunakan untuk berjudi dan berjoli ke Manila dan Singapura. Berjoli itu pula pekerjaan orang kuat Bung yang terpalit dengan cerita menjual sistem telekomunikasi sehingga RM80 juta dalam akaun peribadi. Hahaha!
Padan jugalah judi haram semakin berleluasa daerah daerah di negeri Sabah, rupanya judi ini permainan orang atas. Kesian masyarakat kampung menjadi korban judi dan dadah syabu akibat kepimpinan yang tidak boleh mempersoalkan aktiviti judi dan dadah syabu ini kerana mereka juga ketagihan seperti judi.






Merah pemandangan……