Benar Kenyataan Mufti Penang Tidak Salah Lantik Ahli Keluarga Asal Layak (Nurul Izzah)

Menurut mufti Pulau Pinang tidak salah melantik ahli keluarga yang berkelayakan dalam kerajaan.

Asal pula tidak seperti Warisan dimana Shafie Apdal melantik adiknya yang baru menang sebagai ahli Parlimen, Lahad Datu dalam pilihan raya umum 2022, tiba tiba dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran Tinggi. Sedangkan ada lagi yang lebih layak seperti ahli Parlimen Kota Belud yang berpengalaman sebagai Timbalan Menteri dan sudah dua penggal sebagai Ahli Parlimen, tapi tidak disorong atau dilantik. Ini tidak adil!

Tidak tahulah kalau masih ada orang Kota Belud menyanjung Warisan atau Shafie walaupun jawatan Timbalan Menteri Pelajaran boleh dimanfaatkan untuk kebaikan pelajar pelajar di Kota Belud. Rugi ohhh!

Cerita layak atau tidak, boleh atau tidak timbul selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim melantik anaknya Nurul Izzah sebagai penasihat ekonomi di Kementerian Kewangan. Pelantikan itu telah menimbulkan isu di segelintir masyarakat terutamanya di kalangan laskar dan penyokong UMNO yang sudah tentu sengaja melihat isu ini dari sudut politik semata-mata yang bertujuan untuk memburukkan kerajaan Pakatan Harapan. Sedangkan dalam kerajaan Pakatan Harapan sendiri ada UMNO yang telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Presiden UMNO Zahid Hamidi.

Jangan sangatlah lantikan ini dijadikan bahan oleh pemimpin dan laskar UMNO sebab rakyat Malaysia tahu kerosakan yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO sejak berdekad yang lalu. Kerosakan yang jauh lebih buruk berbanding dari setakat Anwar melantik anaknya dalam pentadbiran kerajaan.

Apa lagi sehingga hari ini belum ada cerita Nurul Izzah yang dilantik oleh bapaknya, terpalit dengan cerita penyalahgunaan kuasa yang membabitkan wang rakyat.

Published
Categorized as PPBM

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: