
Nah kalau di bilang ADUN PH juga menyokong Presiden Warisan, Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah seperti dakwaan pemimpin dan macai macai Warisan yang kian terhimpit bukan hanya dalam soal politik tapi yang lebih utama tentang perjalanan hidup mereka, hal ini yang menyebabkan kepimpinan Warisan secara total kian terdesak.
Untuk makluman bukan hanya Adun PH yang menafikan gerakan sampah Warisan dan beberapa Adun BN tapi juga dikalangan Adun BN itu sendiri seperti Yakub Khan turut tidak bersetuju dengan rancangan sampah Bung Mokhtar dan Salleh Said.
Adun BN yang bersekongkol dengan Warisan tu. Mereka ibarat penyamun dan pencuri yang kantoi tinggal menunggu di humban oleh rakyat Sabah pada pilihan raya yang akan datang. Hahaha!
Entah ini kali yang ke berapa pemimpin dan jentera Warisan kantoi membohong kononnya akan membentuk kerajaan. Baru baru ini menyebarkan harapan palsu kononnya Shafie akan diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri, namun ternyata boong. Terkini sebagai Ketua Menteri Sabah menggantikan Datuk Hajiji Noor. Bung pula kekal dengan jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah, macam bodoh?
1. Kami memerhati dengan serius perkembangan politik di Sabah dan telah mengadakan perbincangan sesama ADUN PH Sabah seramai tujuh orang.
2. Kami ingin memaklumkan tidak memberikan akuan bersumpah menyokong mana-mana pihak selepas tahun 2020. Jika ada pihak yang mendakwa mendapat sokongan daripada kami, maka ianya tidak benar melainkan kenyataan terakhir kami selepas sidang Dewan Undangan Negeri Sabah yang terakhir pada November 2022 yang lepas.
3. Kami juga menyatakan pendirian dan keputusan secara en-bloc untuk memastikan kestabilan politik Sabah dibina agar tadbir urus pembangunan dan perkhidmatan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan lancar.
YB Datuk Christina Liew
ADUN Api-Api
YB Datuk Fung Ming Poon
ADUN Tanjung Papat
YB Datuk Ewon Benedick
ADUN Kadamaian
YB Phoong Jin Zhe
ADUN Luyang
YB Jannie Lasimbang
ADUN Kepayan
YB Tan Lee Fatt
ADUN Likas
YB Peto Galim
ADUN Inanam
Tinggalkan Jawapan