
Kita perlu jawab kah tuduhan mengada ngada si calon Warisan Sepanggar, Aziz Jamman.
Sebenarnya tidak perlu pun sebab dakwaan Datuk Hajiji Noor bahawa Shafie Apdal hanya berminat dengan jawatan sedangkan semasa menjadi Ketua Menteri Sabah tidak ada apa yang dilakukannya, memang 100% benar.
Kenyataan yang benar, sebab itu sehingga hari ini Shafie tidak berani menyahut cabaran sekaligus mengemukan bukti kejayaan semasa dia berjawatan Ketua Menteri Sabah.
Jangankan satu bukti yang boleh dibanggakan hanya membina balik rumah rumah mangsa kebakaran di Parlimen Semporna pun tidak mampu dilaksanakan oleh Shafie walhal ketika itu dia berjawatan Ketua Menteri Sabah.
22 bulan satu tempoh yang cukup lama sekiranya Shafie benar benar ada kesungguhan ingin membangun masyarakat Sabah, tapi malangnya Semporna sendiri tidak disentuh.
Yang saya tahu Shafie melalui jawatan Ketua Menteri Sabah hanya berjaya menganugerahkan projek gajah putih kepada orang-orangnya atau kroninya dari Semporna.
Tidak perlulah saya sebutkan siapa kroni itu dan projek gajah putih yang mereka dapat. Kalau projek itu dapat menguntungkan rakyat tidak apa juga malah digalakkan tapi ini betul-betul projek “gajah putih”.
Mungkin Shafie boleh berbangga pada Kilang minyak masak yang dibangga-banggakannya tapi ia hanyalah kilang yang tidak pernah mendapat untung kewangan.
Justeru itu untuk menutup cabaran dan pendedahan si Aziz Jamman terpaksa mendakwa kononnya perjuangan Warisan adalah untuk hak kekal bukan untuk jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Ini kerana kononnya jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak memegang kuasa eksekutif dan hanya bersifat sementara. Jika Perdana Menteri bertukar maka dasar berubah, tiada jaminan jawatan tanpa kuasa itu kekal kepada Sabah.
Astaga Aziz Jamman, memanglah jawatan dalam politik, tidak ada yang kekal termasuklah jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Sama juga macam jawatan Ketua Menteri Sabah dimana Shafie terpaksa melepaskan jawatan apabila tidak lagi mendapat sokongan majoriti dari ahli ahli dewan undangan negeri dan kalah dalam pilihanraya negeri 2020.
Jawatan Ketua Menteri Sabah juga boleh menuntut hak kekal tetapi kenapa waktu Warisan tidak bertindak. Takut pada Tun Dr Mahathir sepertimana dakwaan Timbalan Ketua Menteri Sarawak dan Ewon Benedict.
Sudahlah kamu Aziz Jamman pandai pula beralasan hak kekal, bukan kah bila perlembagaan atau undang undang telah digubal oleh satu satu kerajaan maka ia menjadi dasar pemerintahan atau kekal? Mahu pula jawatan Perdana Menteri baru boleh kekal kah? Hahahah!