UMNO Perlu Ambil Tindakan Ke Atas Noortaip Sebab Tanding Di Parlimen Tuaran – KM Hajiji

Banyak pula pengkhianatan yang cuba dilakukan oleh BN atau UMNO ni tapi kenapa pihak GRS pula yang dituduh pengkhianat oleh pengikut pengikut Bung Mokhtar atau UMNO. Sedangkan yang ikut bertanding itu bukannya pihak di dalam kumpulan GRS berbanding BN itu sendiri dimana mereka ahli parti, tapi bertanding atas tiket Bebas mahupun atas nama parti mereka.

Sengaja saya “lambatkan” cerita pasal Ahli UMNO Tuaran, Noortaip Suhaili yang turut bertanding, walaupun telah ditetapkan Parlimen Tuaran diberikan pada calon daripada GRS.

Supaya mudah mengenal pasti siapa sebenarnya yang dalam diam cuba menikam kawan dari belakang. Agar tidak ketara maka mereka terlebih dahulu menuduh orang lain sebagai pengkhianat.

Sebelum ini Ketua UMNO Sabah Bung Mokhtar menuduh balas calon Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee sebagai kononnya pengkhianat begitu juga ke atas Adun Kemabong, Rubin Balang hanya kerana anaknya turut bertanding atas tiket Bebas di Parlimen Tenom.

Tapi Bung Mokhtar mungkin buat buat lupa ada pemimpin UMNO atau BN yang ikut bertanding di Parlimen yang telah ditetapkan milik GRS, seperti di Tuaran, Ranau dan beberapa lagi kawasan walaupun tidak ada calon BN yang ikut bertanding, tapi cukup hadir dan bergambar di majlis calon GRS untuk menunjuk nunjuk lepas itu hilang entah kemana.


TUARAN: UMNO Tuaran perlu mengambil tindakan terhadap ahlinya, Noortaip Suhaili @ Sualee yang bertanding sebagai calon Bebas di Tuaran pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu berkata, beliau telah bercakap dengan Ketua UMNO Tuaran, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Timbalannya, Datuk Jasnih Daya mengenai perkara itu.

Begitu juga di kawasan lain, beliau berkata, tindakan mesti diambil terhadap mana-mana ahli parti yang mengambil tindakan bertentangan dengan kehendak parti.

“Kita mesti ambil tindakan tegas kerana kita tidak mahu rakyat terkeliru,” katanya pada sesi bertemu rakyat di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Sama Sabah di Kampung Lok Batik, di sini, hari ini.

Bersama beliau ialah Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai yang merupakan calon GRS bagi Tuaran, Timbalan Ketua BERSATU Tuaran, Datuk Kassim Razali yang juga Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, dan Setiausaha Agung STAR, Datuk Edward Linggu.

Dalam majlis itu, Hajiji turut menerima 1,500 borang permohonan keahlian daripada bekas ahli WARISAN yang diketuai Abdullah Sani, yang merupakan bekas calon WARISAN Sulaman pada Pilihan Raya Negeri 2018.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: