Lim Guan Eng Sabotaj Agenda Bumiputera – Muhyiddin

Lah rakan jajaran baru UMNO kantoi bila liberalism DAP dibongkar oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa DAP semasa pentadbirannya cuba mensabotaj agenda ekonomi Bumiputera.

Sebelum itu kenal diri anda siapa anda adakah  bumiputera yang tidak menuntut pembelaan dari kerajaan seperti Perikatan Nasional sebelum ini, kalau iya nah teruskan menyokong DAP.

Atau berharap pada UMNO untuk membela nasib Bumiputera tapi bukankah sudah 60 tahun UMNO diberi peluang untuk membela nasib Bumiputera, kejayaan apa? Kah masih ramai orang Melayu yang tidur dibawah jambatan?

Jajaran baru bermaksud konspirasi menyatukan UMNO dan Pakatan Harapan selepas pilihanraya umum yang ke-15. Itu adalah cara terbaik menyelamatkan kluster Mahkamah dan juga cara terbaik membentuk kerajaan sekiranya tidak ada parti yang mendominasi kemenangan.

Penyokong calon UMNO dan Pakatan Harapan apa pendapat anda dalam hal ini?

Nasihat saya, pada kaum Cina tolonglah ubah sokongan anda kepada parti atau calon lain, seperti calon dari PN atau GRS kah. Jangan terlalu kaitkan atau cop bangsa anda dengan parti DAP semata-mata. Nanti akhirnya yang menanggung rugi adalah generasi Cina akan datang, macam kaum China di negara negara barat.


Dalam ceramah saya di Tambun malam tadi, saya jelaskan tentang sikap DAP yang sebenar terhadap Agenda Bumiputera. DAP bukan sahaja tidak menyokong malah cuba sabotaj Agenda Bumiputera ketika PH memerintah selama 22 bulan.

Datuk Seri Azmin pernah dedahkan apa yang Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan kerajaan PH buat kepada TERAJU.

TERAJU adalah sebuah agensi yang bertanggungjawab membimbing syarikat-syarikat Bumiputera untuk maju terutamanya dalam bidang-bidang ekonomi yang berdaya saing.

Dalam sesi rundingan Bajet 2020, Lim Guan Eng tidak berikan satu sen pun kepada TERAJU. Walhal, dalam RMK-10, TERAJU diberikan siling peruntukan RM2 bilion.

Tindakan Guan Eng ini menyebabkan 200 syarikat Bumiputera terjejas dan 10,000 peluang pekerjaan baharu tidak dapat diwujudkan.

Satu lagi ialah EKUINAS, iaitu sebuah  syarikat milik kerajaan yang ditubuhkan untuk menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam sektor-sektor ekonomi yang berdaya saing. Kerajaan menyediakan peruntukan kepada Yayasan Ekuiti Nasional (YEN) dan YEN menyalurkan peruntukan ini kepada EKUINAS.

Pada tahun 2019, Lim Guan Eng menulis surat kepada Tun Mahathir meminta supaya revolving fund EKUINAS berjumlah RM2.4 bilion dikembalikan kepada Kementerian Kewangan dan EKUINAS ditutup.

Cubaan Lim Guan Eng ini gagal kerana dibantah oleh Datuk Seri Azmin selaku Menteri Hal Ehwal Ekonomi pada masa itu.

Kerana marah cubaannya menutup EKUINAS gagal, dalam Bajet 2020, Lim Guan Eng hanya menyediakan peruntukan token sebanyak RM100 kepada EKUINAS.

Apa yang boleh dibuat dengan peruntukan hanya RM100? Sedangkan fungsi EKUINAS ialah untuk menyuntik modal pelaburan dalam sektor strategik dan kompetitif untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam rantaian ekonomi bernilai tambah tinggi.

Datuk Seri Azmin beritahu saya beliau terpaksa merayu kepada Tun Mahathir supaya peruntukan kepada TERAJU dan EKUINAS dinaikkan. Ada bukti surat yang ditunjukkan kepada saya.

Ini adalah satu bentuk sabotaj terhadap Agenda Bumiputera. Jadi jangan tanya saya lagi kenapa saya dan rakan-rakan yang lain tinggalkan PH.

Saya ingatkan pengundi Tambun supaya jangan undi PH yang dikuasai oleh DAP.

#PNBEST
#BersihdanStabil
#PerikatanNasional

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: