Jelas Terang Kenyataan Zahid Hamidi Akan Bekerjasama Dengan PH Versi Perikatan (Video)

Anggap saja bukan satu kesalahan sekalipun UMNO menggunakan sentimen kebencian dan jelek ke atas parti DAP kerna dengan hanya cara kotor itu UMNO dapat mengekalkan sokongan dikalangan Melayu UMNO sekaligus meraih kemenangan.

Okeylah tu namanya juga politik yang kadang-kadang jelek pun terpaksa ditelan kerana kalau tidak anda pula yang akan di makan.

Tetapi bagaimana pula seandainya kerusi yang didapat oleh UMNO tidak mencukupi hingga terpaksa bekerjasama dengan Pakatan Harapan bagi membentuk kerajaan. Rasanya tidak mustahil sebab berdasarkan temuan beberapa penganalisis, tidak akan ada parti yang mendominasi kemenangan kelak dalam Pilihan Raya Umum yang ke 15.

Apa lagi kalau berpandukan rakaman video dibawah nampaknya Presiden UMNO tanpa berselindung mengaku bahawa selepas pilihan raya umum yang ke-15, akan berlaku perkara besar pada UMNO hingga terpaksa bergabung dengan parti lain yang dikenali Perikatan tetapi bukan Perikatan Nasional.

Kalau bukan Perikatan Nasional sudah tentulah Pakatan Harapan, siapa lagi.

Dalam Pakatan Harapan itu ada dua parti utama iaitu PKR dan DAP, Amanah anggap saja cebisan seperti mana parti Warisan.

Nah macam mana tu kalau kerjasama atau gabungan itu menjadi kenyataan? adakah penyokong-penyokong UMNO akan menunjuk perasaan, memprotes dan menggesa agar pilihan raya 16 segera diadakan?

Untuk mengelak kerjasama itu menjadi kenyataan , sebaiknya penyokong UMNO mendesak Presiden UMNO Zahid Hamidi agar menandatangani surat akuan, bahawa tidak akan berlaku kerjasama diantara UMNO dan Pakatan Harapan atau DAP.

Kalau tidak nanti pengundi UMNO bermuka penuh penyesalan macam orang kalah judi. Hahaha!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: