Najib Razak Calon PRU 15 Untuk Parlimen Pekan, Kegilaan Apakah Ini

Ternyata rosak dan gila sudah politik UMNO atau saja negara Malaysia sekirnya Najib yang sedang meringkuk dalam penjara 12 tahun boleh dinamakan sebagai calon kerusi Parlimen Pekan pada pilihan raya umum yang ke 15 akan datang.

Bukan hanya gila kerana tekanan tapi gila sebagai bani yang selama ini mengeji Bani Israel.

Di Israel rakyatnya bergembira bilamana bekas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan isterinya Sara dibicarakan kerana rasuah oleh kerana itu Benjamin tidak boleh berpolitik selama tempoh tujuh tahun walaupun baru dalam proses perbicaraan.

Kamu tahu tuduhan apa yang mereka hadapi. Mereka tuduh menyalahguna dana negara untuk membayar pesanan makanan berjumlah kira-kira AS$100,000 (RM414,730) dengan alasan tiada tukang masak di kediaman rasmi perdana menteri.

Menurut kertas pendakwaan sejak 2010 hingga 2013, Sara, keluarga dan tetamunya menerima ratusan makanan yang dipesan daripada pelbagai restoran terkemuka di Baitulmaqdis termasuk restoran Itali, Asia Barat dan Jepun.

Sedangkan Najib sedang dipenjarakan kerana kantoi mencuri wang rakyat melalui skandal SRC iaitu anak syarikat 1MDB. Begitu juga dengan Rosmah Mansur dibicarakan kerana mencuri wang rakyat melalui projek solar sekolah sekolah luar bandar di negeri Sarawak.

Pencalonan Najib itu disahkan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Zamri Ramli dan nama Najib telah pun diserahkan kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional untuk mendapatkan watikah pencalonan.

Ironinya Nizar Najib dan Nooryana Najwa iaitu anak Najib Razak tidak mendapat suara teramai untuk dinamakan sebagai calon Parlimen Pekan.

Dan kalaupun ada yang bertanding atas tiket UMNO untuk Parlimen Pekan dan mendapat kemenangan dia akan diminta melepaskan jawatan setelah Najib dikeluarkan dari penjara.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: