
Lah selepas Presiden UMNO gagal mengadakan pilihan raya umum dalam tahun ini, UMNO melalui setiausaha agungnya Ahmad Maslan membuat kenyataan yang terbalik. Supaya orang lain pula yang kelihatan bersalah.
Selain itu kita yakin tujuan dakwaan setiausaha Agung UMNO itu adalah untuk menutup “kemaluan” Presiden UMNO setelah Agong menolak cadangan untuk mengadakan pilihan raya umum ke 15 tahun ini.
Ahmad Maslan mendakwa selepas Menteri daripada Perikatan Nasional menghantar surat kepada yang di-pertuan Agong kerana tidak bersetuju dengan cadangan UMNO untuk mengadakan pilihan raya tahun ini. Maka mereka telah menyebabkan kerajaan ini tidak lagi memiliki keabsaahan sebagai kerajaan.
Maksudnya kerajaan UMNO ini tidak lagi sah sebab tidak lagi mendapat sokongan majoriti dari ahli ahli Parlimen.
Pelik tiba tiba UMNO bercakap absah kah tak. Walhal keabsahan kerajaan ini hilang sejak Presiden UMNO melancarkan gerakan pilihan raya umum ke 15 diadakan tahun ini dan mendesak Perdana Menteri Ismail Sabri membawanya pengetahuan namun ditolak mentah mentah oleh Agong.
Jadilah apa lah yang berlaku jika kerajaan ini tidak lagi memiliki keabsahan?
Cakap saja nak tutup kemaluan Presiden UMNO, Zahid Hamidi dan jangan juga lupa MoU yang ditandatangani bersama Pakatan Harapan.