
Berehat kau Wak Zahid Hamidi oiii. Ada pula orang lain yang membeli masa sedangkan kluster mahkamah lah yang sebenarnya terdesak agar pilihan raya umum ke 15 disegerakan, walaupun belum habis sepenggal pemerintahan.
Penggal pemerintahan hanya berakhir pada Julai 2023 ertinya pilihan raya umum sepatutnya diadakan tahun depan.
Jadi siapa sebenarnya yang terdesak atau membeli masa ni.
Kamu tengok bha Zahid itu mahir betul bercakap terbalik atau menipu.
Kestabilan apa yang dimaksudkan oleh Zahid Hamidi hingga dijadikan alasan untuk mengadakan pilihan raya?
Perlu diingat baik buruk satu satu pemerintahan terletak di tangan seorang Perdana Menteri dan hari ini Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri adalah Naib Presiden UMNO Malaysia.
Ertinya kalau benar UMNO ingin membaiki keadaan, mereka hanya perlu mencadangkan jalan penyelesaian kepada Perdana Menteri Ismail. Bukannya mengadakan pilihan raya umum walaupun belum habis tempoh.
Sebelum ini Zahid berpolemik kononnya pihak yang tidak bersetuju pilihan raya diadakan tahun ini sedang berusaha membeli masa dengan mengemukakan alasan seperti banjir dan perayaan Deepavali. Mereka juga menurut wak ni menolak proses demokrasi dan sengaja melengahkan pilihan raya ke 15.
Satu Malaysia tahu lah Wali Songlap oiii, kenapa kamu beriya iya mempercepatkan pilihan raya. Tidak ada lain untuk mengelak dari menjalani hukuman penjara seperti Najib yang meringkuk 12 tahun di Penjara Kajang.
Zahid Hamidi sedang menjalani perbicaraan di Mahkamah Tinggi berkaitan penyelewengan dana Yayasan Akalbudi dan penggubalan wang haram.
Begini saja kalau niat membubarkan Parlimen sekaligus Pilihan Raya Umum bukan untuk kestabilan rakyat seperti mana alasan Presiden UMNO. Tapi sebenarnya untuk menyelamatkan pemimpin UMNO kantoi maling, maka percayalah muslihat UMNO itu tidak akan ke mana. Allah tidak buta!
Tinggalkan Jawapan