
Seramai 20 anggota tentera ditahan kerana disyaki terlibat dalam dua rompakan laut di Semporna, Sabah.
Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin, berkata penahanan itu dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa melakukan siasatan kes rompakan yang berlaku di Pulau Siamil Ogos lalu.
“Terdapat dua kes rompakan di laut yang disyaki dilakukan oleh anggota keselamatan pada 15 dan 18 Ogos lalu di perairan Pulau Siamil.
“Kedua-dua kes telah diklasifikasikan bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu melakukan rompakan berkumpulan. Tangkapan seramai 20 orang anggota tentera dan suspek-suspek telah dijamin pada 25 Sept 2022. Kes masih dalam siasatan,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat.
Mengulas lanjut Hamzah berkata, kes itu masih dalam siasatan dan pihak kementerian perlu menunggu sehingga ia selesai.
Kejadian ini dilakukan oleh anggota keselamatan atau anggota Tentera.
Saya cukup percaya ia di dorong akibat ketagihan dadah syabu. Sebab itulah dadah syabu wajib dibanteras habis habisan sebab pengedar tahi syaitan ni tidak mengenal mangsa, apa dia berpendidikan atau tidak. Atau adakah dia berkerjaya atau hanya lepak di kaki lima.
Sakit jugalah kalau alasan mereka bukan kerana dadah tapi di dorong perasaan tidak ada lagi perasaan malu. Yang ini lagi parah.