
Pada hakikatnya Jabatan Penjara telah menolak permintaan khas bekas Perdana Menteri Najib Razak untuk menghadiri prosiding Parlimen dan dua lagi permohonan yang ditolak
Permohonan kedua pihak penjara membenarkan pegawai politiknya melawatnya di penjara Kajang. Manakala permohonan ketiga supaya dia dibenarkan melawat Parlimen Pekan yang diwakilinya.
Namun demikian peguam Najib, Shafee Abdullah akan membawa keputusan Jabatan Penjara berkenaan ke pengetahuan Mahkamah Tinggi untuk dipanjangkan sehinggalah Jabatan Penjara menukar keputusan mereka.
Cukup istimewa lanun seorang ni, sudahlah begitu kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Pekan sehingga kini belum dilucutkan. Walaupun sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun akibat menyeleweng rakyat dalam skandal SRC.
Pembaca nampak kah betapa istimewanya sebagai pemimpin UMNO boleh lagi memohon keluar penjara atas urusan kepentingan politik semata mata.
Bagaimana pula dengan banduan biasa boleh balik kampung menjenguk ibu bapa mereka yang sakit tenat kah. Sedangkan kesalahan mereka setakat menyamun seratus dua ringgit.
Orang Sabah janganlah kamu mengundi calon UMNO ni, jangan lagi besarkan kepala mereka nanti benar benar negara ini dianggap mereka punya, termasuk Sabah.
Andai kamu terus mengundi UMNO itu bererti kamu memartabatkan pemimpin UMNO yang sudah kantoi mencuri wang rakyat di Mahkamah. Tidak kah itu membuat kamu akan dipandang sebagai rakyat Malaysia kelas kedua macam wak Zahid itu?