Selepas Digantung 6 Tahun Masih Bermaruah Kah Tajuddin?

Jadi sahlah kini Ahli Parlimen Pasir Salak berstatus Bebas ini kerana keahlian parti selaku Ketua Bahagian dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO telah digantung sehingga 6 tahun atau dua penggal.

Tajuddin Ahli Parlimen Pasir Salak selama ini cuba menyembunyikan penggantungannya dari pengetahuan umum, namun entah kenapa tiga hari lepas boleh terbongkar. He!

Apa pun bersyukurlah Datuk Tajuddin sebab dilepaskan dari kumpulan yang tidak lagi peduli pada kejahatan yang penting bagaimana mereka menikmati hidup dengan cara mencuri wang rakyat. Seperti yang dilakukan oleh Najib Razak hingga dipenjarakan 12 tahun dan denda. Begitu juga dengan Presiden UMNO Zahid Hamidi yang sedang membela diri atas 47 pertuduhan rasuah melalui skandal Yayasan Akalbudi.

Itupun kalau benar Tajuddin itu seorang Melayu yang bermaruah jika sebaliknya maka penggantungan ini tidak akan memberikan nilai tambah pada harga dirinya.

Pada saya berita penggantungan ini sikit pun tidak mengejutkan setelah Tajuddin mendedahkan konspirasi Presiden UMNO Zahid dan Najib Razak untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan supaya Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia dengan harapan mereka akan dibebaskan dari tuduhan rasuah di Mahkamah.

Pada mulanya berita Zahid dan Anwar akan bekerjasama, dinafikan oleh sendiri Zahid hingga sanggup melafazkan sumpah laknat di hadapan Setiausaha Agung UMNO dan beberapa lagi pemimpin UMNO.

Ironinya konspirasi itu bertentangan dengan sentimen majoriti ahli UMNO yang sentiasa melihat PH atau Anwar sebagai musuh mereka hingga bila bila. Tapi sehingga hari ini masih ramai ahli UMNO yang menjilat Presiden mereka yang penuh tipu muslihat.

Dalam pada itu penggantungan ini membuktikan apa yang didedahkan oleh Tajuddin berhubung konspirasi dengan Pakatan Harapan dan konspirasi menjatuhkan Zahid Hamidi dari jawatan Presiden UMNO adalah benar.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: