Bung Disekolahkan Ilmu Ekonomi Oleh Pembantu PM Ismail

Tidak pasal-pasal Timbalan Ketua Menteri Sabah, Bung Mokhtar mendapat ilmu percuma atau disekolahkan oleh Pembantu Perdana Menteri Ismail Sabri.

Terus kredibiliti si Bung menjunam macam ekonomi Malaysia sejak Perdana Menteri disandang oleh UMNO.

Selama ini rakyat sememangnya menilai Bung sebagai pemimpin UMNO yang suka mengada-ngada dan masih mentah dalam hal politik dan mahupun dalam pentadbiran kerajaan, oleh kerana itulah beliau tidak pernah dilantik sebagai Menteri.

Sebelum ini Bung Mokhtar mendakwa Perdana Menteri Ismail Sabri tidak bebas melaksanakan hala tuju ekonomi negara kerana kebanyakan cadangannya dibantah oleh pemimpin dalam kerajaan seperti Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTE).

Ini susulan kritikan bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang mendakwa Ismail gagal menyejahterakan ekonomi negara, justeru adalah baik Parlimen dibubarkan supaya kerajaan baru yang terhindar dari gejala rasuah dan sebagainya dapat ditubuhkan.

Pada dasarnya kritikan Bung itu juga bertujuan untuk mempertahankan Presiden UMNO Zahid Hamidi dari cacian rakyat, selepas mengaku secara terbuka sanggup meredah banjir jika desakan UMNO untuk mengadakan pilihan raya umum ke 15 direalisasikan oleh Perdana Menteri Ismail.

Malangnya kritikan Bung Mokhtar itu dianggap tidak cerdik oleh Pejabat Perdana Menteri, bila mana Pembantu Perdana Menteri, Syed Mohd Fazmi sebagai berkata,

Syed Mohd Fazmi Sayid Mohammad berkata, perkara itu sudah menjadi lumrah, malah berlaku ketika pentadbiran kerajaan tunggal Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Menurutnya, mengikut amalan biasa semua keputusan besar harus dibawa ke Kabinet sebelum diputuskan dan tidak boleh dilaksanakan jika ada menteri tidak berpuas hati.

“Ia mesti dapat persetujuan Kabinet yang menguruskan negara.

“Jadi istilah kata ada tentangan dan sebagainya itu normal (biasa), masa zaman BN pun begitu…lumrahnya sekiranya ada menteri tidak bersetuju dengan cadangan itu maka tidak dapat dilaksanakan,” katanya selepas meraikan kanak-kanak OKU dari Muar, di Menara Berkembar Petronas.

Untuk Bung Mokhtar lebih baik selepas ini jangan lagi ikut mencampuri politik atasan, bukan level UMNO Sabah kok itu. Tunjukkan diri itu menggenggam sedikit prinsip hidup, bukan setakat di bibir. Sebab itu pernyataan Bung sekejap bekerjasama sekejap lagi tidak, macam orang yang “tidak” dibicarakan kerana rasuah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: